Category Archives: PERUNDANGAN

Kenegaraan: Jawatankuasa Akaun Awam Dewan Rakyat

Nota:
Di Dewan Rakyat terdapat
1. J/K Pemilihan: memilih ahli-ahli bagi jawatankuasa yang lain.
2. J/K Peraturan Tetap: meneliti peraturan tetap dan mencadangkan perubahan.
3. J/K Dewan: meneliti kemudahan para ahli Dewan.
4. J/K Hak Ahli: hak kepentingan Dewan serta disiplin para ahli Dewan.
5. J/K Akaun Awam: hanya terdapat di Dewan Rakyat
6. J/K ad hoc: untuk satu tugas sementara sahaja.
J/k Akaun Awam : kaji perbelanjaan kewangan kerajaan pusat dan negeri dan cadangkan tindakan susulan jika ada masalah kewangan.
Di Dewan Negara terdapat
1. J/K Pemilihan: memilih ahli-ahli bagi jawatankuasa yang lain.
2. J/K Peraturan Tetap: meneliti peraturan tetap dan mencadangkan perubahan.
3. J/K Dewan: meneliti kemudahan para ahli Dewan.
4. J/K Hak Ahli: hak kepentingan Dewan serta disiplin para ahli Dewan.
5. J/K ad hoc: untuk satu tugas sementara sahaja.

KUALA LUMPUR, 4 Nov 2009 — Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)/Jawatankuasa Akaun Awam Dewan Rakyat menyerahkan kepada kerajaan untuk menentukan bentuk tindakan terhadap semua pihak termasuk personaliti-personaliti besar yang didapati bersalah di dalam skandal Projek Pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Pengerusinya Datuk Seri Azmi Khalid berkata ini termasuk tindakan ke atas bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang Datin Paduka O.C.Phang yang mungkin disabitkan melakukan pecah amanah, memandangkan sudah ada pelbagai pasukan bertindak yang dibentuk bagi menangani skandal projek berkenaan.

Malah, katanya, kerajaan pada 27 Jun 2007 sudah membuat keputusan supaya semua pegawai yang terlibat di dalam perbuatan yang melanggar prosedur sehingga menjuruskan kerajaan di dalam skandal berkenaan dikenakan tindakan tegas.

“Kerajaan sudah tahu mengenai masalah ini sejak 2007 dan dalam kelulusan kerajaan pada 27 Jun 2007 telah putuskan pegawai yang terlibat dalam perbuatan melanggar prosedur yang serius sehingga meletakkan kerajaan dalam keadaan serba salah wajar dikenakan tindakan.

“Keputusan telah dibuat oleh kerajaan jadi apa yang PAC mahu ialah supaya pihak berkuasa teruskan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Awal pagi ini, PAC mengedarkan laporan jawatankuasa itu mengenai skandal projek mega yang menimbulkan kontroversi apabila mencatatkan kenaikan kos projek yang tinggi iaitu daripada RM1.957 bilion kepada RM4.947 bilion setakat ini.

Di dalam laporan tersebut, PAC antara lain mengesyorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat penglibatan Chan dan Phang kerana pecah amanah berhubung tiga surat sokongan dan surat akujanji untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Azmi berkata PAC tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk menentukan bentuk tindakan ke atas mereka yang bersalah, sebaliknya hanya mempunyai kuasa untuk mengkaji dan memberi cadangan di atas permasalahan membabitkan kewangan kerajaan.

“Dalam banyak hal PAC tidak ada kuasa…kita hanya sekadar badan yang bertindak untuk mengimbangi antara badan eksekutif dengan perundangan…jadi kita hanya boleh mengkaji dan memberi cadangan,” katanya.

Bagaimanapun, berdasarkan cadangan yang dikemukakan itu, PAC mahu tindakan segera diambil ke atas semua pihak, termasuk mana-mana personaliti yang didapati bersalah di dalam skandal berkenaan, katanya.

Beliau berkata, PAC yakin Malaysia mempunyai undang-undang yang cukup untuk menentukan bentuk tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

Mengenai kesalahan pecah amanah oleh Chan dan Phang, Azmi berkata, bagi PAC terpulang kepada SPRM dan polis untuk menentukan tahap kesalahan itu berdasarkan siasatan terperinci.

“Kami tidak tahu mengenai rasuah kerana ia perlu dibuktikan. tetapi terdapat banyak salah laku di sini, jadi yang mana kategori jenayah itu terpakai kami tidak tahu.. semuanya terpulang kepada pihak berkuasa berkaitan untuk menentukannya,” katanya.

Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 2008

http://www.bharian.com.my/klikkhas/pilihanraya

Parti Politik Malaysia

Terdapat 31 parti politik di Malaysia, iaitu 20 di Semenanjung, 6 di Sabah dan 5 di Sarawak. Simbol-simbol parti politik adalah seperti berikut. Untuk makluman lanjut, rujuk Laman Web parti-parti politik berkenaan.

 

 

NAMA DALAM BAHASA MALAYSIA

NAMA DALAM BAHASA INGGERIS

1. Barisan Nasional

: National Front

2. Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia     (BERJASA)

: –

3. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM)

: Malaysian People’s Movement Party

4. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)

: Sarawak National Party (SNAP)

5. Parti Pusaka Bumiputera Bersatu Sarawak     (PBB)

: United Sarawak Native Inheritance Party   (PBB)

6. Parti Progresif Penduduk (PPP)

: People’s Progressive Party (PPP)

7. Parti Perpaduan Rakyat Sarawak

: Sarawak United People’s Party

8. Parti Islam SeMalaysia (PAS)

: Islamic Party Of Malaysia (PAS)

9. Parti Kongres Indian Muslim Malaysia    (KIMMA)

: Malaysian Indian Muslim Congress   Party

10. Parti Pekerja-Pekerja Malaysia

: Malaysian Workers Party

11. Parti Rakyat Malaysia (PRM)

: Malaysian People’s Party

12. Parti Tindakan Demokratik

: Democratic Action Party (DAP)

14. Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)

: Sarawak Bansa Dayak Party

13. Parti Bersatu Sabah (PBS)

: Sabah United Party

14. Parti Kongres Penyatuan Masyarakat

: Community Coalition Congress Party

15. Parti Liberal Demokratik-Sabah

: Liberal Democratic Party-Sabah

16. Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu       (BERSEKUTU)

: Federation Sabah People Front Party   (BERSEKUTU)

17. Parti Keadilan Rakyat

: People’s Justice Party

18. Parti Demokratik Setiasehati Kuasa Rakyat       Bersatu Sabah (SETIA)

: United Sabah People Force Democratic   Party (SETIA)

19. Parti Maju Sabah (PMS)

: Sabah Progressive Party

20. Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR)

: State Reform Party (STAR)

21. Pertubuhan Pasok Momogun      Kadazandusun Bersatu (UPKO)

: United Pasok Momogun  Kadazandusun Organisation (UPKO)

22. Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia      (AKIM)

: Malaysian People Justice Force Party   (AKIM)

23. Parti Demokratik Malaysia (MDP)

: Malaysian Democratic Party (MDP)

24. Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia       (AMIPF)

: All Malaysian Indian Progressive Front   (AMIPF)

25. Parti Punjabi Malaysia (PPM)

:Malaysian Punjabi Party

26. Parti Demokratik Progresif Sarawak

:Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP)

27. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO )  
28. Parti Persatuan China Malaysia ( MCA )  : Malaysian Chinese Association ( MCA )
29. Parti Kongres India Malaysia ( MIC )  : Malaysian Indian Congress ( MIC )
30. Parti Kongres Ceylonese Malaysia  
31. Parti Sosialis Malaysia   

———————————————————————————————————————————————————————————————-