Category Archives: KERAJAAN NEGERI

Pelantikan YDPN Sarawak

28-2-2014

Tuanku Abdul Halim berkenan menyampaikan surat cara pelantikan kepada Abdul Taib di Istana Negara

Tuanku Abdul Halim berkenan menyampaikan surat cara pelantikan kepada Abdul Taib di Istana Negara


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menyerahkan watikah pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Istana Negara di sini.

Istiadat itu, yang berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak yang baharu Tan Sri Adenan Satem.
Selepas hampir 33 tahun menabur jasa sebagai Ketua Menteri, Taib secara rasmi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang tamat perkhidmatan semalam.

Taib menjadi Ketua Menteri Sarawak keempat pada 26 Mac 1981 menggantikan bapa saudaranya Tun Abdul Rahman Ya’akub.

Adenan angkat sumpah

Di Petra Jaya, Menteri Tugas Tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem semalam turut mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Abang Muhammad Salahuddin dalam majlis penuh istiadat di Astana Negeri.

Adenan yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-70 bulan lalu, mengangkat sumpah jawatan baharunya tepat jam 9.40 pagi berikutan persaraan Abdul Taib, 78, yang menyandang jawatan itu selama 33 tahun, berkuatkuasa semalam.

Kecuali Abdul Taib, majlis penuh bersejarah disaksikan semua menteri Kabinet Sarawak dan pegawai kanan kerajaan negeri, termasuk Setiauaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abd Ghani.

Sejurus tamat majlis angkat sumpah jawatan Ketua Menteri, majlis istiadat perpisahan Abang Muhammad Salahuddin, 92, yang secara rasmi menamatkan perkhidmatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Ke-6 semalam, turut diadakan di pekarangan Astana Negeri.

Malaysia Berdaulat: Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Mohd. Khalil Yaakob di Istana Negara, Kuala Lumpur, 1 Jun 2012.

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Mohd. Khalil Yaakob di Istana Negara, Kuala Lumpur, 1 Jun 2012.

Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil Bin Yaakob
( 2004 – Kini )

Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil Bin Yaakob
( 2004 – Kini )


Selepas dikurnia Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Melaka daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, Tun Mohd. Khalil Yaakob mengangkat sumpah menyambung khidmat jawatan tersebut bagi penggal ketiga.
Istiadat tersebut bermula kira-kira pukul 4.30 petang apabila Mohd. Khalil melafazkan surat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.
Sejurus selepas itu, Mohd. Khalil, 75, menandatangani surat perisytiharan pelantikan tersebut sambil disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Halijah Abbas.
Istiadat tersebut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam serta Ahli Mesyuarat Kerajaan negeri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan.
Selepas menandatangani surat perisytiharan tersebut, Mohd. Khalil dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim berkenan menghadiri jamuan rakyat yang diadakan di pekarangan Dewan Seri Negeri.
Mohd. Khalil dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka yang keenam pada 1 Jun 2004 bagi menggantikan Tun Syed Ahmad Shahabudin.
Beliau dilahirkan pada 29 Disember 1937 di Kuantan dan mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya.
Penglibatan beliau dalam bidang politik bermula seawal 1962 sebagai ahli UMNO dan karier politiknya meningkat setelah memenangi kerusi DUN Bukit Ibam pada tahun 1978.
Beliau pernah memegang beberapa jawatan dalam Kabinet iaitu sebagai Timbalan Menteri Pendidikan (1982-1984), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1984-1986) dan Menteri Penerangan (1999-2004) setelah menyandang jawatan Menteri Besar Pahang kelapan selama 13 tahun bermula dari 1986 hingga 1999.
Terdahulu, Mohd. Ali dalam ucapannya berkata, seluruh rakyat mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Mohd. Khalil sebagai Yang Dipertua Negeri buat penggal ketiga.
YAB mewakili pihak kerajaan dan seluruh rakyat negeri menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan untuk melantik semula Mohd. Khalil bagi penggal ketiga.
Beliau menegaskan, kerajaan dan rakyat berikrar akan menumpukan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Mohd. Khalil yang terbukti dalam tempoh dua penggal lalu.

Latar belakang TYT Yang Dipertua Negeri Melaka
Dilahirkan pada 29 Disember 1937 di Kuantan,Pahang, Tun Mohd. Khalil bin Yaakob merupakan anak ketiga daripada 7 adik beradik.

Menerima pendidikan awal di Sekolah Ahmad Shah, Pekan Pahang. Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar atau Malay College Kuala Kangsar (MCKK) sehingga tahun 1959. Di peringkat pendidikan tinggi pula, beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya sehingga beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) pada tahun 1962.

Beliau menjadi ketua pelajar setelah dipilih dari Majlis Perwakilan Pelajar, beliau juga telah dipilih menjadi Pengerusi untuk Persatuan Atlit Sukan Universiti. Beliau menjadi kapten untuk Pasukan Atlit Sukan Universiti untuk dua tahun. Beliau masih bergiat aktif dalam bidang sukan sehingga ke hari ini terutam Sumbangan anya dalam renang dan golf (Handicap 9)

Sumbangan Sosial:

Majlis Perlantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Rasmi Yang diPertua

1. Ketibaan T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama Y.A.Bhg. Toh Puan dan berarak
masuk ke Dewan Istiadat diketuai oleh Pegawai Istiadat dan Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
2. Lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya.
3. Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
4. Pegawai Istiadat memohon izin dari T.Y.T Yang Di-Pertua Negeri Melaka untuk
memulakan istiadat.
5. T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka mengangkat sumpah jawatan disaksikan oleh Hakim
Mahkamah Tinggi Melaka.
6. T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka akan menandatangani surat perlantikan jawatan.
7. Ucapan taat setia oleh YAB Ketua Menteri Melaka.
8. Bacaan Doa oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Melaka.
9. Lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya dimainkan.
10. T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Y.A.Bhg. Toh Puan beredar meninggalkan majlis.
Antara peranan TYT ialah :-

Kuasa Eksekutif bagi Negeri Melaka terletak pada Yang di-Pertua Negeri tetapi tugas-tugas eksekutif boleh dengan
undang-undang diberi kepada orang lain.
Melantik suatu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk menasihatnya dalam menjalankan tugasnya.
Melantik Ketua Menteri untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Bersetuju/Tidak Bersetuju bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Merasmikan Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri.
Menganugerahkan Darjah, Bintang Tauliah dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka.
Pengerusi Lembaga Jemaah Pengampunan Negeri.
Sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Raja-Raja
Canselor Universiti Teknikal Melaka (UTEM).

Kenegaraan: Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri

PM bersama menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri

Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri

Perdana Menteri pengerusikan Mesyuarat Menteri Besar Dan Ketua Menteri
Dipetik daripada Bernama
PUTRAJAYA 21 Feb 2012

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 di Bangunan Perdana Putra di sini.

Mesyuarat yang bermula pada 10 pagi itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan serta beberapa menteri Kabinet.
Mesyuarat itu bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri-negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit.

Najib chairs 114th meeting of Menteri Besar, Chief Ministers at Putrajaya

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak yesterday chaired the 114th Meeting of Menteri Besar and Chief Ministers at Perdana Putra, here.

The meeting, which started at 10am, was also attended by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan and several cabinet ministers.

Also in attendance were Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Negeri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Perlis Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Sarawak Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, and Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

The meeting was to discuss the streamlining of state administration and other related issues.

Kenegaraan:Pelantikan Yang Dipertua Negeri

Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng bersamaYDPA

Salahuddin Sambung Khidmat Sebagai TYT Sarawak Selama Dua Tahun

KUCHING, 30 Nov 2011 — Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, 90, menyambung khidmatnya selama dua tahun mulai 5 Dis ini selepas mengangkat sumpah di Dewan Lapau, Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baru di Petra Jaya di sini pada Rabu.

Salahuddin turut menandatangani surat sumpah sebagai Yang DiPertua Negeri, yang disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum serta surat pengisytiharan, yang disaksikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri beliau, Toh Puan Norkiah, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu, Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Salahuddin, yang dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak keenam pada 2001, telah menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Melawati, Putrajaya semalam.

Salahuddin menggantikan Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamed Noor yang meninggal dunia pada 2000 dan khidmatnya disambung semula pada 2004, 2006 dan 2008.

Beliau pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak ketiga iaitu dari 1977-1981, menjadikan beliau orang pertama memegang jawatan itu sebanyak dua kali.

Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak dari 1974 hingga 1977.

— BERNAMA

Kenegaraan: Pelantikan YDPN

YDPA TUANKU Mizan berkenan menyampaikan surat cara pelantikan kepada Tun Abdul Rahman pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Istana Negara, 19-4-2011.

19-4-2011
KUALA LUMPUR: Tun Abdul Rahman Abbas semalam dilantik semula sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bagi tempoh dua tahun lagi.

Tun Abdul Rahman menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, Kuala Lumpur.

Upacara pelantikan itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Tun Abdul Rahman, 73, yang dilahirkan pada 15 April 1938 di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ketujuh pada 17 April 2001 sebelum dilantik semula untuk jawatan sama pada 1 Mei 2005 dan 15 April 2009.

Beliau yang mempunyai ijazah kepujian dalam bidang Kesusasteraan Universiti Malaya pada 1972 kini Canselor Universiti Tenaga Nasional (Uniten), berkahwin dengan Toh Puan Majimor Shariff dan dikurniakan empat anak.

Abdul Rahman memangku jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang selama tiga tahun bermula 1982 dan pernah berkhidmat sebagai guru selama 20 tahun sebelum aktif dalam politik dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, selama empat penggal pada Pilihan Raya Umum 1978, 1982, 1986 dan 1990.

Kenegaraan: Kerajaan Negeri Sarawak Baru selepas Pilihanraya

Menteri Negeri terima surat lantikan daripada YDPN Sarawak


19-4-2011
KUCHING: Lapan bekas menteri negeri yang menang dalam pilihan raya Sarawak Sabtu lalu, mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai anggota Kabinet negeri yang baru semalam selepas Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat membentuk kerajaan negeri.

Mendahului majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Datuk Seri James Jemut Masing (ADUN Baleh); Datuk Seri William Mawan Ikom (ADUN Pakan) dan Datuk Seri Wong Soon Koh (ADUN Bawang Assan).

Turut mengangkat sumpah ialah Datuk Amar Abang Johari Openg (ADUN Satok); Datuk Seri Michael Manyin Jawong (ADUN Tebedu); Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (ADUN Lawas) dan Datin Fatimah Abdullah (ADUN Dalat).

Mereka mengangkat sumpah di depan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya.

Majlis disaksikan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Morshidi Ghani. Hadir sama isteri Ketua Menteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Semua menteri berkenaan belum ditetapkan portfolio masing-masing dan mereka akan menjalankan tugas mengikut portfolio sebelum DUN Sarawak dibubarkan bulan lalu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, Sabtu lalu.

Abdul Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabtu lalu setelah BN menang 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri ke-10 itu.

Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) menjelaskan, pelantikan berkenaan dibuat bagi membolehkan menteri yang dilantik semula melaksanakan tugas serta menentukan dasar dan dasar kerajaan sementara jawatan tetap mereka ditentukan selepas ini.

Tiada pelantikan Timbalan Ketua Menteri atau sebarang jawatan lain dibuat, kecuali angkat sumpah lapan ADUN yang pernah memegang jawatan dalam kabinet bagi jawatan menteri penuh yang akan ditentukan portfolio masing-masing selepas ini.

Sementara itu, semua menteri yang baru dilantik semalam, dijangka dilantik semula mengikut bidang kuasa terdahulu, kecuali dengan beberapa perubahan pada jawatan seperti Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Muda.

Kenegaraan: DUN & pindaan perlembagaan negeri

ADUN Kinrara, Teresa Kok dan ADUN Sementa, Datuk Rahman Pahlil (gambar kanan) mengambil persetujuan daripada semua ADUN bagi pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang dibentangkan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam 24-01-2010.

Latar belakang isu Kerajaan negeri Selangor:
Pelantikan tiga orang ex-officio di setiap negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Kerajaan Pusat. Ketua Negeri dan MB/KM tiada kuasa dalam hal ini.

Tiga orang ahli ex-oficio iaitu
a. Setiausaha Kerajaan Negeri
b. Pegawai Kewangan Negeri
c. Penasihat Undang-undang Negeri
menghadiri mesyuarat MMKN.

Mereka akan hadir dalam persidangan DUN seperti berikut
1. DUN negeri-negeri beraja: ketiga-tiga pegawai kerajaan mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan Negeri tetapi tidak berhak mengundi

2. DUN Pulau Pinang dan Melaka:Penasihat Undang-undang akan hadir

3. DUN Sabah dan Sarawak: semua tidak berhak menghadiri persidangan DUN. ADUN sahaja hadir

24-1-2010
Pindaan Perlembagaan Negeri di DUN Selangor agar pelantikan tiga orang ex-oficio ditentukan oleh MB dan Sultan dibentangkan. Usaha ini tidak dapat sokongan dua pertiga DUN.

Usul pindaan rang undang-undang itu dibentangkan Oleh MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor, iaitu SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri, kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar, selepas pelantikan Mohd Khusrin dibantah atas alasan ia tidak dirunding dengan kerajaan negeri.

Terdahulu, pada perbahasan usul itu, Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman, menegaskan BN tidak menyokong pindaan itu kerana kerajaan negeri derhaka kepada Sultan apabila tidak menerima keputusan baginda memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin.
Menurutnya pelantikan SUK baru itu bukan isu besar yang menimbulkan satu keadaan darurat sehingga Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor perlu dipinda.

Pada sidang khas itu, 34 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP menyokong usul berkenaan, manakala 20 ADUN BN tidak setuju. Usul itu memerlukan sokongan 38 ADUN.

Ketika ini, tiga parti yang membentuk kerajaan negeri mempunyai 35 wakil, tetapi Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim tidak boleh mengundi berikutan kedudukannya sebagai Speaker, manakala ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, tidak dibenarkan hadir selepas kerusinya diisytihar kosong kerana tidak menghadiri persidangan melebihi 6 bulan berturut-tuirut tanpa mendapat kebenaran Speaker.

Speaker Datuk Teng menjelaskan walaupun sidang DUN mendapat lebih suara bersetuju, iaitu 34 undi berbanding 20 undi tidak setuju, ia tetap tidak dapat dipinda kerana tidak mendapat majoriti dua pertiga. Oleh itu, pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 tidak dapat dibaca kali kedua.

Kedudukan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi, masih tergantung meskipun usul pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang dibentangkan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam, gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga.

Hal ini kerana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus berteka-teki mengenai status Mohd Khusrin yang sehingga kini masih tidak dapat menghadiri mesyuarat EXCO dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTEN) kerana belum mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan beliau.

Kenegaraan: Majlis Tanah Negara

1 Dis 2010
Mesyuarat Ke-66 Majlis Tanah Negara di bangunan Parlimen

MTN dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dihadiri semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Mesyuarat itu membincangkan lima kertas pertimbangan dan dua kertas makluman yang menyentuh mengenai pentadbiran, pengurusan tanah dan penyelarasan dasar penggunaan tanah negara.

Semua kerajaan negeri kini boleh memperbaharui tempoh pegangan baru tidak melebihi 99 tahun kepada mana-mana pemilik tanah berstatus pajakan. Pemilik yang bercadang memohon pembaharuan atau perlanjutan tempoh pegangan pajakan sedia ada sebelum tarikh luput, kecuali tanah itu diperlukan kerajaan untuk tujuan awam.

Hukuman maksimum denda RM1 juta dan penjara tidak kurang lima tahun tetapi tidak lebih 20 tahun akan dikenakan terhadap pembalak haram apabila Akta Perhutanan Negara 1984 dipinda, tahun depan.

Mesyuarat MTN juga bersetuju meminda Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) bagi memantapkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan perhutanan dalam usaha membanteras pembalakan haram dan kesalahan hutan.

Kenegaraan: Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri

12-10-2010
Perdana Menteri pengerusikan mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-110.

Mesyuarat itu di Pejabat Perdana Menteri itu bermula jam 10 pagi dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Mesyuarat itu bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri-negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit.

Kenegaraan : Kuasa Budi Bicara YDPA dan Raja

Nota:
Kuasa budi bicara Raja:
a. Membenarkan, menolak atau menangguhkan pembubaran DUN.
b. Meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-raja.
c. Melantik waris, Permaisuri, Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku
Raja.
d. Menganugerahkan bintang-bintang kehormatan, gelaran kemuliaan

Kuasa budi bicara YDPA:
selain kuasa di atas, berkuasa melantik Perdana Menteri menurut budi bicara baginda.

17-06-2010 Pemangku Raja Kelantan lucut anugerah tujuh Datuk, tiga JP

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, menarik balik gelaran dan darjah kebesaran negeri daripada 10 individu termasuk tujuh Datuk Paduka dan tiga Jaksa Pendamai (JP). Tujuh Datuk Paduka yang ditarik balik pingat masing-masing adalah Ahli Dewan Negara (PAS), Senator Ahmad Rusli Iberahim; bekas Pegawai Kewangan Negeri, Shkori Mohamed; bekas Pegawai Jajahan Kota Bharu, Ismail Ghani dan empat ahli perniagaan iaitu Wan Hassan Wan Zin; Mohd Raihan Dr Eusuff Teh; Tan Huat @ Tan Liang Chong serta Ibrahim Ab Kadir.
Tiga pingat JP yang ditarik balik adalah daripada kontraktor, Yusri Che Noh; bekas pegawai Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) Tengku Ahmad Zahari Tengku Abdul Kadir dan pegawai bank, Tengku Abu Bakar @ Tengku Azman Tengku Ismail.

Tindakan sama diambil oleh Jumaah Majlis Diraja Johor apabila melucutkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada empat individu termasuk bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng yang kini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penjelajah solo ke Kutub Utara dan Kutub Selatan, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.

Dua lagi ialah adik ipar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, iaitu Komander Shaftdean Lutfy Rusland yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan seorang peguam, Hassan Yunos.
Pengumuman pelucutan gelaran dan darjah kebesaran negeri Kelantan itu dilakukan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Mohd Aiseri Alias pada sidang media di Kota Darul Naim.

Mohd Aiseri berkata, semua individu diambil tindakan terbabit sudah dimaklumkan mengenai keputusan penarikan balik pingat dan darjah kebesaran masing-masing menerusi surat.

“Penarikan balik pingat ini adalah hak Pemangku Raja Kelantan yang dibuat mengikut hemah dan budi bicara baginda,” katanya yang enggan menjawab soalan daripada wakil media berhubung tindakan itu.

Tindakan melucutkan pingat dan darjah kebesaran Kelantan itu diambil Tengku Muhammad Faris Petra berikutan kegagalan semua individu berkenaan menjaga integriti sebagai penerima darjah kebesaran negeri ini.

Dua daripada individu yang dikenakan tindakan terbabit juga sedang berdepan perbicaraan di mahkamah selepas didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).