Category Archives: KENEGARAAN: YDPA DAN MRR

Image

speaker.jpg

YDPA merasmikan Parlimen Ke-13

YDPA merasmikan Parlimen Ke-13

YDPA berangkat ke Dewan Rakyat

YDPA berangkat ke Dewan Rakyat

Speaker Dewan Rakyat 2005-2008
Bersama Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang Parlimen

Persidangan Dewan Rakyat kali ke-13 yang bermula 26 Jun 2013 ini memilih Tan Sri Pandikar Amin Mulia sekali lagi sebagai Speaker dengan memperoleh 133 undi.

Sementara calon yang dinamakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim iaitu bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman telah mendapat undi penuh daripada PR sebanyak 89 undi.

Lebih undi memilih Pandikar mengekalkan bekas yang di-Pertua Dewan penggal lalu itu sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi penggal 2013-2018.

Dewan Rakyat bertukar kecoh apabila ahli Parlimen PR mempertikaikan cara pengundian yang dilakukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencalonkan Pandikar untuk mengekalkan jawatan sebagai Yang di Pertua Dewan Rakyat. Pencalonan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sementara itu, Khalid bagi pihak PR, mencadangkan Kadir dan disokong oleh ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

Oleh sebab lebih dari seorang nama dicadangkan, mengikut peraturan 4 (3), undian bersurat dilakukan dan Dewan mengedarkan kertas undi kepada ahli-ahli Dewan Rakyat. Bagaimanapun, keadaan tenang pada pemulaanya bertukar kecoh apabila ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, bangun memulakan bantahan berikutan kertas undi itu memerlukan ahli Parlimen menulis nama.Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin turut bangun membacakan peraturan 4 itu yang sepatutnya undi dibuat secara rahsia.

Keadaan dewan semakin gamat apabila Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendakwa tindakan itu berikutan ketidakpercayaan Perdana Menteri terhadap ahli parlimen BN.

Dewan turut diselangi gelak tawa apabila ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin bangkit menyelar tindakan ahli parlimen PR itu. Bagaimanapun, bantahan itu tidak boleh diterima berikutan semua ahli Parlimen masih belum mengangkat sumpah semasa pemilihan dilakukan.
Sementara di luar Parlimen pula menyaksikan sekumpulan aktivis berpakaian hitam mengadakan demonstrasi. Kira-kira 100 anak muda ini turut membawa sepanduk menggesa kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan.

Datuk Seri Najib Tun Razak Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Di Istana Negara

6-5-2013 Isnin 4.00 petang.

Datuk Seri Najib Razak (left) is sworn in as prime minister before Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah at Istana Negara in Kuala Lumpur, May 6, 2013.

Datuk Seri Najib Razak (left) is sworn in as prime minister before Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah at Istana Negara in Kuala Lumpur, May 6, 2013.

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara pada 4.07 petang.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Najib, 59, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengulangi sejarah apabila mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong sama, seperti mana allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua Malaysia pada 1970.

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Najib dilantik sebagai perdana menteri.

Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, Barisan Nasional kekal berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

Turut hadir ke istiadat itu ialah bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi serta para pemimpin parti komponen BN.

Berikut ialah keputusan pilihanraya umum ke-13 Malaysia
PRU 13 Parlimen

PRU ke-13 Dun

Lantikan Ketua Audit Nagera

4-2-2013

Ketua audit negara
Kerajaan hari ini mengumumkan pelantikan semula Tan Sri Ambrin Buang sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun lagi mulai 23 Feb ini.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan itu adalah untuk tempoh sehingga 22 Feb 2015.

Pelantikan semula itu adalah berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Pelantikan semula itu adalah memandangkan perkhidmatan Ambrin sebagai Ketua Audit Negara masih diperlukan, katanya.

Ambrin dilantik sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun mulai 23 Feb 2006 dan seterusnya perkhidmatan beliau disambung sehingga pelantikan semula yang baharu ini.

MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA

Tarikh : 28/06/2012
Tajuk : MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-229

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-229 di Istana Negara.

Mesyuarat tiga hari yang berakhir hari ini dipengerusikan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir.

Negara berdaulat: Keunikan Pemerintahan Beraja Dalam Sistem Demokrasi Malaysia

12-4-2012
Pemerintahan beraja di Malaysia dikatakan paling unik berbanding negara lain yang mengamalkan pemerintahan beraja.

Hal ini kerana di negara-negara berkenaan takhta pemerintahan terus kekal dikuasai waris, tetapi di Malaysia raja yang memegang jawatan sebagai Ketua Negara atau dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong bertukar mengikut giliran dalam kalangan sembilan Sultan atau Raja yang memerintah negeri.

Sungguhpun negara ini mengamalkan sistem pemerintahan Raja BerPerlembagaan dan Demokrasi BerParlimen, pemilihan Yang di-Pertuan Agong, yang mula dilaksanakan ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, adalah cukup bermakna kerana ia melambangkan keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan demokrasi.

Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong, orang yang terutama di Malaysia, tidak dipilih oleh rakyat tetapi oleh sembilan Raja-raja Melayu berkenaan pada persidangan Majlis Raja-raja, bagi memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun.

Apabila genap tempoh itu, Seri Paduka Baginda hendaklah turun dari takhta dan akan digantikan oleh seorang raja lain berdasarkan sistem pemilihan yang sama. Dalam sistem penggiliran ini, takhta pemerintahan adalah kekal tetapi raja akan bersilih ganti.

Raja-raja Melayu yang layak memilih dan menduduki takhta pemerintahan Malaysia ialah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Selangor, Raja Perlis, Sultan Terengganu, Sultan Kedah, Sultan Kelantan, Sultan Pahang, Sultan Johor dan Sultan Perak.

NEGERI SEMBILAN YANG PERTAMA

Sejak pemilihan Yang di-Pertuan Agong pertama iaitu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Malaysia sudah mempunyai 14 orang ketua negara termasuk Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, dari Kedah, yang akan ditabalkan pada 11 April ini.

Malah pertabalan Tuanku Abdul Halim, 84, pada Rabu ini mencatat sejarah kerana telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua.

Seri Paduka Baginda pertama kali dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 23 Julai, 1970 semasa berusia 42 tahun.

Mengikut catatan sejarah, sistem pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan oleh para Undang yang memerintah luak atau daerah di negeri itu mengikut adat Minangkabau, memberikan inspirasi kepada Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dalam merangka kaedah pemilihan Yang di-Pertuan Agong.

Pada ketika itu, Tunku Abdul Rahman bertanggungjawab memperkemas sistem yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid pada 1957 di mana jawatan Yang di-Pertuan Agong bukanlah diwarisi tetapi berdasarkan kepada sistem giliran – sesuatu yang baru dan tidak pernah diamalkan oleh mana-mana negara di dunia.

Sehubungan itu, Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan memaktubkan bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah Kepala Utama Negara. Seri Paduka Baginda mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan.

Di bawah Pindaan 1993, Yang di-Pertuan Agong, seperti juga Raja-raja, boleh didakwa atas kapasiti peribadinya dan jika didakwa bagi sebarang kesalahan di bawah mana-mana undang-undang, Seri Paduka Baginda akan dibicarakan di sebuah Mahkamah Khas yang dibentuk Majlis Raja-Raja.

DIPILIH MAJLIS RAJA-RAJA

Perlembagaan juga memaktubkan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja secara undi sulit untuk tempoh lima tahun.

Namun begitu, Seri Paduka Baginda boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan mengutus surat perletakan jawatan kepada Majlis Raja-Raja atau dipecat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Setakat ini belum ada pemegang jawatan Yang di-Pertuan Agong yang dipecat atau meletak jawatan.

Perlembagaan seterusnya memaktubkan bahawa sebagai Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa perundangan, pemerintah dan kehakiman.

Dalam banyak perkara hampir semua keputusan kerajaan yang dibuat Seri Paduka Baginda adalah atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.

Namun begitu Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicara bagi melaksanakan tugas-tugas berikut:

* melantik seorang Perdana Menteri,

* tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen,

* meminta supaya diadakan satu Mesyuarat Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu, dan dalam apa-apa hal lain yang tersebut dalam Perlembagaan.

Ada beberapa tugas rasmi yang hanya boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong termasuk memanggil, memberhenti dan membubarkan Parlimen.

Selain mempunyai kuasa dan budi bicara melantik seorang Perdana Menteri, Seri Paduka Baginda juga berkuasa melantik menteri-menteri lain sebagai anggota Jemaah Menteri dan Timbalan-timbalan Menteri, atas nasihat Perdana Menteri.

AGONG KETUA AGAMA

Selain menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong juga adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja iaitu Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak dan negeri asal Seri Paduka Baginda.

Yang di-Pertuan Agong berkuasa melantik hakim-hakim, mengampun dan menangguhkan hukuman mengenai segala kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Seri Paduka Baginda mengurniakan bintang-bintang kebesaran dan pingat kepada rakyat di semua peringkat.

Negara Berdaulat: YDPA ke-14(11 April 2012)


Pertabalan YDPA Ke-14 Malaysia

Istiadat pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 bermula pagi ini di Istana Negara di Kuala Lumpur dengan upacara pemeriksaan barisan kehormat.

Seramai l07 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada tiga pegawai dan 104 anggota lain pangkat, terlibat dalam perbarisan kehormat di anjung utama Istana Negara.

Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, sebelum menerima “Hormat Diraja” daripada barisan kawalan kehormat, yang diikuti dengan lagu “Negaraku.”

Serentak dengan lagu “Negaraku’ dimainkan, Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda dikibarkan.

Selesai upacara itu, Seri Paduka berdua bersemayam di Bilik Seri Maharaja, sebelum berangkat ke Balairong Seri untuk upacara pertabalan yang buat julung kalinya diadakan di Istana Negara baru, Jalan Duta, yang berdiri megah sebagai lambang pemerintahan Raja Berperlembagaan di Malaysia.

Pertabalan kali ini turut melakar sejarah kerana buat pertama kali Sultan yang sama dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.

Upacara hari ini yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut dirakamkan oleh National Geographic Channel dengan kerjasama Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk penerbitan dokumentari bagi siaran di persada antarabangsa.

Dokumentari pertabalan kali ini menumpukan kepada keunikan dan keistimewaan pelantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kedua kalinya.

Kenegaraan: Parlimen

Dipetik dari Berita Harian 12-3-2012

PM menyampaikan teks titah ucapan Diraja kepada YDPA

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, hari ini merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima persidangan Parlimen ke-12.

Upacara perasmian itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri Kabinet serta perwakilan asing.

Kenegaraan:Pelantikan Yang Dipertua Negeri

Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng bersamaYDPA

Salahuddin Sambung Khidmat Sebagai TYT Sarawak Selama Dua Tahun

KUCHING, 30 Nov 2011 — Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, 90, menyambung khidmatnya selama dua tahun mulai 5 Dis ini selepas mengangkat sumpah di Dewan Lapau, Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baru di Petra Jaya di sini pada Rabu.

Salahuddin turut menandatangani surat sumpah sebagai Yang DiPertua Negeri, yang disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum serta surat pengisytiharan, yang disaksikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri beliau, Toh Puan Norkiah, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu, Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Salahuddin, yang dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak keenam pada 2001, telah menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Melawati, Putrajaya semalam.

Salahuddin menggantikan Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamed Noor yang meninggal dunia pada 2000 dan khidmatnya disambung semula pada 2004, 2006 dan 2008.

Beliau pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak ketiga iaitu dari 1977-1981, menjadikan beliau orang pertama memegang jawatan itu sebanyak dua kali.

Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak dari 1974 hingga 1977.

— BERNAMA

Kenegaraan: Laporan Ketua Audit Negara

26-10-2011

Ketua Audit Negara

Laporan Ketua Audit Negara 2010 oleh Tan Sri Amrin Buang telah didedahkan kepada umum. Kebiasaan integriti Laporan Ketua Audit Negara tidak bias, bebas daripada pengaruh politik, tiada unsur prejudis kepada mana-mana pihak. Yang betul dipuji dan salah akan dibentang & dibongkarkan berasaskan bukti yang sahih melalui kaedah pengauditan yang profesional yang akhirnya diharapkan dapat memberikan “nilai tambah” kepada akaundibiliti pengurusan awam…..
Seperti laporan Ketua Audit Negara sebelum-sebelum ini, antara beberapa pendedahan laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah didedahkan setakat ini dan telah berjaya menarik perhatian umumsetakat ini ialah :
1) 19 daripada 47 syarikat-syarikat (40%) yang dikawal oleh Kementerian Kewangan mengalami kerugian pada tahun 2009 hampir mencecah RM0.71 bilion (RM710,000,000)
Oleh kerana 28 syarikat lain berkenaan mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM93.06 bilion, keuntungan sebelum cukai keseluruhan 47 syarikat tersebut adalah berjumlah RM92.35 bilion yang turun yang menunjukkan penurunan sebanyak RM3.83 bilion berbanding dengan keseluruhan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM96.18 bilion pada tahun 2008. Antara syarikat-syarikat yang menyaksikan prestasi cemerlang, adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan syarikat hartanah Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd.
Antara syarikat-syarikat yang menyaksikan prestasi cemerlang, adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan syarikat hartanah Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd. Tiga syarikat yang mencatatkan kerugian terbesar adalah syarikat pengendali pengangkutan awam Syarikat Prasarana Bhd (Prasarana), Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Aset Global Network Sdn Bhd.
2) 9 Kementerian & jabatan telah lebih belanja peruntukkan operasi dengan jumlah RM3.73 billion.
Antara Kementerian tersebut adalah Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
4) Kutipan cukai meningkat sebanyak RM1.01 billion menjadi RM159.65 billion berbanding tahun 2009.
5) Hutang negara untuk tahun 2010 sahaja sudah menjangkau RM407.1 billion berbanding RM362.39 biliion pada tahun 2009. Kadar hutang negara telah melepasi 50% daripada KDNK untuk 32 tahun berturut sejak tahun 2009 lagi
6) Dek kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 untuk tujuan menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale, akhirnya Majlis Sukan Negara (MSN) membeli 23 ekor kuda berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan. Antaranya :
• Equine Centre Sdn Bhd (6 ekor) : RM1.98 juta
• El Ranco Country Club (13 ekor) : RM2.48 juta
• Royal Terengganu Endurance Stable (2 ekor) : RM0.58 juta
• Toft Endurance Pty Ltd (2 ekor dengan nilai RM0.62 juta
Kuda-kuda yang tidak dibenarkan bertanding telah diberikan kepada :
• Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (tiga kuda)
• Unit berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tiga kuda)
• Pusat equestrian Angkatan Tentera (dua kuda)
• Universiti Putra Malaysia (tiga kuda)
• Universiti Teknologi Malaysia (dua kuda)
• Majlis Sukan Terengganu (dua kuda)
• Royal Terengganu Endurance Stable (lapan kuda)
7) Jabatan Taman Laut Malaysia sepatutnya memperoleh RM52,594.08 (denda) tapi hanya mampu mengutip RM23,792.56. Kalau ikut Laporan ketua Audit Negara 2010, Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) punya perbelanjaan boleh tahan juga “makannya”. Sebagai contoh :
• RM56,350 untuk hanya sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam ( harga pasaran RM1,940)
• RM56,350 untuk sepasang binocular visi malam jenama Bushnell (harga pasaran RM2,827).
• RM11,845 untuk komputer riba dan pencetak warna (harga paasaran RM3,428)
96% daripada 341 penerima bantuan perumahan dikategorikan sebagai golongan miskin tegar “dikira tidak layak” kerana mereka tidak berdaftar dengan e-Kasih atau Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SSPKR). Namun, mereka diberi bantuan perumahan di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Program Bantuan Perumahan (PBR). Tetapi ada yang tidak layak diberikan bantuan…9) Kedudukan kewangan di Pulau Pinang telah bertambah baik dari 2009 hingga 2010 yang Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa semua petunjuk kewangan di negeri ini telah meningkat pada tahun lepas.
• Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion m
• Baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta
• Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1% kepada RM410.70 berbanding dengan 2009, RM376.51 juta
• Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 jutal atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)
10) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru yang telah gagal ujian jalan termasuklah kegagalan spesifikasi seperti di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm
11) Kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan
12) Mara telah ditegur supaya membelanjakan peruntukkan sebanyak RM54 juta dengan cara yang betul. Antara barang yang patut boleh dapat harga murah tetapi dibeli pada harga yang tinggi adalah :
• Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419
• Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
• Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
• Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
• Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60
Beberapa kelemahan & penyelewangan telah didedahkan kepada umum. Persoalannya sekarang ini, apakah tindakan kerajaan yang bertanggungjawab sekarang ini untuk mengatasi masalah perbelanjaan yang berlebihan ini? Adakah Menteri-menteri yang berkenaan dikenakan surat tunjuk sebab? Penalti? Atau setakat hanya bahas di Parlimen, dan terus berbahasa akhirnya senyap sahaja selepas ituakhirnya tutup laporan. Adakah begitu pengakhirannya?
TPM kita berjanji akan mendakwa pegawai kerajaan yang terlibat.

Kenegaraan: Yang Dipertuan Agong

14-10-2011

Sultan Kelantan dan Sultan Kedah(YDPA)


Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara.

Pemilihan Sultan Abdul Halim, 83, yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong, berkuatkuasa 13 Disember depan bagi tempoh lima tahun menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.
Ini kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas dipilih kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun yang berakhir pada 20 September 1975.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang.

Pemilihan itu dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Badlishah.
Baginda yang juga lulusan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam Wadham College Oxford United Kingdom, pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah pada 1950-an.

Sultan Muhammad V, 42, pula dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.

Canselor Universiti Malaysia Kelantan itu diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969