Category Archives: Koleksi soalan ramalan 2009

Soalan Percubaan Bahasa Melayu STPM dari Institut Bukit Mertajam(IBM)

Sila rujuk

Karangan: Kesan Globalisasi

Globalisasi atau “Dunia Tanpa Sempadan” berkembang luas ke seluruh dunia.  Kononnya globalisasi yang bebas ini akan membawa lebih banyak faedah kepada sesebuah negara yang ingin menguruskan ekonomi mengikut coraknya sendiri.  Walau bagaimanapun, negara-negara sedang membangun dinasihatkan membuat persediaan yang mencukupi bagi menghadapi cabaran yang bakal diterima akibat daripada gelombang globalisasi yang sukar disekat itu.

 

Bincangkan kesan-kesan globalisasi terhadap pembangunan sesebuah negara sedang membangun.

 

  • Globalisasi bererti dunia tanpa sempadan akibat kemajuan TM(langit terbuka / liberalisasi)
  • Akibatnya berlaku aliran barangan / perkhidmatan / idea / maklumat secara bebas tanpa disekat.
  • Proses ini boleh membawa kebaikan dan keburukan.

 

1. Globalisasi akan memajukan ekonomi negara.

  • Dengan kemajuan telekomunikasi, maklumat ekonomi boleh diikuti sepenuhnya.
  • Peniaga boleh menghubungi seluruh dunia dengan sidang video, Internet dan E-mail.
  • E-dagang dan E-banking juga dapat dijalankan.
  • Dengan ini, peniaga boleh meluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan ke seluruh dunia.
  • Perdagangan antarabangsa dapat dijalankan.(berniaga/membeli-belah melalui elektronik.)
  • Peniaga dan pengguna menjual dan membeli barangan melalui internet.
  • Oleh itu, ekonomi negara berkembang pesat. (promosi pelancongan)

(ekonomi bidangan / berlaku pengkhususan kerja. Negara kaya melabur di negara miskin)

 

2. Globalisasi mewujudkan kerjasama dan persefahaman sejagat.

  • Seluruh dunia boleh berhubung dan berinteraksi.
  • Kita boleh bertukar pengetahuan, pengalaman, budaya dan sebagainya.
  • Dengan ini salah faham dapat dikurangkan.(Hubungan erat dapat dijalin)
  • Sebarangan peristiwa dan keadaan di tempat yang lain akan diketahui dengan segera.
  • Dengan itu, kita boleh membantu negara yang berada dalam kecemasan.
  • Jadi, persefahaman sejagat yang lebih erat dapat dicapai.

 

3. Pemindahan teknologi ke negara kita akan bertambah pesat akibat globalisasi.

  • Pelabur asing dengan mudah membawa teknologi baru ke negara lain.
  • Misalnya syarikat Microsoft/IBM/Acer/Intel dsn melabur di MSC.
  •  (Modal, pekerjaan, latihan tenaga pakar)
  • Pusat penyelidikan dan pembangunan R&D teknologi multimedia/teknologi canggih akan muncul.
  • Syarikat komputer akan menjalankan R&D di  MSC.
  • Rakyat kita yang turut terlibat akan menjadi mahir selepas dilatih. (dapat bantuan melalui internet)
  • Mereka lambat laun akan mampu menerap teknologi canggih asing. 
  • Dalam jangka panjang Malaysia akan mampu mencipta teknologi(R&D) sendiri.
  • (Membolehkan pertukaran idea, ilmu dan maklumat yang berguna.)

 

4. Globalisasi juga menyebabkan penjajahan ekonomi oleh negara-negara maju.

  • Globalisasi menyebabkan negara maju mengetahui kedudukan ekonomi kita dengan telus.
  • Mereka juga dengan mudah terlibat dalam perniagaan saham BSKL kita.
  • Mereka juga dapat membuat spekulasi mata wang kita.
  • Akibatnya penyangak mata wang barat seperti George Soros berjaya meruntuhkan ekonomi Asia.
  • Kegawatan ekonomi Asia 1997/1998 sehingga hari ini belum pulih sepenuhnya.
  • Selain itu, negara maju dapat menguasai pasaran negara membangun.
  • Dengan kekuatan kewangan dan kemajuan TM, mereka dapat mempengaruhi minda Dunia Ketiga.
  • Propaganda melalui TM menyebabkan rakyat D Ke-3 membeli barangan mereka.

(IMF mengenakan pelbagai syarat ketat demi menguasai ekonomi negara membangun.

Pemodal besar dari negara barat bebas masuk dan keluar negara membangun.Keganasan ekonomi: LID Australia tahu syarikatnya mahu melabur di Malaysia, belanja RM 300 juta untuk pikat mereka, Singapura

 

5. Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya berlaku.

  • Kini, TM/telekomunikasi begitu canggih sehingga melampaui sempadan negara.
  • Budaya liar dari barat dapat kita ikuti melalui internet, TV dsn. 
  • Budaya liar ini langsung tidak dapat ditapis.
  • Maka generasi muda terikut-ikut dengan nilai runtuh seperti….
  • Seluruh dunia akan dipengaruhi oleh budaya barat yang dominan. 
  • Budaya tempatan yang murni akhirnya dikikis oleh globalisasi.
  • Anak tempatan hilang identiti diri dan runtuh.

 

Penutup:

  • Globalisasi telah membawa kesan besar dari segi ekonomi, politik dan sosiobudaya.
  • Penduduk dunia perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan keimanan yang tinggi bagi menapis kesan globalisasi.
  • Dengan ini, barulah globalisasi benar-benar memberi faedah kepada kita.

 

Langkah:

Penguatkuasaan undang-undang.

  • Kini akta Cyber telah berkuatkuasa.
  • Hukuman yang ketat akan dikenakan terhadap penjenayah komputer.
  • Jenayah pemalsuan tandatangan multimedia, menceroboh, mencuri dan  memusnahkan data syarikat dapat disekat.
  • Penyiaran bahan lucah dsn juga disekat.
  • Hukuman berat berkesan sebagai langkah pencegahan.
  • Pakar TM yang menjadi pegawai penguatkuasa juga perlu ditambah.

 

Kemajuan TM sendiri

  • Kita hasilkan MEASAT I, II, III, Razaksat dan TiungSat-1
  • Kita wujudkan Jaring sendiri.
  • Dengan ini dapat mengawal penyebaran maklumat lucah dan palsu.
  • Pihak yang menyebarkan ilmu/maklumat palsu/isu sensitif dapat dikesan.
  • Tindakan undang-undang dapat diambil.
  • Kita juga perlu majukan lagi TM sehingga boleh menyekat kemasukan maklumat luar.
  • Dengan ini, maklumat/idea yang tidak sesuai dapat ditapis.

STPM 1996

3. Lebuh Raya Maklumat  berupaya mendekatkan dan menghubungkan manusia tanpa mengenal jarak dan batas sempadan. Bincangkan kemungkinan yang dapat dimanfaatkan daripada perkembangan teknologi tersebut dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

1997

3. Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, ini bukan bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan. Jelaskan penyataan ini.

4. Walaupun teknologi pengkomputeran banyak menpengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian, namun terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan teknologi berkenaan. Bincangkan penyataan ini.

1998

3. “Untuk mencapai status negara maju, sesebuah negara perlu mencapai tahap kemajuan sains dan  

      teknologi yang tinggi.”

     Jelaskan peranan sains dan teknologi dalam konteks penyataan di atas.

 

1999

4 Menurut International Data Corporation, terdapat 11 juta pengguna Internet di Asia  hari ini dan angka itu akan mencapai 42 juta pada tahun 2001. Ini adalah satu perkembangan yang menakjudkan. Walaupun Internet mempunyai pelbagai keistimewaan, ia juga mempunyai kesan sampingan.

Bincangkan penyataan ini.  2000 MSC

 

2008 1 Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan pekhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya.

Karangan ramalan: Nanoteknologi

Jawapan soalan ramalan SMJK JIT SIN

Bahagian B Soalan 3 :

Aplikasi Nanoteknologi dalam Perubatan

 

Pengenalan : Nanoteknologi ialah bidang S&T yg menerokai aplikasi partikel bersaiz atom atau molekul halus utk tujuan pelbagai tujuan.

Nano ialah saiz yg teramat kecii dpd 100 nanometer atau 1 bilion lebih kecil dpd saiz 1 meter. *Nanoteknologi telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang. * Aplikasi nanoteknologi dalam bidang perubatan telah mendatangkan pelbagai faedah kpd pesakit.

1. Pengimeian perubatan MR! *Teknologi pengimejan perubatan MRI dihasilkan menggunakan teknologi nanoteknologi. *MRI merujuk kpd kaedah penghasilan imej organ dalaman organisma hidup seperti manusia melalui penggunaan partikel nano dan daya magnet yg kuat mengelilingi badan. *Imej yg dihasilkan dapat memberi gambaran 1000 kali lebih jelas berbanding dgn bahan kontras (pewarna). *Selain itu, imej tersebut dapat diambil dpd pelbagai dimensi@ sudut. *MRI tidak mendedahkan pesakit kpd radiasi. *MRI membantu doktor melakukan kerja2 diagnostik penyakil dgn lebih mudah, cepat, jelas dan tepat. *Penyakit dapat dikesan, dikenalpasti dan kaedah rawatan yg bersesuaian dapat diberikan.

 

2. Pembaikian dan regeneratif gen penyakit genetik *Nancteknologi telah diguna dim rawatan penyakit genetik. *Gen yang rosak diganti dgn gen yg normal. *Gen normal disampaikan melalui partikel nano. *Gen normal dimasukkan ke dim nukleus sel rosak tanpa rosakkan nukleus tersebut *Proses regeneratif dan baik pulih gen mala mengambil tempat. *Gen rosak dibaiki dang en normal yg sihat dijana. * Pesakit akan sembuh dpd penyakit genetik yg berpunca dpd pewarisan genetik gen. yg rosak.

 

3. Rawatan anti-inflamasi *Khinzir diguna sebagai spesimen klinikal. *Kesan inflamasi akibat infeksi bakteria pada lapisan kulit haiwan tersebut dapat dikurangkan. *Partikel nano kristal perak yg mempunyai aktiviti anti-inflamasi | diguna. * Aktiviti anti-inflamasi partikel nano kristal perak mampu membunuh bakteria dan membantu proses pemulihan masalah kulit. *Partikel nano perak.zink oksida dan emas pula diguna utk membunuh bakteria streptococcus mutans yg dikaitkan dgn masalah inflamasi oral manusia * Aplikasi nanoteknologi penting dalam rawatan dermatologi untuk memulihkan pesakit yang berhadapan dgn masalah kulit.

4. Penyampaian ubat dalam rawatan onkologi kemoterapi *Partikel halus nano nanoteknologi telah dimanfaatkan utk proses penyampaian ubat dalam bidang farmaseutikal. ♦Partikel nano spt tiub karbon nano(CNT) membawa ubat terus kpd sel kanser dan membunuhnya tanpa memudaratkan sel2 norma lain . *Selain CN1, ubat dimasukkan ke dalam partikel nano lain yg dikenali sebagai oleoyl-chitosan (OCH) utk membunuh sel-sel kanser paru2. | *Dalam rawatan onkologi kemoterapi, partikel nano telah menjadi cjen membawa ubat pembunuh sel kanser untuk membunuh sel2 kanser. | *Aplikasi nanoteknologi dalam proses penyampaian ubat telah meningkatkan keberkesanan rawatan onkologi kemoterapi terhadap pesakit kanser.

 

Penutup Ternyata nanoteknologi telah diguna secara meluas dalam bidang I perubatan *Penyclidikan aplikasi nanoteknologi dalam bidang perubatan harus dipergiat ♦Pembangunan dan aplikasi nanoteknologi dalam bidang perubatan akan meningkatkan kesejahteraan hidup para pesakit.

Karangan ramalan: Rasuah

Rasuah merupakan perbuatan penyalahgunaan kuasa bagi mencapai lebihan pendapatan daripada orang awam. Rasuah merupakan perbuatan memberi atau menawarkan sebarang bentuk ganjaran bagi mempengaruhi tindakan dan keputusan seseorang. Sememangnya rasuah mendatangkan kesan buruk kepada

sesebuah negara.

Bincangkan./Huraikan/jelaskan penyataaan di atas.

                                     

 

The Independent Commission Against Corruption (ICAC; Chinese: 廉政公署; and 總督特派廉政專員公署 before 1997) of Hong Kong was established by Governor Murray MacLehose on 15 February 1974, when Hong Kong was under British rule. Its main aim was to clean up endemic corruption in the many departments of the Hong Kong Government through law enforcement, prevention and community education. The ICAC is headed by the Commissioner.

  • Rasuah merupakan perbuatan penyalahgunaan kuasa bagi mencapai lebihan pendapatan daripada orang awam.
  • Rasuah merupakan perbuatan memberi atau menawarkan sebarang bentuk ganjaran bagi mempengaruhi tindakan dan keputusan seseorang.
  • Sememangnya rasuah mendatangkan kesan buruk kepada sesebuah negara.

 

1. Rasuah akan menggoyah struktur pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.        Politik tak stabil….tunjuk perasaan, rusuhan, pembunuhan

  • Sesebuah karajaan akan jatuh akibat rasuah.
  • Sebagai contohnya Empayar Rom, Uthamniah dan Dinasti Ching jatuh kerana gejala ini. (yang salah dibebaskan, yang benar dihukum…) Thailand, Taiwan.
  • Negara-negara itu hancur kerana menteri dan pegawai awam mengamalkan rasuah.
  • Akibat rasuah, pentadbirannya tidak terurus. (Filipina:Fidel Marcos)
  • Masyarakat hilang keyakinan terhadap pemimpin negara.
  • Rakyat akan memberontak dan mencetuskan reformasi.
  • Keadaan huru-hara berlaku dan akhirnya kerajaan digulingkan.

 

2. Rasuah juga mengancam ketegaan ekonomi negara.

  • Rasuah merupakan kos tidak langsung kepada semua aktiviti ekonomi.
  • Sekiranya sesuatu projek berharga RM100 juta, mungkin RM 20 juta hangus akibat rasuah. (rasuah diberi untuk mendapatkan tender/lesen projek)
  • Jadi, kosnya ialah RM 20 juta lebih tinggi.
  • Ini pasti menyekat para pelabur asing ke negara kita.
  • Pelabur aka lebih suka melabur di negara yang bersih dan cekap.
  • Secara tidak langsung ini akan melumpuhkan ekonomi negara.

 

3. Rasuah akan menyebabkan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana.

  • Di India/Indonesia, orang kaya mampu memberi rasuah.
  • Maka mereka mendapat lesen dan peluang perniagaan.
  • Bertambah kayalah golongan ini.
  • Golongan yang miskin dinafikan peluang ekonomi kerana tidak mampu memberi rasuah.
  • Sebagai kesanya, jurang ekonomi yang begitu ketara berlaku.
  • Maka integrasi negara akan terjejas.
  • Prasangka dalam kalangan kaum akan terus menebal.

 

4. Rasuah juga mengancam keselamatan negara.

  • Golongan yang tamak hanya akan bekerja jika ada rasuah.
  • Perkara yang akhir didahulukan dan yang awal dinafikan kedudukannya.
  • Pihak yang terlibat dalam rasuah akan mengetepikan etika dan mutu kerja.
  • Kontraktor binaan misalnya, sanggup menggunakan bahan yang kurang bermutu demi mengaut keuntungan. (demi menebus rasuah yang dikeluarkan)
  • (2008 Bukit Antarabangsa: runtuh, 2009 Stadium dan kolam renang Trengganu roboh)
  • Bangunan dibina tidak mengikut standard dan piawaian keselamatan.
  • Pegawai kerajaan akan meluluskan projek kerana diberi rasuah.
  • Akibatnya projek itu akan mudah rosak dan runtuh. (Taiwan: gempa bumi….
  • Bangunan dan lebuh raya runtuh mengorbankan banyak nyawa.
  • Tegasnya rasuah dapat meragut nyawa.

 

5. Rasuah mencemar maruah, agama, bangsa dan negara. (imej negara)

  • Karis Kraus, sarjana Jerman menyatakan “Rasuah lebih hina dan keji daripada pelacuran.
  • Seorang pelacur hanya mencemarkan maruah dirinya sahaja tetapi pengamal rasuah mencemarkan maruah keseluruhan negara.
  • Agama mengajar kita menjadi manusia yang beriman.
  • Jadi, melakukan rasuah merupakan pengkhianatan kepada agama.
  • Jika rasuah di Malaysia berleluasa, bangsa kita juga tidak dihormati.
  • Kerajaan kita akan dikatakan tidak cekap.  Tak efisien, tak berupaya, mundur, prinsip
  • Negara kita akan diketawakan.

 

  • Pada kesimpulannya, rasuah sememangnya mendatangkan kesan buruk kepada sesebuah negara.
  • Jadi, pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.
  • Jauhkanlah diri kamu daripada menerima pemberian yang lain, maka kedudukanmu akan setaraf dengannya”. Hadith riwayat Ali ibni Abi Talib.

 

1991

2  Rasuah adalah satu amalan yang amat mudah merebak dalam sistem hidup masyarakat hingga  boleh meruntuhkan struktur masyarakat itu sendiri. Cara rasuah merebak seumpama kanser yang membunuh setiap tisu anggota secara senyap dan akhirnya membunuh pesakit berkenaan.

            Bincangkan sebab-sebab berlakunya amalan rasuah dan kesannya terhadap masyarakat.

 

1999 2 Menurut sebuah majalah tempatan, jumlah jenayah komersil di Malaysia pada tahun 1997 telah meningkat kepada 7137 kes berbanding 4807 kes pada tahun 1996. Nilai yang terbabit dalam kes-kes pada tahun 1997 meningkat sebanyak 134 peratus kepada RM556 juta berbanding RM238 juta pada tahun sebelumnya.

Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan sebab-sebab jenayah berkenaan semakin berleluasa dan implikasinya kepada negara. 

 

BM STPM 2008 2. Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang telah berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah gejala rasuah perlu dibendung?

 

Tamak    Agama        Kurang kawalan   Kegawatan Ekon

Ketidakadilan            ekon                kehancuran

Karangan ramalan P. Am STPM: seni budaya & kraftangan

Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut.

  • Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini.
  • Banyak faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut.

 

1. Proses globalisasi menyebabkan kegiatan seni budaya tradisional semakin lesu.

  • Akibat globalisasi, kita terdedah kepada perkembangan budaya asing secara meluas.
  • Semua orang dapat mengikuti perkembangan seni budaya dunia terkini melalui internet/facebook, blog dsn.
  • Seni atau budaya asing yang baru biasanya lebih menarik minat orang ramai.
  • Misalnya generasi muda mahukan breakdance,  hip-hop, popping, tempo muzik yang lebih rancak dsn.     Masakan tradisional diganti dengan makanan segera dari barat
  • Akibatnya tarian seni budaya tradisional seperti Wayang kulit, makyung, ghazal, tarian kipas, tarian kepang dsn semakin dilupakan.

 

2. Kemajuan teknologi maklumat juga merupakan puncanya.

  • Kini permainan teknologi maklumat lebih memikat.
  • Misalnya “PSP”, “Wii” dan sebagainya.
  • Misalnya permainan badminton dapat dijalankan melalui “Wii” dengan seorang diri sebagai pemain.
  • Pelbagai program permainan dapat “didownload” daripada internet.
  • Pelbagai permainan dalam I-phone.Wi-Fi, 3G memberi kesan audio visual lebih memikat.
  • Sebaliknya congkak dikatakan membosankan dan tidak mencabar.
  • Begitu juga dengan wau dan gasing yang memakan masa menyediakannya dan memerlukan  kemahiran dan kumpulan rakan. Misalnya kanak-kanak bandar tidak tahu meligat gasing.

 

 

3.Sikap masyarakat yang dingin juga menjejaskan budaya tradisional kita.

  • Kehidupan  kita semakin sibuk.
  • Selepas bekerja, rakyat tiada masa terluang untuk aktiviti seni tradisional yang perlukan kemahiran.
  • Usaha menghasilkan tenunan kain songket, lukisan batik dan kraftangan yang lain memakan masa.
  • Aktiviti permainan gasing dan wau mengambil masa panjang, dari mencari bahan mentah dan menghasilkannya.
  • Tegasnya, hiburan tradisional tidak serasi dengan hidup sibuk kini.
  • Yang lebih banyak ialah pusat yoga, pusat tarian moden, jimnasium bina badan dan persolekan muka serta melansingkan badan.

 

4. Kekurangan pusat latihan turut menyebabkan masalah ini.

  • Tanpa latihan khusus, bakat yang berpotensi tidak dapat diasah.
  • Mereka yang berminat juga sukar mendapat peluang.
  • Dengan itu, kita sukar melahirkan pengarah dan pelakon yang baik.
  • Pusat perkembangan seni budaya tradisional amat terhad.
  • Pusat sedemikian tidak menguntungkan jika tanpa tajaan kerajaan.
  • Akibatnya ramai rakyat yang berminat tidak dapat latihan.
  • Para pengamal seni tidak dapat menyampaikan ilmu ini kepada generasi muda.
  • Seni tradisional juga kurang diperkenalkan di media massa.
  • Maka pendedahan kegiatan seni budaya tradisional sangat kurang.

 

Kesimpulan:

  • Pelbagai langkah perlu untuk mengembangkan budaya bangsa kita.

 

Maklumat tambahan: Langkah-langkah majukan seni budaya tradisional

Festival Kuala Lumpur:

  • Hasrat kita membentuk bangsa yang bukan sahaja maju secara fizikal, tetapi pada masa yang sama tinggi nilai budaya dan keseniannya, maka sudah tentu pembangunan ekonomi negara perlu dilengkapi dengan keupayaan warganya menjulang kecemerlangan melalui pupukan seni budaya.
  • Kepelbagaian seni budaya dan warisan negara, dan manifestasi usaha tersebut dalam satu acara besar berbentuk Festival ini amat sesuai sekali.
  • Menjadi landasan penting untuk mengenengahkan keindahan dan unsur-unsur kebudayaan, kesenian dan warisan pelbagai kaum di Malaysia, sama ada untuk tatapan masyarakat tempatan mahupun masyarakat antarabangsa.
  • Untuk mempamerkan kecemerlangan kreativiti dan warisan bangsa.
  • ketengahkan sebagai bandaraya moden dan progresif, namun tetap kaya dengan nilai-nilai kebudayaan, kesenian dan ketamadunan. “Kuala Lumpur is a city with a soul”.
  • Malaysia ini sudahpun terkenal dengan keistimewaannya dari segi kekayaan budaya dan warisan serta kesenian, hasil dari kewujudan masyarakat berbilang kaum yang hidup bersama dalam keadaan harmoni.

    “Let it be known that Kuala Lumpur is so much more than just a shopping destination or a place where business is done. Let it be known that Kuala Lumpur is also the place where you can find the finer things in life; a center of arts and culture that stimulates the mind and invigorates the spirit.”

     

Kuala Lumpur Sebagai Pusat Kesenian Antarabangsa

  • Dasar menjadikan Kuala Lumpur Sebagai Pusat Kesenian Antarabangsa bertujuan untuk memartabatkan identiti dan imej Kuala Lumpur sebagai Pusat Kesenian Antarabangsa melalui program kebudayaan dan kesenian antarabangsa seperti persembahan tarian, muzik, lukisan, kraftangan, lakonan, teater, puisi, perfileman, pameran, persidangan, forum, simposium dan festival.

 

Skim Bantuan Kebudayaan

  • Skim Bantuan Kebudayaan khusus bagi membantu kepada Badan Bukan Kerajaan untuk melaksanakan aktiviti seni budaya. Bantuan yang diperolehi akan dapat meningkatkan lagi kemahiran, kemampuan dan kecekapan badan bukan kerajaan di dalam bidang masing-masing.

 

Kemajuan Pementasan Seni

  • Istana Budaya telah berjaya mementaskan 16 produksi tempatan dan 6 produksi antarabangsa dengan jumlah penonton seramai 64,722 orang. Muzikal Puteri Hang Li Po telah berjaya menarik khalayak pelbagai kaum.

 

Merakyatkan Seni

Laman Seni Kuala Lumpur

  • Program ini telah diadakan diperkarangan BSLN dan Istana Budaya setiap hari Sabtu pertama setiap bulan.
  • Beberapa aktiviti sokongan seperti persembahan kebudayaan tradisional dan moden, senam seni, pertandingan nyanyian, demonstrasi seni tampak, permainan tradisional dan sebagainya diadakan bagi menggalakkan orang ramai mengunjungi program ini.

 

Pembangunan Kraf

i. Penyelidikan dan Pembangunan

  • Rekaan produk kraf baru telah dihasilkan yang meliputi bidang batik, tenunan, tekatan, seramik, hasil rimba dan logam.
  • Kajian teknologi dan kajian bahan telah dihasilkan.
  • Pusat Inovasi Seramik telah diwujudkan untuk dimanfaatkan oleh pengusaha seramik.

 

ii. Pembangunan Usahawan Kraf

  • Satu Daerah Satu Industri telah dibangunkan dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk. Kraftangan Malaysia juga melaksanakan projek pentahapan usahawan kraf,  projek pentahapan usahawan muda dan projek perantisan kraf warisan.

 

iii. Galakan Dagangan

  • Promosi diadakan di peringkat domestik dan peringkat antarabangsa.
  • Nilai jualan bagi promosi domestik adalah sebanyak RM4.4 juta manakala promosi antarabangsa dapat menjana sebanyak RM8.3 juta. Hari Kraf Kebangsaan diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

 

iv. Latihan Kemahiran Kraf

  • Pembangunan tenaga mahir melalui Institut Kraf Negara telah melatih pelajar di peringkat sijil dan di peringkat diploma. Bidang kraf yang ditawarkan ialah batik, tenunan,kayu, rotan, seramik dan logam.

 

v. Pemuliharaan Kraf

  • Bagi mengekalkan seni kraf warisan negara, aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan dilaksanakan.
  • Kraftangan Malaysia mengadakan pameran bertema di Muzium Kraf dan aktiviti pendidikan kraf serta menerbitkan buku kraf iaitu Buku Seramik Tradisional Malaysia dan Buku Seni Gerus.

 

Dasar Perfileman Negara

i. Kemudahan Dana Perfileman dan Skim Kemudahan Produksi

  • Sebanyak RM1.135 juta berbentuk pinjaman telah diluluskan kepada 5 filem cereka. 3 buah filem pula telah mendapat bantuan daripada kemudahan dana perfileman, iaitu sebanyak RM12 juta.

 

ii. Pembangunan modal insan

  • Sebanyak 17 buah bengkel telah diadakan dengan 268 orang peserta.

 

Anugerah Seni Negara

  • Anugerah Seni Negara ialah pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni, karyawan dan seniman yang telah menyumbang dan memperlihatkan ketokohan yang cemerlang dalam pembangunan seni tanah air.
  • Anugerah Seniman Negara, Anugerah Karyawan Seni dan Anugerah Pendukung Seni.

 

Skim Latihan Pembangunan Penggiat Seni (SLPPS)

  • Skim Latihan Pembangunan Penggiat Seni (SLPPS) diwujudkan khusus bagi penggiat seni, budayawan dan karyawan bagi mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kepakaran dalam bidang seni, budaya dan warisan di dalam dan di luar negara.
  • memberi penajaan kepada penggiat seni individu, syarikat swasta dan persatuan.

 

STPM 1993

1  Kualiti, pengayaan, dan nilai keindahan karya sastera dan seni dalam sesebuah masyarakat  hari ini hanya dapat dipupuk dan ditingkatkan melalui usaha-usaha mengadakan sayembara dan anugerah yang tertentu.

                Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?

 

STPM 1996

2. Muzium merupakan gedung menyimpan dan mempamerkan bahan-bahan yang mempunyai nilai sejarah, seni, dan sains.

Bincangkan peranan muzium dalam konteks pembangunan sesebuah negara

dan masyarakat.

 

1997 3. Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, ini bukan bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan.    Jelaskan penyataan ini.

STPM BM

1 Kesenian tradisional seperti permainan wau, makyung, dan ghazal semakin dilupakan oleh genarasi  muda. Usaha untuk memelihara kesenian tersebut perlu dilakukan agar kesenian itu tidak pupus ditelan zaman. Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menarik minat generasi muda terhadap kesenian tersebut.

2. Kini, kita dapati sambutan masyarakat terhadap kegiatan seni teater masih belum memuaskan. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi wujudnya keadaan yang sedemikian.

Soalan Ramalan Pengajian Am Kertas 1, SMJK JIT SIN

Soalan ramalan SMJK JIT SIN kertas 2

Karangan ramalan: makanan suplemen

Pengambilan makanan suplemen seperti pil-pil vitamin semakin popular di kalangan masyarakat dewasa ini. Sebenarnya, ada golongan tertentu yang memang memerlukannya. Akan tetapi, pengambilan tanpa rujukan pakar kesihatan mungkin membawa risiko kesihatan tertentu.
Berikan pendapat anda.
 Pengambilan makanan suplemen seperti pil-pil vitamin semakin popular di kalangan masyarakat dewasa ini.
 Sebenarnya, ada golongan tertentu yang memang memerlukannya.
 Akan tetapi, pengambilan tanpa rujukan pakar kesihatan mungkin membawa risiko kesihatan tertentu.

1. Golongan yang sibuk memang memerlukan makanan suplemen demi menjamin kesihatan.
 Golongan ini kekurangan senaman dan aktiviti riadah.
 Mereka juga sentiasa makan di luar kerana tiada masa menyediakan makanan sendiri.
 Maka mereka menghadapi masalah kekurangan zat makanan yang seimbang.
 Pengambilan Omega fish oil melidungi seseorang daripada menghidapi sakit jantung.
 Evening promrose oil mengimbangi hormon wanita yang sibuk.( tak cukup rehat/senaman/ keawetan wajah, cegah ketuaan)
 Pil-pil vitamin menjadi pelengkap kepada amalan pemakanan yang tidak seimbang.
 Satu kapsul vitamin mengandungi nutrien daripada 20 jenis sayur dan 15 jenis buah-buahan.

2. Pesakit juga perlukan makanan suplemen untuk memulihkan penyakit mereka.
 Pesakit barah memerlukan makanan suplemen berkhasiat tinggi.
 Mereka juga memerlukan makanan fiber tinggi.
 Pesakit goiter kekurangan khasiat makanan laut.(anemia: besi…
 Badan mereka juga kurang berupaya menyerap khasiat makanan laut.
 Jadi, makanan suplemen yang kaya dengan iodin penting.
 Pesakit tekanan darah tinggi pula memerlukan Tongkat Ali, Ling Zhi, Gin sheng dsn.
 Dengan makanan suplemen ini, pesakit akan lebih cepat sembuh.
Osteoporosis / archritis perlukan besi(ferum), kalsium, fosferus, kalium, garam mineral.
 Pesakit beri-beri kekurangan vitamin B. vitamin B perlu diambil dengan banyak.

3. Makanan suplemen menjamin tumbesaran normal dan meningkatkan daya pencegahan penyakit.
 Osteoporosis disebabkan tulang lemah, rapuh dan senang patah.
 Pengambilan kalsium seharian yang mencukupi membina tulang yang kuat.
 Kadar kehilangan jisim tulang dapat dielakkan.(Anlene, Calciumax
 Multivitamin dan susu tepung formula(Enflagrow) menjamin tumbesaran sel-sel otak kanak-kanak yang normal. /meningkatkan kecerdasan otak……
 Sisa dan toksid makanan yang diambil juga boleh dibersihkan melalui makanan suplemen seperti barangan 21st Century.
 Bakteria sihat dapat membersihkan toksid dalam kolon/usus kita.
 Jika tidak toksid itu akan meresap ke seluruh sistem badan kita.
 Makanan kaya dengan fiber, dan sumber sayur-sayuran serta buah-buahan juga penting.
 (enzim membantu penghadaman, spirulina
 Dengan ini, daya tahan penyakit akan meningkat.

Isi Negatif 1. Pengambilan bahan ini tanpa rujukan pakar kesihatan boleh menyebabkan keracunan.
• Sesetengah orang mungkin tidak sesuai mengambil makanan suplemen tertentu.
• Makanan yang mengandungi bahan garam mineral yang berlebihan boleh menyebabkan sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit dan pening.
• Pil-pil vitamin tertentu pula menyebabkan pengambilnya muntah-muntah dan badannya muncul bitik-bintik merah.
• Pengambilan dos/kuantiti yang berlebihan ini merosakkan sistem saraf dan fikiran seseorang.
• Daya ingatan mereka juga semakin merosot.
• Lebih serius lagi ialah mangsa mungkin menemui ajal.

Isi Negatif 2. Kerosakan organ juga boleh berlaku jika pengambilan bahan ini tanpa nasihat pakar.
• Ramai wanita kini mengambil pil langsing badan.
• Kononnya mahu menjaga kesihatan dan kecantikan bentuk badan.
• Dengan makanan suplemen ini kononnya sudah cukup menggantikan makanan normal.
• Malangnya, ramai orang mati kerana organ badan mereka rosak akibat bahan kimia itu.
• Misalnya pil “Slim-10” menyebabkan kerosakan hati. Melamin dalam susu di China
• Kerosakan hati amat sukar dirawati.

2007 Tee Hui Yee 14 thn pindah jantung 2 kali. Immunosuppressants. Muhammad Fikri Nor Azmi 17thn
Tambahan pula, tumbesaran kanak-kanak juga akan terjejas.
• Makanan supleman juga boleh menjejaskan tumbesaran seseorang.
• Makanan suplemen mungkin mengandungi bahan kimia berlebihan.
• Makanan ini juga menyebabkan kelebihan zat makanan.
• Kanak-kanak mungkin terdedah kepada masalah kegemukan.
• Akibatnya tumbesaran kanak-kanak akan terbantut.

• Pada kesimpulannya, kini semakin banyak makanan suplemen muncul di pasaran.
• Jika kita tidak berwaspada, bahan itu akan mengancam kesihatan kita.
• Jadi, kita perlulah sentiasa berjaga-jaga agar kesihatan kita tidak terjejas.
• Dalam hal ini, tindakan awal kerajaan penting.

1987 “Peranan ahli-ahli teknologi makanan kini seolah-olah telah berubah daripada menghasilkan makanan yang berkhasiat dan mencegah penyakit kepada penghasilan makanan untuk tujuan perniagaaan semata-mata”. Sejauh manakah anda setuju dengan pernyataan di atas? Berikan ulasan.

1988 “ Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis ubat dengan pelbagai jenama bagi mengubati berbagai-bagai jenis penyakit. Ubat-ubatan ini dengan mudah dapat dibeli oleh sesiapa sahaja di kedai-kedai ubat yang terdapat di seluruh negara.”
Bincangkan akibat daripada penjualan ubat-ubatan secara tidak terkawal di pasaran terbuka.

1995. 4 Terdapat pelbagai jenis barang keperluan domestik dan makanan yang mengandungi bahan kimia berbahaya, seperti arsenik(dalam cat), alkohol, eter, gikoi(dalam kosmetik), kafein, gula tiruan, monosodium glutamat, dan bahan-bahan kimia lain yang seumpamanya. Bahan-bahan ini boleh mengancam kesihatan seseorang sekiranya tidak digunakan secara berhati-hati.
Jelaskan kesan penggunaan barang-barang tersebut terhadap kesihatan pengguna.

1996. 4. Amalan pemakanan dan gaya hidup baru merupakan punca utama munculnya pelbagai penyakit masa kini. Bincangkan penyataan ini.

2000.3 Secara umum bahan kimia toksik boleh mengancam kesihatan dan keselesaan manusia sekiranya ia tidak diurus dengan baik.
Jelaskan kesan bahan tersebut terhadap manusia.# Pencemaran alam.# Sistem ekologi alam terjejas.

2002. 4. “Penggunaan kaedah kawalan biologi merupakan satu kaedah alternatif kepada kelemahan penggunaan bahan kimia untuk mengatasi serangga dan makhluk perosak dalam sektor pertanian.” Bincangkan pernyataan ini.

2003.3 Obesiti merupakan satu masalah kesihatan yang berlaku di kalangan anggota masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut dan kesannya terhadap kehidupan manusia.

2004.4. Sungguhpun bidang perubatan moden semakin berkembang, namun perubatan tradisional masih lagi mendapat perhatian masyarakat. Jelaskan ciri-ciri yang membezakan kedua-dua jenis perubatan ini.

Soalan Peperiksaan percubaan High School Bukit Mertajam

Bahagian A

Bahagian A
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [ 25 ]

1 . Kedaulatan dan keagungan bangsa Malaysia bukan sahaja bergantung kepada kekuatan nilai integritinya semata-mata. Namun terdapat faktor-faktor lain yang berperanan dalam pengekalan kedaulatan dan keagungan bangsa Malaysia. Bincangkan penyataan ini.

2. Pembangunan modal insan yang telah dicetuskan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) merupakan intipati penting dalam pembangunan negara. Oleh itu, penambahbaikan sistem_ pendidikan merupakan salah satu langkah yang harus dijalankan oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan matlamat tersebut. Bincangkan. ,

Bahagian B
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [ 25 ]

3.Perkara yang sering menimbulkan kebimbangan ketika berlakunya banjir ialah kemungkinan menularnya pelbagai penyakit dan kesannya. Jangkitan penyakit boleh berlaku dan merebak akibat kekotoran alam sekitar, makanan tidak berkualiti, air minuman yang tercemar dan kesesakan di pusat-pusat pemindahan banjir. Bincangkan penyataan ini.

4.Kepelbagaian biologi memainkan peranan penting untuk kesejahteraan kehidupan manusia sejagat secara langsung ataupun tidak langsung. Namun pengeksploitasian terhadapnya mengundang pelbagai risiko. Bincangkan
Bahagian C

Jawab dua soalan dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5 (a) atau 5 (b) dan satu
daripada soalan 6 (a) atau 6 (b). [ 20 ]

5 (a) Kementerian Sumber Manusia akan mewujudkan portal khas jawatan kosong untuk orang kurang upaya (OKU) bagi memudahkan golongan tersebut mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan dan kemahiran mereka. Timbalan Menterinya, Datuk Noraini Ahmad menyeru pihak-pihak berkenaan khususnya sektor swasta tampil membantu kerajaan dalam memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada golongan ini.
( Dipetik daripada Utusan Malaysia, 17 Mei 2008)
i. Apakah kepentingan portal khas jawatan kosong Orang Kelainan Upaya (OKU) diwujudkan?
ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkah-langkahyang boleh dijalankan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan sosioekonomi golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

ATAU

5 (b) “Perpaduan rakyat menjadi tulang belakang untuk memacu pembangunan negara dalam semua aspek. Namun sebenarnya masih banyak pihak yang tidak mengetahui makna perpaduan. Terdapat dua konsep perpaduan iaitu perpaduan mekanikal dan perpaduan organifc
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada, Dewan Masyarakat, Mac 2008)
i. Apakah yang anda faham tentang perpaduan?
ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan cara-cara untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

6 (a) ‘Teknologi nano ialah teknologi berkaitan aktiviti membangun, mengendali, mengukur atau mengubahsuai sesuatu bahan yang saiznya kurang daripada 1 mikron (1 per billion meter). Teknologi ini merupakan bidang sains yang termaju selepas bioteknologi dan berkaitan dengan pembentukan alat atau bahan terbaru berasaskan sains dengan teknologi yang boleh mengubahsuai susunan atom atau molekul…”
{Dipetik dan diubahsuai daripada Estidotmy, Februari 2008)
i. Bagaimanakah kaedah teknologi nano diwujudkan?
ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan manfaat teknologi nano kepada negara?

ATAU

6 (b) Biasanya, pengurangan sumber dan pengurusan persekitaran ialah pendekatan terbaik yang dapat menyelesaikan masalah nyamuk untuk jangka masa panjang. Untuk mengawal vektor demam denggi atau demam denggi berdarah, penghapusan bekas-bekas yang dapat membiakkan Aedes didapati berkesan. Walau bagaimanapun, kerjasama orang ramai pada peringkat bukan epidemik biasanya kurang memuaskan.
(http.V/www.penerbit. usm.my 2008)
i. Apakah kaedah yang terbaik untuk menyelesasikan masalah pembiakan nyamuk Aedes?
ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan punca-punca merebaknya penyakit demam denggi.

T.Berdasarkan petikan di bawah sedikan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan pelanggan telefon mengikut jenis perkhidmatan bagi tempoh 1999 hingga 2002.
Bilangan pelanggan telefon di Malaysia semakin meningkat dalam tempoh 1999 hingga 2002. Peningkatan ini selaras dengan kemajuan negara dan peningkatan taraf hidup penduduk. Pada tahun 1999 bilangan pelanggan adalah 7288 ribu orang meningkat sebanyak 6556 ribu pada tahun 2002.
Pada tahun 1999, bilangan pelanggan kediaman berjumlah 3245 ribu orang meningkat kepada 3392 ribu orang pada tahun berikutnya, manakala pada tahun 2001, bilangannya terus meningkat kepada 3400 ribu orang dan berkurang menjadi 3323 ribu orang pada tahun 2002.
Bilangan pelanggan telefon selular meningkat dengan drastik daripada 2717 ribu orang pada tahun 1999 meningkat sebanyak 233.2 peratus pada tahun 2002. Manakala pada tahun 2000 dan 2001 masine masing 5122 ribu orang dan 7385 ribu orang.

Bilangan pelanggan perniagaan telefon perniagaan berlaku peningkatan tetapi tidak begitu mendadak. seperti telefon selular. Pada tahun 1999, bilangannya ialah 1178 ribu orang meningkat kepada 1236 ribu orang pada tahun berikutnya. Pada tahun 2001, meningkat sedikit menjadi 1310 ribu orang dan terus meningkat sebanyak 37 ribu orang pada tahun 2002.
Bagi pelanggan telefon awam iaitu bilangan yang paling rendah berlaku sedikit peningkatan dan penurunan dalam tempoh berkenaan. Pada tahun 1999, bilangannya hanya 148 ribu orang dan meningkat sedikit sebanyak seribu orang pada tahun berikutnya. Pada tahun 2001, bilangannya menurun sebanyak 24 ribu orang dan terus menurun pada tahun 2002 sebanyak 4 ribu orang. Keadaan ini menunjukkan pelanggan telefon awam tidak berminat menggunakan telefon awam Icerana telefon telefon Iain lebih memudahkan mereka.
(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Negara 2003)

8. Berpandukan maklumat di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan tenaga buruh, bilangan yang bekerja dan pengangguran serta kadar pengangguran di Mlaysia dari tahun 2000 hingga 2003.

Bilangan tenaga buruh pada tahun 1999 seramai 8240.9 ribu orang dan telah meningkat dengan ketara kepada 9616.1 ribu orang pada tahun berikutnya sebelum bertambah sebanyak 276 ribu orang pada tahun 2001. Peningkatan ini memberi kesan kepada kadar pengangguran yang mencatatkan kenaikan sebanyak 0.5% kepada 3.6% berbanding 3.1% pada tahun 2000 dengan jumlah pengangguran adalah seramai 294.4 ribu orang dan bertambah sebanyak 62.7 ribu orang pada tahun 2001.

Bilangan penduduk yang mendapat pekerjaan adalah seramai 9321.7 ribu orang dan meningkat cepada 9535 ribu orang pada tahun 2001. Perbezaan peratus mendapat pekerjaan dengan Siangan penawaran guna tenaga adalah sebanyak 3.06%. Pada tahun 2002, kadar pengangguran nerosot sebanyak 0.1% berbanding tahun sebelumnya dengan jumlah orang yang tiada pekerjaan iicatatkan sebanyak 343.5 ribu orang. Penduduk yang mendapat pekerjaan telah bertambah sedikit kepada 9542.6 ribu orang. Jumlah tenaga buruh pada tahun 2002 adalah sebanyak 9886.2 ribu orang berkurangan sebanyak 5.9 ribu orang berbanding tahun 2001.
Bilangan tenaga kerja pada tahun 2003 menunjukkan peningkatan sebanyak 98.8 ribu orang berbanding tahun sebelumnya kepada 9985 ribu orang. Jumlah yang mendapat pekerjaan telah bertambah kepada 9650.1 ribu orang pada tahun yang sama. Dalam tempoh ini, jumlah pengangguran telah berkurangan sebanyak 8.6 ribu orang dengan kadar pengangguran yang merosot kepada 3.4%.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Sumber Manusia 2004)

Merdeka! apa maksudnya?

Menghayati ungkapan ‘Tanah tumpahnya darahku’
Columnists
Written by Jayanath Appudurai
Wednesday, 26 August 2009 23:35

Agenda para politikus adalah untuk jangka masa pendek dan bukan untuk mencapai kestabilan dan kemajuan masyarakat untuk jangka masa panjang.

Menjelang 52 tahun kemerdekaan, kini banyak kenyataan dikeluarkan oleh pelbagai pihak mengenai semangat patriotisme. Apakah sebenarnya identiti dan semangat negara yang dimaksudkan?

Pembinaan semangat dan identiti kenegaraan adalah satu proses sosialisasi yang berterusan dimana setiap warga yang bermastautin di satu jajahan tertentu :-

* Mempelajari untuk menjadi warga yang taat setia;
* Mengenalpasti diri sebagai sebahagian komuniti yang organik;
* Merasai dan mempunyai satu semangat kekitaan; dan
* Mendukung serta menyertai sepenuhnya dalam pencapaian identiti dan masa depan yang berkongsi.

Pada dasarnya, Pemerintahan Negara [the State] mempunyai tanggungjawab utama bagi:-

* Memimpin dan menyediakan suasana dan persekitaran yang jitu untuk setiap warga melalui proses sosialisasi tersebut supaya semangat dan identiti kenegaraan dapat ditanam dan dipupuk;
* Memastikan ruang dan mekanisme demokratik wujud bagi rakyat untuk menyelesaikan konflik dalam masyarakat yang timbul supaya kestabilan sistem tadbir urus [governance] tidak terjejas.

Evolusi identiti nasional

Pada abad 19 dan awal 20, memang benar negara kita bermula sebagai satu masyarakat majmuk atau ‘plural society’ seperti yang didefinasikan oleh pakar sejarah, J.S.Furnivall. Iaitu, satu masyarakat yang mengandungi beberapa suku kaum yang menduduki jajahan atau wilayah tanah yang sama, tanpa mempamerkan satu semangat kenegaraan atau identiti bersama.

Akan tetapi selepas Perang Dunia Kedua, melalui perjuangan kemerdekaan masyarakat kita mula mempamerkan tanda tanda mewujud semangat kenegaraan. Atas kebijaksanaan dan pandangan jauh pengasas negara [the founding fathers] kami telah menjadi satu negara yang bertauliah pada 31 Ogos 1957.

Malaya dan selepasnya Malaysia diwujudkan berdasarkan satu keahlian yang dipersetujui dan diterima bersama, dan bukan berasaskan sesuatu keturunan, budaya atau agama yang sama.

Asas keahlian tersebut ialah Perlembagaan Persekutuan yang termaktub hak dan kewajiban setiap warga serta persefahaman untuk senantiasa menghormati serta meraikan kepelbagaian masyarakat kita.

Maka, negara kita mencapai kemerdekaan berasaskan perkongsian di antara semua kaum dan perjuangan sepakat bagi memupuk satu identiti dan semangat Malaysia yang tulen dan unik .

Sejak 1950-an, pengasas negara memegang teguh kepada satu kata sepakat yang tersurat untuk memupuk satu identiti nasional yang berkongsi bersama.

Pendek kata, membina satu identiti berdasarkan ketaatsetiaan kepada raja dan negara yang menitikberatkan landasan Negara iaitu, “Bersekutu Bertambah Mutu”

Selepas Peristiwa Mei 1969, prinsip ini diulangi sekali lagi dalam pengguballan Rukunegara. Ianya melambangkan satu pengesahan untuk terus mencapai matlamat pembinaan identiti negara berasaskan kepercayaan dan prinsip-prinsip murni yang dipersetujui.

Di peringkat sistem politik pula, Barisan Nasional digubal sebagai satu mekanisme untuk mengurus dan menyelesaikan konflik dalam masyarakat kita. Sebenarnya Barsian Nasional adalah berasaskan formula Perikatan yang digunapakai sejak perjuangan kemerdekaan, iaitu untuk memupuk keharmonian di antara kaum serta memfokus kepada pembinaan semangat kenegaraan yang unik.

Pada masa itu fokus memupuk perpaduan negara dan integrasi politik adalah berdasarkan satu pendekatan inklusif [inclusive model] ke arah pencapaian semangat kenegaraan.

Walaubagaimanapun, nyata bahawa rekahan [fissures] dalam sistem tadbir urus mula timbul pada pertengahan dekad 1980-an.

Sentimen perkauman

Persaingan sengit untuk sumber kekayaan telah mengakibatkan timbulnya tuntutan berasaskan kumpulan suku kaum. Sentimen suku kaum ditonjolkan bagi menggembleng sokongan di arena politik.

Persaingan ini dinampak ketara apabila golongan tertentu dalam parti-parti komponen Barisan Nasional mula mengabaikan prinsip musyawarah dalam bertanding untuk menguasai kekayaan dan kepentingan puak-puak dalaman.

Sebenarnya dalam dekad 80-an asas perjuangan kemerdekaan telah dilupakan dan diabaikan.

Pada 1990, satu langkah khusus telah diambil bagi menyuarakan keperluan untuk membina satu Bangsa Malaysia menjelang tahun 2020. Walhal demikian tiada bukti kukuh bahawa pemerintahan negara telah mengambil langkah-langkah jitu ke arah merealisasikan matlamat tersebut.

Perkembangan politik berasaskan kepentingan suku kaum masih diteruskan dalam dekad 90-an tanpa mengambil kira pengumuman untuk mewujud satu Bangsa Malaysia yang dihasratkan.
Isu dan cabaran semasa

Kini dalam abad 21, Malaysia kita menghadapi pelbagai isu dan cabaran ketara yang sebenarnya telah menjejaskan proses pembinaan semangat patriotisme dan perpaduan negara. Secara am, tanggapan umum masyarakat ialah:

• Politik berasaskan kaum dan para ahli politik yang asyik menggunakan sentimen perkaumanan telah menghalang proses pembinaan semangat kenegaraan;

• Pemimpin negara dianggap sebagai tidak jujur dalam mendukung prinsip asas yang dihormati oleh pengasas negara dalam membina perpaduan dan identiti negara;

• Pemerintahan negara telah lupa akan amanah untuk memimpin dan memandu kewujudan identiti Bangsa Malaysia; dan

• Institusi institusi negara telah gagal mengamalkan prinsip-prinsip asas perkhidmatan awam untuk menunaikan tanggungjawab secara berkecuali, adil dan profesional.

Pendek kata, pemerintah telah gagal mengurus proses pembinaan semangat kenegaraan dengan ikhlas dan bijaksana.

Masyarakat kini menghadapi cabaran akibat polarisasi berasaskan perkaumanan dan agama. Tanda-tanda rasisme mula dinampak dan ini adalah sangat membimbangkan.

Adakah matlamat memupuk satu negara bersatu dan harmonis yang diidamkan oleh pengasas negara dan termaktub dalam perlembagaan dan Rukunegara telah dilupakan?

Rakyat perlu mengambil inisiatif

Pembinaan semangat dan identiti negara adalah satu perjalanan bukan satu destinasi.

Ianya tidak boleh dtinggalkan kepada takdir!

Setiap generasi warga harus melalui proses sosialisasi supaya dapat merasai semangat kenegaraan dalam hati dan naluri mereka.

Kini para politikus adalah lebih tertumpu kepada mempertahankan kuasa sedia ada, atau sedang mengejar merampaskan kuasa. Agenda mereka adalah untuk jangka masa pendek dan bukan untuk mencapai kestabilan dan kemajuan masyarakat di jangka masa panjang.

Masa telah sampai untuk rakyat sendiri mengambil langkah langkah sewajarnya bagi balik ke pangkal jalan.

Kita harus beriktibar untuk berfikir serta bertindak sebagai warganegara Malaysia.

Kita juga harus bangkit melangkaui batasan politik serta unsur unsur etnik dan agama yang asyik digunakan oleh para politikus untuk memecahbelahkan masyarakat.

Inilah kesempatan bagi kita rakyat jelata mengutus pesanan kepada para politikus bahawa kita tidak akan terperangkap lagi dengan permainan mereka.

Masa depan generasi muda Bangsa Malaysia adalah tergantung kepada usaha murni dan jitu ini.

Dalam menyertai perayaan ulang tahun ke-52 adalah diharapkan bahawa setiap warga akan memperbaharui tekad dan azam serta komitmen kepada asal usul kelahiran tanah air yang tercinta kita.

Tanamlah kesedaran dalam keluarga, komuniti dan masyarakat bahawa Malaysia ialah sebuah negara di mana rakyatnya terikat oleh sejarah dan warisan yang dikongsi, dan lebih lebih lagi satu masa depan yang sama.

Janganlah membiarkan ‘tanah tumpahnya darahku’ menjadi satu kata-kata kosong sahaja!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52