Category Archives: KENEGARAAN: YDPA DAN MRR

Kenegaraan:MajlisRaja-Raja

Mesyuarat MRR

15 Jun 2011 – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mempengerusikan Mesyuarat Ke-224 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini.
Mesyuarat hari kedua itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang gering. Yang Dipertuan Agong akan menghadiri mesyuarat pada hari ketiga.
Terengganu diwakili Tengku Seri Bendahara, Raja Tengku Mustaffa Kamel, dan Kedah oleh Tunku Bendahara, Datuk Seri Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Raja-raja Melayu kecuali Kelantan dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing.
Sultan Kelantan diiringi wakil Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Abdullah, manakala Yang Dipertua Negeri Sarawak diiringi wakil Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Kenegaraan: MRR

Mesyuarat Ke-223 Majlis Raja-Raja bermula 23 Feb 2011

Sultan dan Raja-Raja Melayu berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-223 hari pertama yang dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (kiri) di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. Kelihatan (dua dari kiri) Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (kanan depan); Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (tiga kiri); Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (belakang)


Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini mempengerusikan Mesyuarat Ke-223 Majlis Raja-Raja di Istana Negara.

Mesyuarat dihadiri semua Raja kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Baginda semua diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi oleh Ketua Menteri. Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng diiringi wakil Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Malam ini, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan meraikan semua Raja dan Yang Dipertua Negeri dalam satu istiadat santapan malam sempena mesyuarat itu yang berakhir esok.

Isnin lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim berangkat ke Kuala Lumpur dengan menaiki tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dipandu baginda sendiri untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu.

Kenegaraan : Kuasa Budi Bicara YDPA dan Raja

Nota:
Kuasa budi bicara Raja:
a. Membenarkan, menolak atau menangguhkan pembubaran DUN.
b. Meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-raja.
c. Melantik waris, Permaisuri, Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku
Raja.
d. Menganugerahkan bintang-bintang kehormatan, gelaran kemuliaan

Kuasa budi bicara YDPA:
selain kuasa di atas, berkuasa melantik Perdana Menteri menurut budi bicara baginda.

17-06-2010 Pemangku Raja Kelantan lucut anugerah tujuh Datuk, tiga JP

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, menarik balik gelaran dan darjah kebesaran negeri daripada 10 individu termasuk tujuh Datuk Paduka dan tiga Jaksa Pendamai (JP). Tujuh Datuk Paduka yang ditarik balik pingat masing-masing adalah Ahli Dewan Negara (PAS), Senator Ahmad Rusli Iberahim; bekas Pegawai Kewangan Negeri, Shkori Mohamed; bekas Pegawai Jajahan Kota Bharu, Ismail Ghani dan empat ahli perniagaan iaitu Wan Hassan Wan Zin; Mohd Raihan Dr Eusuff Teh; Tan Huat @ Tan Liang Chong serta Ibrahim Ab Kadir.
Tiga pingat JP yang ditarik balik adalah daripada kontraktor, Yusri Che Noh; bekas pegawai Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) Tengku Ahmad Zahari Tengku Abdul Kadir dan pegawai bank, Tengku Abu Bakar @ Tengku Azman Tengku Ismail.

Tindakan sama diambil oleh Jumaah Majlis Diraja Johor apabila melucutkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada empat individu termasuk bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng yang kini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penjelajah solo ke Kutub Utara dan Kutub Selatan, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.

Dua lagi ialah adik ipar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, iaitu Komander Shaftdean Lutfy Rusland yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan seorang peguam, Hassan Yunos.
Pengumuman pelucutan gelaran dan darjah kebesaran negeri Kelantan itu dilakukan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Mohd Aiseri Alias pada sidang media di Kota Darul Naim.

Mohd Aiseri berkata, semua individu diambil tindakan terbabit sudah dimaklumkan mengenai keputusan penarikan balik pingat dan darjah kebesaran masing-masing menerusi surat.

“Penarikan balik pingat ini adalah hak Pemangku Raja Kelantan yang dibuat mengikut hemah dan budi bicara baginda,” katanya yang enggan menjawab soalan daripada wakil media berhubung tindakan itu.

Tindakan melucutkan pingat dan darjah kebesaran Kelantan itu diambil Tengku Muhammad Faris Petra berikutan kegagalan semua individu berkenaan menjaga integriti sebagai penerima darjah kebesaran negeri ini.

Dua daripada individu yang dikenakan tindakan terbabit juga sedang berdepan perbicaraan di mahkamah selepas didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kenegaraan: Ketua Agama Islam di Negeri tidak Bersultan


Agong Serah Pentauliahan Kepada 13 Hakim Mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR, 19 Mei 2010
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyerahkan pentauliahan kepada 13 Hakim Mahkamah Syariah bagi Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Melaka di Istana Negara di sini.

Tiga daripada mereka menerima pentauliahan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah iaitu Ketua Hakim Syarie Tan Sri Ibrahim Lembut dan Datuk Muhamad Asri Abdullah bagi Pulau Pinang manakala Datuk Md Yusup Che Teh bagi Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Sementara dua daripada mereka menerima pentauliahan sebagai Ketua Hakim Syarie iaitu Datuk Mohamad Abdullah bagi Wilayah Persekutuan dan Datuk Yusof Musa bagi Pulau Pinang.

Mereka yang menerima pentauliahan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi ialah Mohd Shukor Sabudin, Mohd Radzi Abd Latif dan Mohd Amran Mat Zain bagi Wilayah Persekutuan, Nassir Abd Aziz bagi Putrajaya, Ibrahim Deris bagi Labuan, Adam Tumiran dan Jaidi Ahmad bagi Pulau Pinang dan Mohd Asri Tahir bagi Melaka.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Hakim Syarie Melaka Datuk Mahamad Ibrahim dan Pengarah Kanan (Kehakiman) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Mukhyuddin Ibrahim.

Nota Tambahan:

YDPA ialah ketua agama Islam negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Ketua 4 negeri ini ialah Yang Dipertua Negeri. YDPN bukan ketua agama Islam negeri masing-masing.

Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi & Pesuruhjaya Kehakiman

Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi & Pesuruhjaya Kehakiman

11-05-2010
PUTRAJAYA: Seorang Pesuruhjaya Kehakiman hari ini, disahkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi manakala tiga orang dilantik Pesuruhjaya Kehakiman.

Datuk Hinshawati Shariff, 55, yang dilantik Hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini adalah Pesuruhjaya Kehakiman sejak 2007.
Tiga yang dilantik Pesuruhjaya Kehakiman ialah Ketua Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara, See Mee Chun; Hakim Kanan Mahkamah Sesyen Shah Alam, M Gunalan dan Pengarah Mahkamah-Mahkamah Negeri, di Mahkamah Sesyen Georgetown, Pulau Pinang, Rosilah Yop.

Kesemua mereka mengangkat sumpah jawatan dan taat setia hakim di hadapan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan disaksikan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi di Istana Kehakiman di sini. Pelantikan kesemua mereka berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan mereka adalah dengan perkenan Yang di Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara mengikut Perkara 122AB (1) Perlembagaan Persekutuan.

See, 51, yang berasal dari Kuantan, Pahang, memperoleh Sarjana Undang-Undang dari University of London, United Kingdom dan mula berkhidmat dengan kerajaan pada 1983.
See, sebelum ini, pernah memegang pelbagai jawatan antaranya Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, Penasihat Undang-Undang di beberapa kementerian, hakim Mahkamah Sesyen, Ketua Unit Timbangtara dan Timbalan Pesuruhjaya Penyemak dan Pembaharuan Undang-Undang di Jabatan Peguam Negara.

Gunalan, 52, sebelum ini pernah memegang jawatan Majistret, hakim Mahkamah Sesyen dan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Agung.

Sementara itu, Rosilah, 52, pernah menyandang jawatan antaranya sebagai Penolong Pengarah Biro Bantuan Guaman, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang.

Kenegaraan: YDPA dan Timbalan YDPA

Sultan Kedah Diisytihar Pemangku Yang Dipertuan Agong

KUALA LUMPUR, 26 Jan 2010– Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Sultan Kedah, Selasa diisytihar sebagai pemangku Yang di-Pertuan Agong.

Watikah perisytiharan itu dibaca oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu istiadat di Istana Darul Aman, Jalan Kedah, Bukit Persekutuan di sini.

Baginda kemudiannya menandatangani watikah perisytiharan bagi menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong selama sebulan.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual menjalani rawatan fisioterapi selama 21 hari di Medical Park, St.Hubertus, Bad Wiessee, Jerman.

Sultan Abdul Halim, yang ditabalkan sebagai Sultan Kedah pada 20 Feb 1959, adalah Yang di-Pertuan Agong kelima dari 20 Sept 1970 sehingga 20 Sept 1975.

Istiadat hari ini turut dihadiri puteri baginda, Tunku Panglima Besar Datuk Seri Puteri Intan Safinaz, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa anggota Jemaah Menteri.

Terdahulu, Sultan Abdul Halim dan Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun, tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA di Sepang pada 11 pagi bagi menghadiri istiadat itu.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Najib dan Rosmah.

Kuasa Bicara YDPA, Raja dan YDPN

Kuasa Budi Bicara YDPA:
melantik PM
membubar DR
memanggil mesyaurat MRR
menganugerah bintang dan darjat kebesaran.

Kuasa Budi Bicara Raja
melantik MB
membubar DUN
memanggil mesyaurat MRR
menganugerah bintang dan darjat kebesaran.

Kuasa Budi Bicara YDPN
membubar DR

Contoh kuasa budi bicara Sultan:
Sultan Terengganu Tarik Balik Gelaran Datuk Peguam

PUTRAJAYA, 1 Jan 2009 (Bernama) — Sultan Terengganu menarik balik gelaran Datuk daripada seorang peguam yang mempunyai firma guaman sendiri, Mokhtar Ngah, 55.

Pengelola Istana Terengganu, Mohd Yasim Awang berkata keputusan itu diambil selepas berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Terengganu.

“Baginda telah membatal dan memansuhkan lantikan Haji Mokhtar bin Haji Ngah K/P: 530819-11-5139 ini dalam Peringkat Darjah Dato Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Yang Amat Terpilih (D.S.M.Z.),” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Baginda juga memerintahkan nama Mokhtar dihapuskan dalam daftar mulai 18 Disember 2007.

Mohd Yasim berkata Mokhtar yang berasal dari Terengganu telah dikurniakan D.S.M.Z pada 20 Julai 2002.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut sebab penarikan balik gelaran itu.

— BERNAMA

Kami menyediakan langganan
berita melalui perkhidmatan Newswire.

Kembali Ke Atas

Majlis Raja-raja

Majlis Raja-Raja

Raja-Raja menghadiri Mesyuarat MRR 2009
Mesyuarat MRR Ke-218 2009

Mesyuarat MRR Ke-218 2009

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua dari kiri) bersama Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (dua dari kanan) menghadiri Mesyuarat ke-218 Majlis Raja-Raja di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya, Kuching

 

 

Mesyuarat MRR Ke-218, 2009

Mesyuarat MRR Ke-218, 2009

 Mesyuarat MRR ke-218, 2009

Yang Di-pertuan Agong Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218

KUCHING, 29 Julai 2009 – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya dekat sini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual menghadiri mesyuarat itu esok dengan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah mesyuarat itu selepas mesyuarat ke-116 pada 1972 dan yang ke-157 pada 1992

 

 

Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.

Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

Sejarah

Sejarah Majlis Raja-Raja bermula dengan penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah ditubuhkan. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan untuk membincangkan hal-ehwal dan kepentingan bersama dengan Pemerintah Inggeris.

Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu, atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar telah diadakan pada 13 – 17 Julai 1897 di Istana Negara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu.

Raja-Raja Melayu yang hadir dalam mesyuarat Durbar tersebut ialah DYMM Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Negeri Perak), DYMM Sultan Abdul Samad (Negeri Selangor), DYMM Tuanku Muhammad (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), dan DYMM Sultan Ahmad (Negeri Pahang).

Pihak Inggeris pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell, Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham (pengerusi mesyuarat), Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang, J.P Rodgers, Residen Inggeris di Selangor dan W.H. Treacher, Residen Inggeris di Perak. Mesyuarat Durbar telah diadakan sebanyak 9 kali hingga tahun 1939.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dalam tahun 1948, keahliannya ditambah dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Negeri Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Namanya juga telah dipendekkan menjadi Majlis-Raja-Raja. Mesyuarat pertama bagi tempoh ini telah diadakan pada 18 Februari 1948 di Kuala Lumpur dan telah dipengerusikan oleh DYMM Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, Sultan Johor. Pihak Inggeris diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Antara Februari 1948 hingga Ogos 1957 mesyuarat Majlis Raja-Raja telah diadakan sebanyak 50 kali.

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya, negeri Melaka dan Pulau Pinang turut menjadi ahli dan ini diikuti pula oleh Sabah dan Sarawak apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober 1957 dan dipengerusikan oleh DYMM Sultan Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis

  

 

 

 

 

Yang Di-pertuan Agong Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218

KUCHING, 29 Julai 2009 – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya dekat sini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual menghadiri mesyuarat itu esok dengan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah mesyuarat itu selepas mesyuarat ke-116 pada 1972 dan yang ke-157 pada 1992

 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua dari kiri) bersama Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (dua dari kanan) menghadiri Mesyuarat ke-218 Majlis Raja-Raja di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya, Kuching,