Category Archives: KENEGARAAN: AM

Kenegaraan: Akta ISA

19-2-2011

Menteri Dalam Negeri bersama Menteri Keselamatan Awam China


PUTRAJAYA: Polis menahan tiga ketua sindiket termasuk seorang wanita rakyat Indonesia, yang menjadi dalang jenayah rentas sempadan terutama penyeludupan manusia mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam gerakan di sekitar Kuala Lumpur, kelmarin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penahanan ketiga-tiga terbabit yang berusia antara 33 hingga 48 tahun adalah rentetan daripada soal siasat pihak berkuasa terhadap sembilan individu, termasuk tujuh kakitangan Jabatan Imigresen, yang ditahan mengikut ISA antara 10 hingga 12 Oktober tahun lalu berkaitan kegiatan penyeludupan warga asing.

Pada masa sama, beliau mengumumkan pegawai imigresen yang ditahan ISA berhubung kegiatan penyeludupan warga asing itu kemungkinan besar dibebaskan secara bersyarat atau didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.
Katanya, tindakan itu dilakukan kerana pihak berkuasa berpuas hati dengan siasatan dan susulan berkaitan kegiatan itu menerusi soal siasat yang dilakukan.

“Ini bermakna, dalam hal ini kita tidak kompromi (untuk bertindak) sama ada pegawai kerajaan atau orang biasa dan tumpuan kepada mereka yang betul-betul bersalah,” katanya selepas menerima kunjungan hormat dan berbincang berkaitan kerjasama keselamatan dua hala dan jenayah rentas sempadan dengan Penasihat Khas Perdana Menteri Kanada, Ward Elcock, di pejabatnya, semalam.

Beliau berkata, isu pemerdagangan manusia dan jenayah rentas sempadan menjadi keutamaan negara pada masa ini dan akan meletakkan Malaysia pada barisan depan dalam usaha pembanterasannya bersama negara rakan.

Hishammuddin berkata, penahanan tiga dalang sindiket terbabit juga menjadi peringatan kepada mereka yang terbabit dengan jenayah rentas sempadan bahawa pihak berkuasa sudah mula bertindak terhadap semua pihak sama ada pegawai kerajaan atau orang awam.
Beliau berkata, baru-baru ini pula seorang gerila Harimau Pembebasan Tamil Elam (LTTE) ditahan kerana memasuki negara ini dan sudah diusir keluar ke Sri Lanka.

Mengenai permohonan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, supaya negeri itu dibenarkan mewujudkan pasukan polis bantuan, Hishammuddin berkata tiada peruntukan undang-undang untuk perkara itu.

Beliau berkata, soal keselamatan dan polis adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat mengikut Senarai Pertama Jadual Kesembilan Perkara 74 dan 77 Perlembagaan Persekutuan.

Kenegaraan: Pelantikan Speaker Dewan Negara

Abu Zahar angkat sumpah Yang Dipertua Dewan Negara ke-16
NAJIB menyampaikan cenderahati replika cokmar kepada Bekas Speaker Dewan Rakyat Dato Wong pada majlis Makan Malam Jasamu Dikenang di Kuala Lumpur, malam tadi.

2010/04/26
Bekas Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-16 menggantikan Datuk Wong Foon Meng yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 12 April 2010.

Usul pelantikan Abu Zahar yang dibentangkan di persidangan Dewan Negara hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan disokong oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mendapat persetujuan sebulat suara anggota Dewan Negara termasuk wakil daripada Pas, DAP dan PKR. Abu Zahar, 66, yang dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, dan pernah menjadi seorang Anggota Dewan Undangan Negeri dari 1986 sehingga 1995 sebelum menjadi Ahli Parlimen sehingga 1999, berikrar akan menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah dan saksama. Sebelum menceburi politik, beliau bertugas dengan Polis Diraja Malaysia dengan jawatan terakhir adalah sebagai Timbalan Penguasa di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman pada 1979. Beliau dan isteri Puan Sri Rugayah Syed Jaffar mempunyai tiga anak.

Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln”s Inn, London, dan pernah menjadi Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia.

Dalam bidang politik pula, kariernya bermula pada 1979 selepas menganggotai Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kuala Pilah sebelum menjadi Ketua Umno Bahagian Kuala Piliah selama 14 tahun iaitu dari 1987.

Abu Zahar yang juga ahli Lembaga Disiplin Umno sejak 13 Mei 2004 dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, pernah menyandang pelbagai jawatan penting termasuk Pengerusi Risda, Pengerusi Tribunal Hakcipta Malaysia dan Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia.
Dalam satu lagi upacara, bekas Pengurus Besar Public Islamic Bank Berhad Datuk Mohammed Najeeb Abdullah mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara yang baru.

Mohammed Najeeb, 56, yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Rasah dan ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, dicalonkan oleh Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Beliau berkelulusan sarjana pentadbiran perniagaan dari Universiti Charles Darwin, Australia dan mempunyai pengalaman 35 tahun dalam bidang perbankan konvensional serta perbankan Islam di pelbagai peringkat.

SENARAI KEDUDUKAN UNIVERSITI DI ASIA 2009

2009 rank School Name Country
Source: QS Quacquarelli Symonds (www.topuniversities.com)
1 University of HONG KONG Hong Kong
2 The CHINESE University of Hong Kong Hong Kong
3 University of TOKYO Japan
4 HONG KONG University of Science and Tech… Hong Kong
5 KYOTO University Japan
6 OSAKA University Japan
7 KAIST – Korea Advanced Institute of Scie… Korea, South
8 SEOUL National University Korea, South
9 TOKYO Institute of Technology Japan
10= National University of Singapore (NUS) Singapore
10= PEKING University China
12 NAGOYA University Japan
13 TOHOKU University Japan
14 Nanyang Technological University (NTU) Singapore
15= KYUSHU University Japan
15= TSINGHUA University China
17 Pohang University of Science and Technol… Korea, South
18 CITY University of Hong Kong Hong Kong
19 University of TSUKUBA Japan
20= HOKKAIDO University Japan
20= KEIO University Japan
22 National TAIWAN University Taiwan
23 KOBE University Japan
24 University of Science and Technology of … China
25 YONSEI University Korea, South
26 FUDAN University China
27 NANJING University China
28 HIROSHIMA University Japan
29 SHANGHAI JIAO TONG University China
30= Indian Institute of Technology Bombay (I… India
30= MAHIDOL University Thailand
32 ZHEJIANG University China
33 KOREA University Korea, South
34 Indian Institute of Technology Kanpur (I… India
35 CHULALONGKORN University Thailand
36 Indian Institute of Technology Delhi (II… India
37 WASEDA University Japan
38 The HONG KONG Polytechnic University Hong Kong
39 Universiti Malaya (UM) Malaysia 40 National TSING HUA University Taiwan
41 CHIBA University Japan
42 EWHA WOMANS University Korea, South
43 National CHENG KUNG University Taiwan
44 SUNGKYUNKWAN University Korea, South
45 NAGASAKI University Japan
46 HANYANG University Korea, South
47 National YANG MING University Taiwan
48 TOKYO Metropolitan University Japan
49 Indian Institute of Technology Madras (I… India
50 Universitas INDONESIA Indonesia
51 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Malaysia 52 SHOWA University Japan
53 KUMAMOTO University Japan
54 YOKOHAMA NATIONAL University Japan
55 YOKOHAMA CITY University Japan
56 OKAYAMA University Japan
57 KYUNG HEE University Korea, South
58 PUSAN National University Korea, South
59 GIFU University Japan
60 University of DELHI India
61 SOGANG University Korea, South
62 KANAZAWA University Japan
63= Indian Institute of Technology Roorkee (… India
63= OSAKA CITY University Japan
63= Universitas GADJAH MADA Indonesia
63= University of the PHILIPPINES Philippines
67 TOKYO University of Science (TUS) Japan
68 GUNMA University Japan
69 Universiti Sains Malaysia (USM) Malaysia 70 TIANJIN University China
71 National SUN YAT-SEN University Taiwan
72 National TAIWAN University of Science an… Taiwan
73 Hong Kong BAPTIST University Hong Kong
74 National CHIAO TUNG University Taiwan
75 XI’AN JIAOTONG University China
76 DE LA SALLE University Philippines
77 National CENTRAL University Taiwan
78 NIIGATA University Japan
79 OCHANOMIZU University Japan
80 BANDUNG Institute of Technology (ITB) Indonesia
81 CHIANG MAI University Thailand
82= KYUNGPOOK National University Korea, South
82= Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Malaysia
84 Ateneo de MANILA University Philippines
85 THAMMASAT University Thailand
86 TOKAI University Japan
87 MIE University Japan
88 CHONNAM National University Korea, South
89 KAGOSHIMA University Japan
90 Universiti Putra Malaysia (UPM) Malaysia
91 CHANG GUNG University Taiwan
92 INHA University Korea, South
93 TOKYO University of Agriculture and Tech… Japan
94 TONGJI University China
95 SOUTHEAST University China
96 HITOTSUBASHI University Japan
97 CHONBUK National University Korea, South
98 AJOU University Korea, South
99 CHUNGNAM National University Korea, South
100 University of PUNE India
101= SHANDONG University China
101= The CATHOLIC University of Korea Korea, South
103 HALLYM University Korea, South
104 ULSAN University Korea, South
105 National TAIWAN NORMAL University Taiwan
106 SAITAMA University Japan
107 HANKUK University of Foreign Studies Korea, South
108 KASETSART University Thailand
109 PRINCE OF SONGKLA University Thailand
110= BEIJING Normal University China
110= University of CALCUTTA India
112 RITSUMEIKAN University Japan
113 KHON KAEN University Thailand
114= CHUNG-ANG University Korea, South
114= National CHUNG HSING University Taiwan
116 JILIN University China
117 National CHENGCHI University Taiwan
118 HIROSAKI University Japan
119 BOGOR Agricultural University Indonesia
120 SHINSHU University Japan
121 NANKAI University China
122 KITASATO University Japan
123 KANGNUNG National University Korea, South
124 DOSHISHA University Japan
125= AOYAMA GAKUIN University Japan
125= SUN YAT-SEN University China
127 FU JEN Catholic University Taiwan
128 Kinki University (Kindai University) Japan
129 KONKUK University Korea, South
130= AIRLANGGA University Indonesia
130= University of MUMBAI India
130= YAMAGUCHI University Japan
133 GYEONGSANG National University Korea, South
134 Dongguk University Korea, South
135 SOONCHUNHYANG University Korea, South
136 YAMAGATA University Japan
137 SHIZUOKA University Japan
138 DONG-A University Korea, South
139 DANKOOK University Korea, South
140 EAST CHINA University of Science and Tec… China
141 Indian Institute of Technology Kharagpur… India
142 KYOTO Institute of Technology Japan
143 HUNAN University China
144= NANJING Agricultural University China
144= University of SANTO TOMAS Philippines
146 BEIJING Institute of Technology China
147 KOCHI University Japan
148 EAST CHINA Normal University China
149 SEJONG University Korea, South
150= LANZHOU University China
150= University of SEOUL Korea, South
151= BURAPHA University Thailand
151= SAGA University Japan
151= AKITA Prefectural University Japan
151= CHOSUN University Korea, South
151= HANNAM University Korea, South
151= XIAMEN University China
151= Cheju National University Korea, South
151= YUNNAN University China
151= DALIAN University of Technology China
151= IWATE University Japan
161= DONGHUA University China
161= KYUSHU Institute of Technology Japan
161= SEONAM University Korea, South
161= KUMOH National Institute of Technology Korea, South
161= SOOCHOW University China
161= ANDONG National University Korea, South
161= China Agricultural University China
161= NANJING University of Aeronautics and As… China
161= HUAZHONG University of Science and Techn… China
171= HONGIK University Korea, South
171= Indian Institute of Technology Guwahati … India
171= Pukyong National University Korea, South
171= RENMIN University of China China
171= DIPONEGORO University Indonesia
171= ANYANG University Korea, South
171= NORTHWESTERN Polytechnical University China
171= Myongji University Korea, South
171= MULTIMEDIA University Malaysia
171= SEBELAS Maret University Indonesia
181= Changwon National University Korea, South
181= BEIHANG University (former BAUU) China
181= PAICHAI University Korea, South
181= SICHUAN University China
181= CENTRAL SOUTH University China
181= International CHRISTIAN University Japan
181= SOUTH CHINA University of Technology China
181= YAMAGUCHI Prefectural University Japan
181= SILLA University Korea, South
181= Kookmin University Korea, South
191= University of BRAWIJAYA Indonesia
191= GAKUSHUIN University Japan
191= NANJING Normal University China
191= RIKKYO University Japan
191= Keimyung University Korea, South
191= NORTHEAST Normal University China
191= BEIJING FOREIGN STUDIES University China
191= National CHUNG CHENG University Taiwan
191= National KAOHSIUNG Normal University

SENARAI KEDUDUKAN UNIVERSITI DUNIA: SILA RUJUK WEB(www.topuniversities.com)

1MALAYSIA

kaum11SATU MALAYSIA

 

Setelah 52 Merdeka, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya, adat resam dan fahaman politik memerlukan satu misi bagi memajukan negara secara bersama. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah langkah yang amat bertepatan dengan suasana dan citarasa rakyat. Semua rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka adalah bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam satu nada dan satu matlamat. Ciri-ciri demografi seperti negeri, daerah, kaum, agama dan budaya wajar dihindari bagi menwujudkan satu bangsa Malaysia yang berfikiran terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama. Perpaduan kaum yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi dengan menganggap kita adalah rakyat Malaysia dan bangsa Malaysia. Keadaan ini akan dapat menwujudkan suasana negara yang aman, harmoni, selesa, keselamatan yang terjamin dan memberi kemakmuran kepada negara.

 

Rakyat perlu memahami bahawa negara yang mempunyai kestabilan politik dan keselamatan yang terjamin akan memberi perkembangan ekonomi yang pesat. Oleh itu rakyat akan dapat menikmati limpahan daripada kerancakan ekonomi negara. Kini rakyat Malaysia perlu keluar daripada kepongpong yang telah lama membelenggu fikiran dan tindakan yang berunsul perkauman. Kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib mengajak rakyat berkerja secara bersama untuk membina, memaju serta memantapkan negara tanpa mengira kaum. Negara perlu diutamakan mengatasi segala kepentingan peribadi dan kumpulan masing-masing. Kerajaan akan bersikap adil dan saksama kepada rakyat di negara ini tanpa memingirkan mana-mana kaum berdasarkan kepentingan dan mereka yang layak akan diberi bantuan. Kepentingan bumiputera juga akan dijaga sebagaimana yang terjamin dalam perlembagaan berasaskan kepentingan dan kelayakan.

 

Nilai-nilai murni seperti hormat menghormati dan saling mempercayai perlu wujud di kalangan rakyat negara ini. Setiap kaum perlu menghindari perasan curiga dan syak wasangka kerana setiap kaum akan mendapat hak dan peluang yang sama. Setiap kaum bebas mengamal dan menganuti agama, budaya dan adat resam masing-masing di samping kaum yang lain perlu menghormati. Fikiran dan tindakan perlu mengatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia, bangsa Malaysia dan bertekad untuk bersama membangun dan memajukan negara di samping sedia mempertahankan negara daripada sebarang ancaman.

Kenegaraan: Hak Cipta,Cap dagangan

Hak Cipta

Cap dagangan

Aung San Suu Kyi-pejuang demokrasi Myanmar

8-9-2009

 Aung San Suu Kyi: penerima hadiah Nobel Pendamaian

Aung San Suu Kyi: penerima hadiah Nobel Pendamaian

KEPUTUSAN mahkamah Myanmar yang mengarahkan ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi supaya terus menjalani hukuman tahanan di rumah selama 18 bulan, lagi merupakan satu lagi episod malang bagi penduduk negara itu. Bagi pemenang Hadiah Nobel itu beliau hanya memperjuangkan demokrasi untuk kebaikan penduduk Myanmar yang sekian lama terhimpit dalam pemerintahan kuku besi junta tentera.

Rumah kediaman Aung San Suu Kyi

Rumah kediaman Aung San Suu Kyi

Namun akibat dari perjuangannya itu hampir separuh dari usianya telah dihabiskan sama ada dalam penjara atau tahanan rumah, satu keputusan yang akhirnya dilihat hanya memakan diri. Namun semua itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus membela nasib rakyatnya serta memperjuangkan demokrasi untuk masa depan negara yang lebih baik.

Sememangnya keputusan mahkamah itu adalah jelas untuk memenuhi kehendak kerajaan bagi menghalang beliau bertanding dalam pilihan raya tahun depan. Malah keputusan ini turut dikutuk oleh masyarakat antarabangsa dan junta tentera kini berhadapan dengan gelombang kemarahan dunia terhadap pemanjangan hukuman tahanan rumah ke atas Suu Kyi.

 Aung San Suu Kyi

Aung San Suu KyiRumah Aung San Suu Kyi

Hukuman

Pada awalnya mahkamah di penjara Insein menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dengan kerja berat ke atas Suu Kyi kerana melanggar syarat-syarat penahanan di rumah berikutan insiden pada Mei lalu apabila seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS), John William Yettaw berenang ke rumah beliau yang terletak di tepi tasik.

Bagaimanapun ketua junta, Jeneral Kanan Than Shwe kemudiannya menandatangani perintah khas yang meringankan hukuman tersebut dan membenarkan wanita berusia 64 tahun itu ditahan di rumah selama setahun setengah.

Dalam perintahnya, Than Shwe berkata, beliau meringankan hukuman untuk ‘menjaga keamanan dan ketenteraman’ dan kerana Suu Kyi adalah anak perempuan kepada wira kemerdekaan Myanmar, Aung San.

Keputusan itu bermakna Suu Kyi akan terus berada dalam tahanan semasa pilihan raya berbilang parti yang dijanjikan oleh junta tentera pada tahun depan.

Parti beliau, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pernah memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya demokratik pada 1990 namun junta tentera enggan mengiktiraf kemenangan tersebut. Maka bermulalah episod malang bagi Suu Kyi malah beliau sendiri telah diletakkan dalam tahanan rumah selama 14 tahun.

Lelaki yang berenang ke rumah Suu Kyi, Yettaw pula dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dengan kerja berat atas tiga tuduhan berasingan tetapi belum jelas sama ada hukuman tersebut akan berjalan serentak. Bagaimanapun Suu Kyi dan Yettaw akan memfailkan rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka.

Peguam kepada Suu Kyi, Nyan Win menyatakan yang pasukan perundangannya akan memfailkan rayuan kerana ‘tidak puas hati’ terhadap hukuman tersebut.

“Kami mengandaikan keputusan tersebut adalah salah menurut undang-undang,” kata Nyan Win yang mengatakan telah diberi kebenaran oleh Suu Kyi untuk meneruskan usaha rayuan tersebut.

Para pengkritik menuduh junta menggunakan tuduhan terhadap Suu Kyi sebagai alasan untuk terus menahannya semasa pilihan raya tahun depan, lebih-lebih lagi kerana tuduhan itu difailkan hanya beberapa hari sebelum beliau dijadual selesai menjalani hukuman tahanan di rumah yang dikenakan sebelum ini.

Malah Presiden AS, Barack Obama sendiri mengetuai rasa tidak puas hati seluruh dunia terhadap keputusan rejim tentera itu. Dalam pada itu, ASEAN yang turut dianggotai Myanmar, juga menyatakan kekecewaan dalam kenyataan yang dikeluarkan Thailand selaku pengerusi blok serantau berkenaan.

Kenyataan tersebut menyeru agar Suu Kyi dibebaskan dengan segera namun ‘akan terus berhubung secara konstruktif dengan Myanmar’.

Dalam pada itu Malaysia turut menyifatkan hukuman terhadap Suu Kyi sebagai satu “keputusan yang dikesalkan”.

“Malaysia amat kecewa dengan keputusan untuk meletakkan Aung San Suu Kyi di bawah tahanan di rumah selama 18 bulan,

“Sehubungan itu, Malaysia akan mengambil tindakan segera untuk mengadakan perbincangan di kalangan anggota negara ASEAN bagi membincangkan lebih lanjut mengenai perkembangan ini,” ” kata Menteri Luar, Datuk Anifah Aman.

Sesungguhnya tiada apa yang harus dibimbangkan oleh junta tentera Myanmar kerana Suu Kyi hanyalah seorang ahli politik yang mahukan yang terbaik untuk kehidupan rakyatnya maka dengan itu demokrasi pastinya cara yang terbaik bagi penduduk negara itu dalam memilih pemimpinnya.

Oleh itu junta Myanmar harus membenarkan Suu Kyi bertanding pada pilihan raya negara itu yang dijadual pada tahun depan, sebagai satu syarat penyelesaian kepada krisis politik serta sebagai langkah permulaan untuk mewujudkan perdamaian di Myanmar.

Mengheret

Sesungguhnya keputusan junta Myanmar ini bukan sahaja menjejaskan imej kedudukan mereka di peta dunia tetapi ia turut mengheret sama nama baik ASEAN memandangkan negara tersebut merupakan antara negara yang menyertai pertubuhan itu.

Selama ini, ASEAN telah mengamalkan pendekatan berlembut terhadap Myanmar sejak 12 tahun lalu, bagi mendesak junta tentera membawa perubahan di negara itu terutama berhubung amalan demokrasi.

Keputusan ini pastinya akan dilihat menjejaskan kredibiliti ASEAN malah sudah kedengaran suara yang mahukan Myanmar disingkir keanggotaannya.

Mungkin ada kebenarannya kerana setakat ini tindak-tanduk Myanmar dilihat bertentangan dengan aspirasi ASEAN malah diumpamakan seperti duri dalam daging kerana ia boleh menjejaskan imej ASEAN di persada antarabangsa.

Apatah lagi ASEAN baru sahaja meluluskan Piagam ASEAN yang mendokong demokrasi dan hak asasi manusia. Oleh itu sekiranya ASEAN gagal melakukan sesuatu yang konkrit terhadap Myanmar, pertubuhan itu akan dilihat sebagai pertubuhan serantau yang gagal dan kredibilitinya akan tergugat di mata dunia.

Bagaimanapun semua pihak harus faham konflik politik di Myanmar merupakan krisis yang sangat rumit dan negara itu perlu mencari proses perdamaian yang berkekalan yang melibatkan semua pihak.

Selain isu penahan Suu Kyi, junta Myanmar juga berhadapan dengan masalah lain termasuk perang di sepanjang sempadan negara itu dengan pemberontak Karen, masalah pelarian Rohingya dan mangsa tragedi Taufan Nargis pada tahun 2008 yang telah menyebabkan lebih 60,000 penduduknya terkorban dan kebuluran.

Oleh itu tindakan dan sekatan yang keras ke atas Myanmar akan hanya memburukkan keadaan yang akhirnya merugikan penduduk negara itu. Namun begitu adalah penting untuk membenarkan Suu Kyi bertanding pada pilihan raya tahun depan kerana ia satu langkah penting ke arah memulakan proses perdamaian di negara itu sekali gus mengembalikan kuasa kepada rakyat seperti yang dituntut oleh parti-parti politik dan masyarakat di negara itu.

Apa yang pasti proses perdamaian perlu dibincangkan dan ini termasuklah mengenai kedudukan pasukan tentera, kuasa parti-parti politik, isu Suu Kyi dan ini termasuklah kedudukan junta tentera.

Hakikatnya isu Suu Kyi hanya sebahagian daripada isu di Myanmar tetapi Suu Kyi juga adalah kunci kepada penyelesaian konflik politik yang telah berlanjutan sejak sekian lama.

Detention of Suu Kyi illegal under Myanmar laws: UN

 

, Aung San Suu Kyi

, Aung San Suu Kyi

BANGKOK: The United Nations has ruled the continued detention of Myanmar’s pro-democracy leader Aung San Suu Kyi violates the country’s own laws as well as those of the international community, a legal document says.

Suu Kyi, a Nobel Peace Prize laureate, has spent 13 of the last 19 years under house arrest, with the ruling junta yearly extending her detention despite international outcries.

“The latest renewal (2008) of the order to place Ms Suu Kyi under house arrest not solely violates international law but also national domestic laws of Myanmar,” said a legal opinion by the UN Working Group on Arbitrary Detentions that has been sent to the Myanmar government.

Although the ruling is unlikely to spring Suu Kyi from detention, it is uncommon for the world body to accuse a member country of violating its own laws, and while the junta has always marched to its own tune it has also resented being regarded as an international pariah.

The working group, an arm of the UN Human Rights Council, said Suu Kyi was being held under Myanmar’s 1975 State Protection Law, which only allows renewable arrest orders for a maximum of five years. This five-year period ended at the end of May 2008.

The opinion also questioned whether Suu Kyi represented a threat to the “security of the State or public peace and tranquility,” the provision of the 1975 law authorities have pointed to as the reason for her continued detention.

Jared Genser, a Washington-based attorney retained by Suu Kyi’s family who provided the document to The Associated Press, said while the United Nations group earlier found her detention arbitrary and in violation of international law, it was the first time it cited the junta as failing to abide by its own law.

He said the government of Myanmar, also known as Burma, has not responded to the UN’s legal arguments and has not commented on why Suu Kyi is still being detained.

Suu Kyi, who rose to prominence during a pro-democracy uprising in 1988, was placed under arrest before her party swept the 1990 general elections, which the junta did not recognise. Over the years, the government released her several times only to have her virtually isolated again in her compound in Yangon.

The United Nations has for years attempted without success to bring about political reform and a dialogue between Suu Kyi and the military.

“I am under no illusion that the junta will be listening to the United Nations,” Genser said in a telephone interview. “There is no quick and easy answer to the problem of Burma, so we have to take it one step forward at a time.”

In Myanmar, the spokesman for Suu Kyi’s National League for Democracy, Nyan Win, said over the weekend that her lawyer had sent a letter to Prime Minister Gen. Thein Sein on March 13 asking for a hearing to appeal for her release when the one-year detention period expires in May.

The lawyer, Kyi Win, sent the appeal letter last October but has had no response from authorities, the spokesman said.

“The reason for her detention is false because Daw Aung San Suu Kyi, who advocates a non-violence policy, has not caused any threat to public order,” he said.

Nyan Win said every time Suu Kyi’s detention is extended, authorities read out the order “but no explanation or reason was ever given for the extension or detention.”

Asked if Suu Kyi’s detention might be lifted in May, Nyan Win said, “It is very difficult to make any predictions as the government does not have a transparent policy.”

Activist groups, under a Free Burma’s Political Prisoners Now Campaign, are attempting to collect 888,888 signatures for a petition calling for the release of Suu Kyi and more than 2,100 other political prisoners.

The petition is to be sent to UN Secretary-General Ban Ki-moon. The number “8” is regarded as highly auspicious by many Burmese.

(It also refers to the failed uprising that began on Aug 8, 1988 or 8-8-88, now known as the “8888 Uprising.” — ED)

Myanmar has been under military rule since 1962. Its leaders have scheduled elections next year that they say will lead to democracy. Critics say the balloting, held under a junta-orchestrated constitution, will merely perpetuate military control. — AP

Latihan Kertas 1 1/2009

1 • Menyediakan warga berminda kelas pertama
• Memperkasa sekolah kebangsaan
• Meningkatkan latihan dan kemahiran

Penyataan di atas merupakan strategi yang boleh dicapai melalui
A Dasar Telekomunikasi
B Pengurusan Dasar Pelajaran
C Dasar Pembangunan Nasional
D Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2 Pilih padanan yang betul antara tempoh Rancangan Malaysia dan dasar X, Y dan Z yang dilaksanakan.

Tempoh Dasar pelaksanaan
I Rancangan Malaysia Ke-4 (RMK 4) X Dasar Perbelanjaan Berhemat
II Rancangan Malaysia Ke-7 (RMK 7) Y Dasar Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
III Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK 9) Z Dasar Pandang Ke Timur

X Y Z
A I II III
B I III II
C II III I
D III II I

3 • Malaysian Transnational Trading Corporation (MATTRA)
• Syarikat Perdagangan Antarabangsa (PEDAMA)
• Malaysian International Trading Organization (MITCO)
• Malaysian Overseas Investment Corporation

Beberapa contoh syarikat di atas merupakan hasil daripada pelaksanaan
A Dasar Sogoshosha
B Dasar Pandang ke Timur
C Dasar Perindustrian Berat
D Pelan Induk Perindustrian Negara

4 Yang manakah benar tentang matlamat membentuk pembangunan modal insan?
I Meningkatkan daya pengeluaran
II Melahirkan generasi berfikiran kelas dunia
III Memperkasakan pengetahuan berasaskan teknologi saintifik
IV Melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri yang unggul
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
5 • Pembangunan sumber manusia untuk mencapai pertumbuhan ekonomi
• Matlamat terakhir ialah perpaduan negara dan agihan ekonomi yang adil
• Terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang ke 2 (RRJP 2) 1991 – 2000

Penyataan di atas merujuk kepada
A Wawasan 2020
B Dasar Ekonomi Baru
C Dasar Perpaduan Negara
D Dasar Pembangunan Nasional
Melahirkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak mulia Mengembangkan potensi individu

X

Memupuk kepercayaan kepada Tuhan Mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

6 Antara yang berikut, yang manakah mendukung prinsip-prinsip X di atas?
A Dasar Pendidikan Negara
B Falsafah Pendidikan Negara
C Akta Pelajaran Kebangsaan
D Laporan Jawatankuasa Kabinet

7 • Memastikan kepelbagaian eksport negara
• Menjayakan pembelian barangan buatan tempatan oleh rakyat
• Merangka semula insentif-insentif sektor perindustrian untuk menarik pelaburan

Perkara-perkara di atas merupakan usaha yang dijalankan di bawah
A Dasar Pandang ke Timur
B Pelan Induk Perindustrian
C Dasar Persyarikatan Malaysia
D Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia
8 Antara yang berikut, yang manakah objektif Dasar Pertanian Negara Ke-3 (DPN 3)?
I Mengakibatkan sektor perindustrian dengan sektor pertanian sebagai eksport
utama negara
II Memperluaskan penyelidikan dan pembangunan bidang perikanan, penternakan dan pertanian
III Mengutamakan pengeksportan bahan mentah
IV Meningkatkan teknologi pengeluaran dan pemprosesan makanan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
9 Antara berikut, yang manakah berkaitan objektif Koridor Pembangunan Wilayah Utara?
I Meningkatkan tahap pendapatan penduduk
II Meningkatkan bilangan penduduk
III Membangunkan kawasan luar bandar
IV Memaksimumkan potensi ekonomi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10 Yang manakah objektif jangka panjang Pelan Integriti Nasional?
A Membentuk etika yang baik dalam sektor korporat
B Meningkatkan kelicinan dan kecekapan dalam perkhidmatan awam
C Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya
D Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih daripada rasuah
11 Antara yang berikut, manakah bidang yang menjadi tumpuan kerjasama Pertumbuhan Segi Tiga ASEAN?
I Tenaga nuklear
II Pelancongan
III Infrastruktur
IV Pengangkutan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
12 • Membetulkan ketidaksamaan dalam susunan ekonomi antarabangsa
• Menghapuskan jurang perbezaan yang semakin meluas antara negara-negara membangun dengan negara-negara maju

Penyataan di atas merujuk kepada?
A Kerjasama Selatan-Selatan
B Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO)
C Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)
D Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

13 Antara yang berikut, manakah benar tentang peranan Suruhanjaya Selatan-Selatan?
I Mengakui persamaan ras
II Menjadi pusat bantuan kewangan
III Membincangkan masalah tentang hutang negara anggota
IV Memecahkan monopoli negara maju dalam bidang maklumat dan berita
A I dan II
B I dan IV
C II dan IV
D III dan IV
14 Antara berikut, yang manakah pernah melibatkan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?
I Mencetuskan idea tentang isu nuklear di PBB
II Menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB
III Menjadi anggota tetap dalam Majlis Keselamatan PBB
IV Menjadi jurucakap Dunia Ketiga dalam Persidangan Kemuncak Bumi 1998
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
15 Pertubuhan Fungsi
X FAO I Meningkatkan taraf kesihatan manusia sejagat
Y IMF II Berusaha meningkatkan pengeluaran makanan
Z WHO III Menghulurkan bantuan kewangan kepada negara yang menghadapi krisis kewangan

X Y Z
A I III II
B II III I
C II I III
D III II I
16 Antara berikut, yang manakah persetujuan yang telah dicapai dalam sidang kemuncak Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) di Malaysia dalam tahun 2003?
I Menaiktaraf hak wanita
II Meningkatkan perdagangan dalam kalangan negara anggota
III Menggalakkan kerjasama multilateral sesama negara anggota
IV Memberi latihan kemahiran dan perlindungan keselamatan dan undang-undang terhadap golongan wanita
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
17 • Tiada campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain
• Mewujudkan keamanan bersama

Penyataan di atas merujuk kepada
A Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)
B Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
C Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
D Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
18 Antara yang berikut, yang manakah padanan yang betul?
Pertubuhan Tujuan penubuhan
I Pertubuhan Negara-Negara Islam
(OIC) Kerjasama sosial, ekonomi dan kebudayaan
II Pertubuhan Komanwel Kerjasama ketenteraan
III Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Kerjasama ketenteraan
IV Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Kerjasama sosial, ekonomi dan politik

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
19 Antara yang berikut, yang manakah padanan yang betul?
Agensi Matlamat
X SEANWFZ I Meningkatkan semangat persaudaraan
Y AFTA II Mengelakkan perlumbaan senjata nuklear di Asia Tenggara
Z MABBIM III Pasaran bebas dalam kalangan anggota tanpa sekatan tarif

X Y Z
A I II III
B III II I
C II III I
D III I II

20 • Mekanisme Kewangan Pembiayaan Perdagangan untuk hapuskan cukai berganda
• Penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan, Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC)

Penyataan di atas berkaitan dengan
A Pertubuhan Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
B Kumpulan 15 (G-15)
C Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8)
D Rundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
21 Seorang anak kepada lelaki warganegara Malaysia manakala ibunya warganegara Britain telah dilahirkan di atas kapal terbang Cathay Pacific yang singgah di Brunei. Menurut Perlembagaan Malaysia, apakah taraf kewarganegaraan anak tersebut?

A Warganegara Brunei
B Warganegara Malaysia secara masukan
C Warganegara mana-mana negara yang diingininya
D Warganegara Malaysia melalui kuatkuasa undang-undang
22 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang pemilihan Yang di-Pertuan Agong?
I Pemilihan secara warisan
II Dipilih dari semua ketua negeri
III Pemilihan dalam tempoh lima tahun sekali
IV Hanya sembilan raja Melayu berhak memilih
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
23 Antara yang berikut, padanan manakah yang benar bagi kuasa budi bicara dan kuasa mengikut nasihat Yang di-Pertuan Agong?

Kuasa budi bicara Kuasa mengikut nasihat
A Memperkenankan permintaan pembubaran Parlimen Melantik pewaris takhta
B Memanggil mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Mengurniakan pingat kebesaran
C Mengampunkan pesalah syariah di negeri asal baginda Melantik senator
D Melantik Yang Dipertua Negeri Memperkenankan rang undang-undang

24 • Melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara
• Menyediakan garis panduan atau peraturan yang perlu dipatuhi di Kem Latihan Khidmat Negara

Pihak manakah yang bertanggungjawab secara langsung terhadap program di atas?
A Kementerian Pertahanan
B Jabatan Pertahanan Awam
C Kementerian Perpaduan Negara
D Jabatan Latihan Khidmat Negara

25 • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
• Lembaga Tabung Haji
• Jabatan Perangkaan

Semua agensi di atas terletak di bawah tanggungjawab
A Perbendaharaan
B Kementerian Kewangan
C Jabatan Perdana Menteri
D Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

26 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang fungsi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)?

I Membaiki pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru
II Mencadangkan pelan pemulihan kegawatan ekonomi
III Mencadangkan pembentukan Dana Harta dan Dana Modal
IV Menyelaras pembangunan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

27 Apakah implikasi sekiranya berlaku kekosongan luar jangka di Dewan Rakyat?
A Ahli Dewan Rakyat yang baru akan dilantik
B Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengisytiharkan pilihan raya umum
C Kekuatan parti yang menang majoriti ahli Dewan Rakyat akan terjejas
D Kekosongan luar jangka tersebut perlu dipenuhi dalam tempoh 20 hingga 30 hari

28 Antara yang berikut, yang manakah terlibat dalam membantu Jemaah Menteri menyelaras kegiatan kementerian-kementerian?
I Majlis Tanah Negara
II Majlis Perumahan Negara
III Majlis Keselamatan Negara
IV Majlis Pembangunan Negara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
29 Antara penyataan berikut, yang manakah tujuan penubuhan Perbadanan Awam Negeri?
I Menggalakkan penswastaan jabatan-jabatan negeri
II Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan
III Mewujudkan pentadbiran yang lebih bebas daripada kerajaan negeri
IV Melibatkan kerajaan negeri secara langsung dalam pembangunan sosioekonomi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
30 Antara berikut, yang manakah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri?

I Penyu dan menangkap ikan di sungai
II Perancangan bandar dan kampung
III Buruh dan keselamatan sosial
IV Pindah hak milik tanah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
31 Yang manakah benar tentang persamaan Raja atau Sultan dengan Yang Dipertua Negeri?
I Menjadi ketua negeri di negeri masing-masing
II Boleh mengundi dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja
III Menjadi ketua agama Islam di negeri masing-masing
IV Menjadi Pengerusi Lembaga Pengampunan di negeri masing-masing
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

32 • Melaksanakan kuasa eksekutif negeri
• Mendaftar dan menukar hak milik tanah
• Mengeluarkan permit dan lesen perlombongan

Fungsi di atas boleh dijalankan oleh
A Majlis Tindakan Negeri
B Pihak Berkuasa Tempatan
C Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
D Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

33 Antara berikut, yang manakah merupakan sumber kewangan sesebuah kerajaan tempatan untuk menjalankan aktiviti hariannya?
I Cukai bangunan
II Cukai jalan raya
III Hasil kutipan zakat fitrah
IV Pemberian daripada kerajaan negeri
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

34 Yang berikut merupakan kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
I menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Tempatan
II menetapkan taraf dan status Kerajaan Tempatan
III meluluskan jawatan baru yang hendak diwujudkan
IV membentuk dasar berkenaan dengan dasar Kerajaan Tempatan
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
35 Keanggotaan Dewan Negara boleh dipinda menerusi satu undang-undang
yang diluluskan oleh Parlimen.

Pindaan yang boleh dibuat berdasarkan kenyataan di atas ialah
I untuk menambah bilangan anggota yang dipilih oleh kerajaan negeri
II mengubah cara pemilihan anggota Dewan Negara
III merangka prosedur pemecatan keanggotaan Dewan Negara
IV membuat penggiliran berbahas dalam mana-mana Majlis Parlimen
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
36 Pilih padanan yang benar tentang pilihan raya Dewan Undangan Negeri.
A B C D
Wang pertaruhan (deposit) RM3000.00 RM3000.00 RM5000.00 RM10 000.00
Wang kempen RM3000.00 RM5000.00 RM3000.00 RM5000.00
Jumlah perbelanjaan yang dibenarkan RM100 000.00 RM200 000.00 RM100 000.00 RM200 000.00

37 PETISYEN PILIHAN RAYA
Tuduhan : Ejen pilihan raya melakukan sogokan dan peras ugut
Keputusan mahkamah : Kemenangan calon dibatalkan.
Yang manakah perkara yang benar berkaitan dengan petisyen pilihan raya di atas?
I Keputusan mahkamah boleh dirayu di Mahkamah Persekutuan
II Tarikh kekosongan kerusi ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
III Petisyen dikemukakan dalam masa 21 hari selepas pengumuman keputusan pilihan raya
IV Pilihan raya kecil akan diadakan dalam tempoh 90 hari selepas keputusan kes diumumkan
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
38 Jika seorang Perdana Menteri hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, beliau boleh
A melakukan rombakan kabinet
B membubarkan parti yang dianggotainya
C memanggil mesyuarat tergempar Parlimen
D memohon pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong
39 Perkara-perkara yang menyebabkan seseorang warganegara hilang kelayakan menjadi calon dalam pilihan raya ialah
I ditahan reman selama 14 hari
II dikenakan hukuman mati
III dipenjara selama 12 minggu
IV mendapat kerakyatan asing
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
40 Menggubal draf undang-undang awam untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri

X

Berdasarkan penyataan di atas, X ialah
A Pejabat Ketua Menteri
B Jabatan Peguam Negara
C Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
D Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri

41 Perdana Menteri membuat rayuan

X

Tribunal menyiasat dan membuat syor

Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut syor tribunal

Carta di atas menunjukkan proses pemecatan seorang hakim. Apakah proses X ?
A Perdana Menteri melantik tribunal
B Yang di-Pertuan Agong melantik tribunal
C Perdana Menteri berunding dengan Majlis Raja-Raja
D Hakim-hakim bermesyuarat untuk menentukan ahli tribunal

42 Antara penyataan berikut, yang manakah merupakan kuasa eksklusif Mahkamah Persekutuan?
I Memutuskan pertikaian di antara negeri-negeri atau di antara Persekutuan dengan negeri
II Mendengar rayuan terhadap keputusan atau perintah Mahkamah Tinggi dalam kes sivil dan jenayah
III Menentukan kesahan undang-undang yang digubal atau dipinda oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
IV Mahkamah Persekutuan boleh memberi pandangan undang-undang berkaitan dengan persoalan yang dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
43 Yang manakah padanan yang betul antara istilah kehakiman dengan takrifnya?
Istilah Takrif
P Ex parte I Permohonan di Mahkamah Atasan untuk mengetepikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rendah
Q Mala fide II Satu tindakan dengan niat jahat
R Certiorari III Tindakan melampaui had kuasa yang diperuntukkan
S Ultra vires IV Satu permohonan oleh plaintif kepada mahkamah bagi mendengar kes tanpa kehadiran pihak defendan

P Q R S
A I II III IV
B II III IV I
C III II I IV
D IV II I III

44 Yang manakah padanan yang benar tentang bidang kuasa Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret?
Mahkamah Sesyen Mahkamah Majistret
A Membicarakan kes sivil yang nilai perkara yang dipertikaikan tidak melebihi RM250 000 Membicarakan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda tidak melebihi RM10 000
B Membicarakan kes sivil yang nilai perkara yang dipertikaikan melebihi RM250 000 Membicarakan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 5 tahun atau denda tidak melebihi RM10 000
C Membicarakan kes jenayah yang nilai perkara yang dipertikaikan melebihi RM250 000 Membicarakan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 5 tahun atau denda tidak melebihi RM50 000
D Membicarakan kes jenayah yang nilai perkara yang dipertikaikan melebihi RM100 000 Membicarakan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 5 tahun atau denda tidak melebihi RM5 000

45 • Amaun nilai tuntutan tidak melebihi RM25 000
• Dianggotai oleh pengerusi, timbalan pengerusi dan lima anggota lain
• Saluran untuk menuntut ganti rugi atau pampasan daripada pembekal atau pengilang

Penyataan di atas merujuk kepada
A Mahkamah Tuntutan Kecil
B Tribunal Tuntutan Pengguna
C Persatuan Pengguna Malaysia
D Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

Soalan 46 dan 47 berdasarkan Jadual 1 di bawah ini.
Jadual 1: Hasil Kerajaan Persekutuan 1998 – 2000 ( RM Juta)
Sumber 1998 1999 2000
Jumlah hasil 56 710 56 690 59 897
Jumlah hasil cukai 45 336 44 391 47 580
Jumlah hasil bukan cukai 11 374 12 299 12 317

46 Pilih penyataan yang benar tentang jadual di atas.
I Dalam tempoh 1998 – 2000, jumlah hasil cukai meningkat lebih 8%
II Dalam tempoh 1998 – 2000, jumlah hasil bukan cukai meningkat 8.3%
III Dalam tempoh 1998 – 2000, jumlah hasil Kerajaan Persekutuan meningkat lebih 5.6%
IV Dalam tempoh 1998 – 2000, kadar peningkatan jumlah hasil cukai melebihi kadar peningkatan jumlah hasil

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
47 Dalam bajet 2000, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM78 025 juta. Berapa peratuskah pinjaman yang diperlukan untuk menampung belanjawan ini?

A 23.23%
B 30.26%
C 38.10%
D 147.16%
48 Syarikat Pinasonic Malaysia telah menghasilkan dua buah model pengisar makanan iaitu model A25 dan model B30. Setiap model A25 memerlukan masa 25 minit untuk dipasang dan 40 minit untuk diuji manakala model B30 memerlukan 20 minit untuk dipasang dan 40 minit untuk diuji. Syarikat itu dapat menghasilkan X unit model A25 dan Y unit model B30 dalam sehari dan jumlah masa yang digunakan untuk memasang dan menguji masing-masing ialah 28 jam dan 48 jam. Cari jumlah model A25 yang dapat dihasilkan.

A 40 buah
B 48 buah
C 84 buah
D 132 buah

49 Encik T membeli sebuah rumah teres satu tingkat di Taiping. Beliau mendapat pinjaman 100% dari sebuah bank. Tempoh bayaran balik adalah selama 20 tahun dengan ansuran bulanan sebanyak RM1000.00. Didapati sejumlah 55% adalah dibayar atas faedah bank. Berapakah harga rumah itu?
A RM100,000.00
B RM108,000.00
C RM120,000.00
D RM132,000.00
50 Seorang pesara telah melabur wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM80 000 dalam satu perniagaan. Beliau menganggarkan pulangan modal tersebut dapat diperolehi dalam tempoh tertentu dengan kadar pulangan 18% setahun daripada jumlah modal. Dalam tempoh berapa tahun pesara tersebut akan mendapat kembali semua modalnya?
A 4 tahun
B 5 tahun
C 6 tahun
D 7 tahun

Soalan 51 berdasarkan Jadual 2 di bawah ini.

Malaysia : Jumlah Pendaftaran Baru Pelbagai Jenis Kenderaan
Bermotor antara Suku Tahunan Pertama hingga Suku Tahunan Keempat Tahun 2004

Kenderaan TAHUN 2004
Suku
Pertama Suku
Kedua Suku
Ketiga Suku
Keempat
Unit Unit Unit Unit
Kereta penumpang
Motosikal
Kenderaan barang
Teksi
Bas dan kereta sewa
Lain-lain 103 373
101 148
6 749
1 298
611
3 986 119 641
100 147
8 835
2 279
689
3 796
129 388
104 253
9 477
2 633
754
4253
119 764
92 429
8108
1 536
1 033
6 233
Jumlah 217 165 235 387 250 708 229 103

51

Antara berikut, yang manakah benar tentang pendaftaran baru pelbagai jenis kenderaan bermotor pada tahun 2004?
I Jumlah pendaftaran baru pelbagai jenis kenderaan bermotor meningkat sebanyak 5.5% dalam empat suku tahun berikut.
II Perubahan bilangan kereta penumpang baru berdaftar berkadar terus dengan bilangan motosikal baru berdaftar.
III Pada suku kedua tahun 2004, hampir 3.8% pendaftaran baru adalah kenderaan barang.
IV Peratus peningkatan unit bagi motosikal dari suku ketiga hingga suku keempat adalah sebanyak 11.3%.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

52 Di sebuah padang, terdapat 4 barisan pelajar yang diatur mengikut kelas, 4A, 4B, 4C, dan 4D. Barisan 4B mempunyai 5 orang lebih daripada kelas 4A manakala kelas 4A mempunyai 3 orang lebih daripada kelas 4C. Kelas 4D pula mempunyai 2 orang lebih daripada 4C.
Jika keempat-empat kelas mempunyai 81 orang pelajar, berapakah bilangan pelajar yang terdapat di kelas 4D ?
A 17
B 18
C 19
D 20
53 Syarikat pengangkutan X telah mengadakan rombakan dalam struktur pentadbiran syarikatnya. Selepas rombakan, syarikat itu mempunyai 12 bahagian. Dalam proses rombakan, 5 bahagian baru telah diwujudkan, 3 bahagian sedia ada digabungkan, 4 bahagian telah dinamakan semula dan 1 bahagian telah dibubarkan.
Berapakah bahagian yang terdapat dalam syarikat X sebelum rombakan?
A 9
B 10
C 11
D 13

Soalan 54 berdasarkan Jadual 3 di bawah ini.

Jadual 3: Pengeluaran Hasil Tanaman Utama di Malaysia
dari Tahun 1997 hingga Tahun 1999

Pengeluaran hasil tanaman utama (tan metrik)
Jenis Tananman 1997 1998 1999
Getah 971 000 883 000 768000
Kelapa Sawit 8 319 000 10 553 000 10 842 000
Kelapa 24 000 18 000 21 000
Koko 90 000 83 000 70 000
Padi 1 256 000 1 314 000 1 382 000

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Pertanian, Buku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2001)

54 Yang manakah benar tentang Jadual 3 di atas?
I Sebanyak 88.2% daripada jumlah keseluruhan pengeluaran hasil tanaman utama adalah kelapa sawit pada tahun 1999.
II Pengeluaran getah menurun sebanyak 9.1% daripada tahun 1997 ke tahun 1998.
III Kadar penurunan pengeluaran kelapa lebih tinggi daripada kadar penurunan pengeluaran koko bagi tahun 1997 hingga tahun 1999.
IV Pengeluaran padi pada tahun 1999 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.0% dari tahun 1997.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

• Waktu di London lewat 8 jam berbanding dengan waktu di Kuala Lumpur
• Penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengambil masa 20 jam.

55
Jika Cik Y bertolak dari London ke KLIA pada jam 9.00 pagi pada 11 Mei 2008, pukul berapakah beliau akan tiba di lapangan terbang mengikut waktu tempatan Malaysia?
Masa Tarikh
A 9.00 malam 11 Mei 2008
B 1.00 petang 12 Mei 2008
C 5.00 petang 12 Mei 2008
D 11.00 pagi 12 Mei 2008

56 Bas Syarikat Tung Mas bertolak dari Sandakan ke Kota Kinabalu dengan membawa 40 orang penumpang. Ketika di Ranau, 7 orang penumpang naik dan 4 orang penumpang turun. Apabila tiba di Pekan Nabalu, 5 orang turun dan naik pula 3 orang penumpang baru. Kemudian semua penumpang turun di Kota Kinabalu.

Berapakah perbezaan bilangan penumpang di Kota Kinabalu berbanding dengan semasa di Sandakan?

A 1 orang
B 23 orang
C 39 orang
D 79 orang

Soalan 57 berdasarkan Jadual 4 di bawah ini.

Jadual 4: Keadaan Kewangan daripada Perdagangan Antarabangsa Malaysia
dan Peratus Nisbah Khidmat Bayar Hutang Negara dari Tahun 1999 hingga Tahun 2002

Perkara Tahun
1999
(RM bilion) 2000
(RM bilion) 2001
(RM bilion) 2002
(RM bilion)
Rizab Bersih Antarabangsa 115 123 113 541.3 117 202.9 131 393.7
Jumlah Hutang Luar Negeri 162 133 161 091 174 358 186 601
Bayaran Balik Pinjaman Pokok 14 271 15 467 17 209 18 913
Bayaran Faedah 7 586 8 666 7 339 7 213
Nisbah Khidmat Bayar Hutang
( Peratus ) 6.3% 5.6% 6.2 % 6.2%

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Perangkaan Malaysia, 2003)

57 Antara berikut, yang manakah benar tentang jadual di atas?
I Rizab Bersih Antarabangsa pada tahun 2000 telah naik sebanyak 1.37% berbanding tahun 1999.
II Rizab Bersih Antarabangsa, Jumlah Hutang Luar Negeri dan Bayaran Balik Pinjaman Pokok mengalami pola menaik pada setiap tahun.
III Pada tahun 2002, bayaran faedah telah menurun sebanyak 1.7% berbanding tahun 2001.
IV Jumlah bayaran pinjaman pokok pada tahun 2002 adalah 1.3 daripada jumlah pada tahun 1999.

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

Soalan 58 berdasarkan Jadual 5 di bawah ini.

Malaysia : Perbandingan Perolehan Hasil Bukan Cukai Terpilih Kerajaan Persekutuan
pada Tahun 2004 dan Tahun 2005
Jenis/Hasil Bukan Cukai Tahun 2004 Tahun 2005
RM Juta RM Juta
Lesen dan Permit 135 000 223 200
Bayaran Perkhidmatan 114 500 115 100
Dendaan dan Hukuman 37 480 32 980
Kadar Faedah dan Pelaburan 61 400 61 200
Bayaran Pindahan 36 000 25 800
Hasil Bukan Cukai Lain 28 000 30 300
Jumlah 412 380 488 580
(Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Unit Perancangan Ekonomi
dan Jabatan Perangkaan Malaysia, 2006 )

58 Pilih penyataan yang benar tentang jadual di atas
I Hasil bukan cukai untuk lesen dan permit merupakan penyumbang utama pada tahun 2004, iaitu hampir 32.37%.
II Untuk bayaran pindahan, penurunan peratus dari tahun 2004 ke 2005 ialah 28.3%.
III Peratus sumbangan bayaran perkhidmatan pada tahun 2004 lebih tinggi berbanding dengan tahun 2005.
IV Bayaran perkhidmatan pada tahun 2004 telah meningkat sebanyak 2% pada tahun 2005.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

Soalan 59 berdasarkan carta di bawah ini.

Malaysia: Perbandingan Perolehan Hasil Bukan Cukai Terpilih
Kerajaan Persekutuan pada Tahun 2004 dan 2005

59 Yang manakah adalah benar tentang carta pai di atas?
I Jumlah perolehan meningkat sebanyak 18.5% dari tahun 2004 hingga 2005
II Pada tahun 2005, bayaran pindahan adalah menurun sebanyak 3.45% berbanding 2004
III Jumlah perbezaan untuk dendaan dengan hukuman pada kedua-dua tahun adalah sebanyak RM10203 juta
IV Jumlah bayaran perkhidmatan telah meningkat sebanyak RM787 juta dari tahun 2004 ke tahun 2005.
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

Soalan 60 berdasarkan Jadual 6 di bawah ini.

Jadual 6 : Kadar Pertukaran Mata Wang Asing

Mata Wang Belian Jualan
Dolar Singapura 2.3167 2.0030
Dolar Australia 5.8080 5.4812
Pound Sterling 1.6997 2.3500

• Ahmad mempunyai £7 690
• Abu mempunyai S$778
• Raj mempunyai A$347

60 Jumlah purata wang diterima oleh ketiga-tiga orang tersebut apabila dijual dalam RM ialah
A RM5 629.50
B RM7 606.40
C RM7 780.70
D RM8 020.40

KERTAS SOALAN TAMAT

Jawapan Soalan Pengajian Am 1 2009

Soalan Jawapan Topik Pengetahuan Pemahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
1 D PIPP X
2 C RMK X
3 A SOGOSHOSA X
4 C MODAL INSAN X
5 D D.PEMBANGUNAN NASIONAL X
6 B FPN X
7 B PELAN INDUK PERINDUSTRIAN X
8 C DASAR PERTANIAN NG 3 X
9 D KORIDOR PBGN WILAYAH UTARA X
10 C PIN X
11 C ASEAN X
12 B NIEO X
13 D SURUHANJAYA SELATAN2 X
14 C PBB-PENGLIBATAN M’SIA X
15 B AGENSI PBB X
16 B OIC X
17 C NAM X
18 B PERTUBHAN ANTARABANGSA X
19 C ASEAN X
20 B G-15 X
21 D PERLEMBAGAAN-WARGANEGARA X
22 D YDPA X
23 B YDPA-KUASA X
24 D PLKN X
25 C AGENSI JPM X
26 C MTEN X
27 C D. RAKYAT X
28 D BADAN PENYELARASAN X
29 D PERBADANAN AWAM NEGERI X
30 B SENARAI KERAJAAN NEGERI X
31 A KETUA NEGERI X
32 C MMK X
33 B KERAJAAN TEMPATAN X
34 B MAJLIS NG BG KERJN TEMPATAN X
35 A DEWAN NEGARA X
36 C PILIHAN RAYA DUN X
37 B PETISYEN PILIHANRAYA X
38 D PERDANA MENTERI X
39 C PILIHAN RAYA- CALON X
40 D PENASIHAT UNDANG NEGERI X
41 B TRIBUNAL PECAT HAKIM X
42 B MAHKAMAH PERSEKUTUAN X
43 D ISTILAH KEHAKIMAN X
44 A B. KUASA M SESYEN/MAJISTRET X
45 B TRIBULAN TUNTUTAN PENGGUNA X
PENYELESAIAN MASALAH
46 C X
47 A X
48 B X
49 B X
50 C X
51 B X
52 C X
53 B X
54 D X
55 B X
56 A X
57 D X
58 C X
59 B X
60 A X
JUMLAH 17 9 16 13 3 2

Gula Oh Gula …. Ke Mana Pergi Gula?

Gula Oh Gula …. Ke Mana Pergi Gula?

 11 Ogos 2009 (Bernama) — Biasanya kita ke hipermarket kerana dapat membeli belah segala jenis barang di bawah satu bumbung tetapi seorang rakan terpaksa menerima hakikat yang sebaliknya.

Dia mengeluh panjang berkongsi pengalamannya penghujung minggu lalu, seperti yang terpaksa dilalui pengguna lain di beberapa negeri termasuk Perlis, Kedah, Kelantan dan Sabah, iaitu menjadi pemburu gula.

Selepas dua pencarian, dia hampa dan pulang dengan tangan kosong. Dua pasar raya yang dikunjunginya tiada bekalan gula.

Seperti tidak cukup dengan jerebu dan wabak selesema babi (Influenza A HINI), rakyat negara ini kembali dihimpit isu ketiadaan bekalan gula seperti tahun-tahun sebelumnya.

Memandangkan masalah tiga serangkai ini mungkin berlarutan buat beberapa ketika, justeru, tindakan bijak dan pantas perlu dilaksanakan bagi membendung penularan serta impaknya.

Dalam berdepan dengan krisis bekalan gula ini, masyarakat pengguna tidak harus melakukan pembelian panik yang sudah tentunya akan hanya memburukkan keadaan!

Cuma, mungkin ramai yang diasak keanehan, isu gula habis dan tiada stok ini sering menjelma menjelang Ramadan dan musim perayaan khususnya Hari Raya.

KAUT KEUNTUNGAN

Andaian yang mungkin boleh dibuat masyarakat umum ialah ada pihak yang sengaja mencetuskan krisis bekalan gula, kalau bukan untuk meraih keuntungan singkat.

Sempadan negara juga bolos lagi dengan gula subsidi diseludup ke negara jiran juga untuk mengaut keuntungan.

Laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini memaparkan betapa mudahnya mendapat bekalan gula subsidi Malaysia di negara jiran yang bersempadan dengan Perlis sedangkan di negeri yang sememangnya pengeluar gula, bekalan bahan itu sukar diperoleh!

Menurut laporan dari Padang Besar itu, ada sindiket tertentu yang menyeludup gula pasir ke negara jiran menerusi laluan darat dan laut di sempadan Perlis-Thailand.

Mengapa kan tidak! Harga gula pasir di Thailand mencecah RM2.50 hingga RM2.90 sekilogram berbanding RM1.45 di pasaran negara ini. Harga gula pasir juga dilaporkan tinggi di Filipina, Indonesia dan Singapura berbanding Malaysia.

Malah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut dipetik media sebagai berkata kekurangan gula di pasaran sekarang bukan kerana bahan itu tidak ada tetapi ia diseludup keluar negara di samping pembelian panik pengguna.

ISU BERULANG

Andaian atau kenyataan, yang menjadi mangsa kemelut bekalan gula ini ialah masyarakat pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah.

“Saban tahun isu berkaitan barang keperluan asas seperti gula, tepung dan sebagainya berlaku. Pengguna sering berhadapan dengan masalah bekalan terutamanya apabila menjelang musim perayaan,” kata Mohd Yusof Abdul Rahman, Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Bercakap kepada Bernama, beliau memberitahu bahawa krisis bekalan gula yang berulang ini mungkin kerana pihak yang terlibat dalam industri gula dikuasai oleh beberapa golongan tertentu.

“Kemungkinan wujud pakatan antara mereka dalam menentukan harga dan bekalan gula di pasaran tempatan. Begitu juga dengan rangkaian pemborongan yang dikuasai pihak tertentu.

“Selagi industri yang berkaitan keperluan asas seperti gula ini bersifat monopoli, keadaan ini akan terus berlaku,” jelasnya kepada Bernama.

GULA SUBSIDI

Menurut Mohd Yusof, masalah bekalan gula yang sering berlaku membabitkan gula bersubsidi.

Gula bersubsidi sebenarnya, kata beliau, untuk keperluan pengguna biasa, bukannya peniaga termasuk peniaga kecil-kecilan seperti penjual kuih dan industri kecil dan sederhana (IKS).

Kerajaan, katanya, perlu membayar kepada pengeluar gula bagi membekalkan gula bersubsidi ini di pasaran.

Beliau berkata dalam bajet mini yang dibentang di Parlimen pada 10 Mac 2009, kerajaan memperuntuk sebanyak RM674 juta sebagai subsidi untuk bahan makanan harian seperti gula, roti dan tepung gandum.

Bagi memastikan peruntukan subsidi ini terkawal, kerajaan menetapkan kuota tertentu bagi pengeluaran gula bersubsidi dan menurut Mohd Yusof, dalam keadaan biasa, pengeluaran gula bersubsidi ialah 100,000 tan metrik sebulan.

Namun jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung peningkatan permintaan yang biasanya berlaku menjelang musim perayaan.

Justeru, katanya, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu proaktif dengan perkembangan industri gula serta meningkatkan pengeluaran gula bersubsidi apabila perlu.

Untuk rekod, sebagai langkah menangani masalah kekurangan gula, Menteri yang bertanggungjawab mengarahkan pengilang gula menambah sebanyak 20,000 tan lagi gula sebulan.

Menurut Ismail Sabri, trend penggunaan gula pada musim perayaan meningkat daripada 3,500 tan kepada 4,000 tan sehari.

Empat pengeluar gula terbesar negara ialah CSR di Selangor, Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd (KGFP), Kilang Gula Padang Terap, Kedah dan Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd (MSM), Prai.

IKS DAN PENIAGA

Lazimnya juga, permintaan untuk gula pasir akan meningkat menjelang musim perayaan. Pada waktu inilah IKS serta peniaga kecil-kecilan memerlukan bekalan gula yang banyak untuk menampung pengeluaran produk masing-masing.

Memandangkan pengeluaran gula bersubsidi mempunyai kuota tertentu, sudah tentu keadaan ini akan mencetuskan ketidakseimbangan dan menyebabkan berlakunya kekurangan.

Mohd Yusof berkata bagi pembelian yang besar, IKS dan peniaga kecil mendapat bekalan terus gula daripada pemborong atau kilang dan harga yang perlu dibayar adalah tinggi berbanding gula bersubsidi.

“Maka tidak hairanlah jika ada pihak IKS atau peniaga kecil sering mendapatkan bekalan gula di kedai-kedai runcit atau tempat-tempat lain.

“Jika mereka membeli dalam jumlah yang banyak pada satu-satu masa, sudah tentu akan berlaku kekurangan bekalan memandangkan kuota pengeluaran gula bersubsidi adalah terhad,” jelasnya.

Beliau turut memberitahu bahaw kemungkinan ada pemborong atau pembekal yang menjual gula bersubsidi terus kepada industri, pada harga industri atau kurang sedikit, bertujuan mengaut keuntungan.

Dalam hal itu, Mohd Yusof menggesa kerajaan meningkatkan kawalan pengeluaran dan pengedaran gula bagi memastikan gula bersubsidi dihantar ke pasaran runcit.

Langkah tegas dan konsisten juga perlu dibuat dalam membenteras penyeludupan gula ke luar negara khususnya negara jiran, Thailand, dan hendaknya juga tidak dibuat secara berkala.

Berita rampasan kira-kira 24 tan metrik gula pasir bernilai RM32,000 di sebuah gudang di Jejawi, dekat Kangar, Perlis baru-baru ini menunjukkan berlakunya kegiatan menyorok bekalan itu untuk diseludup ke luar negara.

Sebelum itu, Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 8 tan gula yang dianggarkan bernilai RM17,600 dalam serbuan dekat Pengkalan Kubor, Kelantan.

Kedua-dua kes ini jelas menunjukkan wujud kegiatan menyeludup gula ke negara jiran yang perlu ditangani secara tegas sehingga tuntas.

Dalam masa yang sama, tindakan keras juga perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyorok atau melakukan apa jua penyelewengan yang menyebabkan gangguan dalam bekalan gula pasir ini.

CADANGAN FOMCA

Membuka industri pengeluaran atau pembekalan gula kepada lebih ramai pihak, bukannya dimonopoli oleh pihak tertentu, dilihat sebagai satu cara praktikal untuk menangani krisis bekalan gula.

Mohd Yusof turut berpendapat, perkara yang sama juga perlu dibuat terhadap pengimportan gula mentah (tebu).

Justeru beliau melihat positif kenyataan yang dibuat Ismail Sabri mengenai pembentangan Akta Persaingan Pengguna di Parlimen hujung tahun ini bagi membendung kegiatan monopoli.

Dengan penguatkuasaan Akta itu, pihak berkuasa dapat mengawal kegiatan monopoli terutama yang membabitkan barang keperluan harian oleh syarikat tertentu, sehingga membebankan orang ramai.

Ia juga memberi kuasa kepada kerajaan untuk membendung kegiatan kartel dan tindakan beberapa syarikat bergabung untuk menetapkan harga sesuatu produk di pasaran.

Dalam masa yang sama, Mohd Yusof turut mencadangkan agar satu mekanisme diwujudkan bagi mengawal penjualan gula bersubsidi untuk memastikan ia hanya dibeli pengguna biasa.

“Antaranya mengehadkan penjualan gula di kedai runcit kepada sejumlah tertentu seperti dua kilo seorang sehari.

“Bagi mereka yang ingin mendapatkan bekalan gula yang lebih banyak, mereka boleh mendapatkan bekalan di pasar raya besar, yang mendapat bekalan terus daripada pemborong atau pengeluar,” cadang Mohd Yusof.

Satu lagi cadangan Fomca ialah supaya kerajaan mengkaji semula pemberian subsidi gula.

Menurut Mohd Yusof, pada masa ini, subsidi gula dinikmati oleh semua pengguna tanpa mengira kedudukan dan kemampuan kewangan mereka.

Subsidi, tegasnya, wajar diberi untuk menampung keperluan golongan tertentu sahaja seperti mereka yang berpendapatan rendah atau mempunyai tanggungan yang ramai, walaupun berpendapatan sederhana.

SEDARLAH PENGGUNA

Mohd Yusof juga menyarankan pengguna negara ini diberi kesedaran agar mengurangkan pengambilan gula sehari.

Katanya langkah itu dilihat amat perlu memandangkan rakyat Malaysia didapati mengambil gula secara berlebih-lebihan.

“Secara puratanya seorang individu mengambil 25 sudu teh atau 125 gram gula sehari. Ini bersamaan dengan 3.75 kilogram atau 750 sudu teh gula sebulan.

“Pengambilan gula yang berlebih-lebihan ini menyebabkan jumlah pesakit diabetes di Malaysia kini dianggarkan sekitar 3.6 juta orang,” kata beliau, sambil menambah bahawa jumlah gula yang disarankan bagi setiap individu ialah 50 gram atau tidak melebihi 10 sudu teh sehari!

Sesungguhnya pasti kita tidak mahu menjadi seperti pepatah “Mati Semut Kerana Gula!”

Majlis Raja-raja

Majlis Raja-Raja

Raja-Raja menghadiri Mesyuarat MRR 2009
Mesyuarat MRR Ke-218 2009

Mesyuarat MRR Ke-218 2009

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua dari kiri) bersama Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (dua dari kanan) menghadiri Mesyuarat ke-218 Majlis Raja-Raja di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya, Kuching

 

 

Mesyuarat MRR Ke-218, 2009

Mesyuarat MRR Ke-218, 2009

 Mesyuarat MRR ke-218, 2009

Yang Di-pertuan Agong Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218

KUCHING, 29 Julai 2009 – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya dekat sini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual menghadiri mesyuarat itu esok dengan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah mesyuarat itu selepas mesyuarat ke-116 pada 1972 dan yang ke-157 pada 1992

 

 

Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.

Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

Sejarah

Sejarah Majlis Raja-Raja bermula dengan penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah ditubuhkan. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan untuk membincangkan hal-ehwal dan kepentingan bersama dengan Pemerintah Inggeris.

Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu, atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar telah diadakan pada 13 – 17 Julai 1897 di Istana Negara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu.

Raja-Raja Melayu yang hadir dalam mesyuarat Durbar tersebut ialah DYMM Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Negeri Perak), DYMM Sultan Abdul Samad (Negeri Selangor), DYMM Tuanku Muhammad (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), dan DYMM Sultan Ahmad (Negeri Pahang).

Pihak Inggeris pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell, Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham (pengerusi mesyuarat), Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang, J.P Rodgers, Residen Inggeris di Selangor dan W.H. Treacher, Residen Inggeris di Perak. Mesyuarat Durbar telah diadakan sebanyak 9 kali hingga tahun 1939.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dalam tahun 1948, keahliannya ditambah dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Negeri Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Namanya juga telah dipendekkan menjadi Majlis-Raja-Raja. Mesyuarat pertama bagi tempoh ini telah diadakan pada 18 Februari 1948 di Kuala Lumpur dan telah dipengerusikan oleh DYMM Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, Sultan Johor. Pihak Inggeris diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Antara Februari 1948 hingga Ogos 1957 mesyuarat Majlis Raja-Raja telah diadakan sebanyak 50 kali.

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya, negeri Melaka dan Pulau Pinang turut menjadi ahli dan ini diikuti pula oleh Sabah dan Sarawak apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober 1957 dan dipengerusikan oleh DYMM Sultan Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis

  

 

 

 

 

Yang Di-pertuan Agong Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218

KUCHING, 29 Julai 2009 – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya dekat sini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual menghadiri mesyuarat itu esok dengan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah mesyuarat itu selepas mesyuarat ke-116 pada 1972 dan yang ke-157 pada 1992

 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua dari kiri) bersama Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (dua dari kanan) menghadiri Mesyuarat ke-218 Majlis Raja-Raja di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya, Kuching,

1Malaysia

Konsep 1Malaysia: sila rujuk link di bawah