Category Archives: KERAJAAN TEMPATAN

Kerajaan Tempatan

Kuala Terengganu Diisytihar Bandar Raya

 

KUALA TERENGGANU, 1 Jan 2008 (Bernama) — Ibu negeri Terengganu, Kuala Terengganu hari ini secara rasmi diisytihar menjadi bandar raya, yang ke-12 di negara ini, dengan pihak berkuasa tempatannya dikenali sebagai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis pengisytiharan itu di Istana Maziah di sini, kira-kira 8.30 pagi.

Upacara majlis perisytiharan bermula apabila Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Azizah Mohd Dun mempersembahkan watikah perisytiharan MBKT sebagai Bandaraya Warisan Persisir Air kepada Tengku Muhammad Ismail yang kemudiannya menyerahkan Surat Cara kepada Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh.

Serentak dengan itu, Idris kemudiannya mengadap Pemangku Raja Terengganu serta membaca Surat Cara pelantikan Datuk Mat Razali Kassim sebagai Datuk Bandar Kuala Terengganu sebelum baginda berkenan mengalungkan Kalung Jawatan serta menyerahkan Cokmar kepada Mat Razali.

Mat Razali sebagai Datuk Bandar Kuala Terengganu yang pertama kemudiannya mengadap dan melafazkan penerimaan jawatan serta mempersembahkan ikrar setia.

Ketika ditemui selepas majlis itu, Idris berkata warga kota baru itu akan mendapat faedah yang lebih dan kehidupan yang lebih baik serta berkualiti setelah Kuala Terengganu menjadi bandar raya.

“Apabila menjadi bandar raya, peluang perniagaan dan pekerjaan akan bertambah kerana peruntukan untuk kemudahan awam akan ditambah seperti pembinaan jejambat, jambatan dan jalan-jalan baru bagi mengurangkan kesesakan jalan raya,” kata beliau.

Mengenai pelantikan Mat Razali, Idris berkata Datuk Bandar itu perlu lebih bertanggungjawab untuk melaksanakan kehendak warga bandar raya.

“Datuk Bandar perlu lebih tegas dalam menjalankan tugasnya serta mengetahui visi apakah itu bandar raya serta dapat memenuhi kehendak penghuninya. Saya percaya Mat Razali mampu menjalankan tugas dengan baik berdasarkan pengalaman luasnya sebagai pegawai tadbir negeri (JUSA C),” katanya.

Mat Razali pula berkata pelantikannya itu bukan satu keistimewaan sebaliknya ia merupakanan amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Beliau berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh dedikasi bagi memajukan Kuala Terengganu yang merupakan bandar raya pertama di Pantai Timur.

Mat Razali, 53, yang dilahirkan di Kuala Berang, sebelum ini merupakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) dan berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kerajaan Tempatan di Terengganu

Kuala Terengganu Diisytihar Bandar Raya

KUALA TERENGGANU, 1 Jan 2009(Bernama) — Ibu negeri Terengganu, Kuala Terengganu hari ini secara rasmi diisytihar menjadi bandar raya, yang ke-12 di negara ini, dengan pihak berkuasa tempatannya dikenali sebagai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis pengisytiharan itu di Istana Maziah di sini, kira-kira 8.30 pagi.

Upacara majlis perisytiharan bermula apabila Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Azizah Mohd Dun mempersembahkan watikah perisytiharan MBKT sebagai Bandaraya Warisan Persisir Air kepada Tengku Muhammad Ismail yang kemudiannya menyerahkan Surat Cara kepada Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh.

Serentak dengan itu, Idris kemudiannya mengadap Pemangku Raja Terengganu serta membaca Surat Cara pelantikan Datuk Mat Razali Kassim sebagai Datuk Bandar Kuala Terengganu sebelum baginda berkenan mengalungkan Kalung Jawatan serta menyerahkan Cokmar kepada Mat Razali.

Mat Razali sebagai Datuk Bandar Kuala Terengganu yang pertama kemudiannya mengadap dan melafazkan penerimaan jawatan serta mempersembahkan ikrar setia.

Ketika ditemui selepas majlis itu, Idris berkata warga kota baru itu akan mendapat faedah yang lebih dan kehidupan yang lebih baik serta berkualiti setelah Kuala Terengganu menjadi bandar raya.

“Apabila menjadi bandar raya, peluang perniagaan dan pekerjaan akan bertambah kerana peruntukan untuk kemudahan awam akan ditambah seperti pembinaan jejambat, jambatan dan jalan-jalan baru bagi mengurangkan kesesakan jalan raya,” kata beliau.

Mengenai pelantikan Mat Razali, Idris berkata Datuk Bandar itu perlu lebih bertanggungjawab untuk melaksanakan kehendak warga bandar raya.

“Datuk Bandar perlu lebih tegas dalam menjalankan tugasnya serta mengetahui visi apakah itu bandar raya serta dapat memenuhi kehendak penghuninya. Saya percaya Mat Razali mampu menjalankan tugas dengan baik berdasarkan pengalaman luasnya sebagai pegawai tadbir negeri (JUSA C),” katanya.

Mat Razali pula berkata pelantikannya itu bukan satu keistimewaan sebaliknya ia merupakanan amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Beliau berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh dedikasi bagi memajukan Kuala Terengganu yang merupakan bandar raya pertama di Pantai Timur.

Mat Razali, 53, yang dilahirkan di Kuala Berang, sebelum ini merupakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) dan berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

— BERNAMA

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL

Carta Organisasi DBKL

Carta Organisasi DBKL

Logo DBKL

Logo DBKL

Visi DBKL
Ke arah menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur, sebuah bandaraya bertaraf dunia.

Misi DBKL
Merancang, membangun, mentadbir dan mengurus Bandaraya Kuala Lumpur.

Objektif DBKL

Memastikan dan mempercepatkan pelaksanaan pencapaian status bandaraya bertaraf dunia yang unggul dan cemerlang.
Memastikan mutu alam sekitar dipertingkatkan dan seimbang dari segi kebersihan, ekologi dan pembangunan.

Dasar Kualiti DBKL
Menyediakan dan mempertingkatkan perkhidmatan yang efisyen, mesra dan telus, selari dengan kemajuan dan pembangunan kakitangan.

Slogan DBKL
Bersedia menyumbang ke arah bandaraya cemerlang.

Fungsi DBKL
Memberi perkhidmatan pembersihan dan pelupusan sampah.
Memberi perkhidmatan kesihatan awam dan mengawal pencemaran.
Mengurus pengindahan bandar.
Membina dan menyelenggara jalan, mengadakan prasarana pengangkutan serta mengurus sistem lalulintas.
Membina dan menyelenggara sistem perparitan dan sungai.
Merancang dan mengawal pembangunan bandar.
Membina dan mengurus perumahan awam.
Pengurusan, pengawalan dan penempatan semula setinggan.
Mengurus dan mengawal hal ehwal penjaja dan peniaga kecil.
Mengeluar dan mengawal lesen perniagaan.
Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan, kebudayaan dan pelancongan.
Menyediakan, mengurus dan menyenggara kemudahan awam (stadium, kompleks sukan / pusat komuniti, masjid / surau, taman rekreasi, pasar, pusat penjaja, perpustakaan, tandas awam, perhentian bas / teksi, tanah perkuburan dan krematorium).

Kerajaan Tempatan: Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang

Carta Majlis Perbandaran Seberang Perai(MPSP) Pulau Pinang

Carta Majlis Perbandaran Seberang Perai(MPSP) Pulau Pinang

http://www.mpsp.gov.my/prpengurusan.asp

MPSP adalah ditadbir oleh satu badan pengurusan yang dianggotai oleh Yang Dipertua selaku ketua eksekutif dan 24 orang Ahli Majlis. Ahli-Ahli Majlis ini dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi tempoh setahun manakala tempoh perlantikan Yang Dipertua adalah bergantung kepada perkenan Kerajaan Negeri.
Badan pengurusan ini adalah diurusetiakan oleh 10 jabatan yang diketuai oleh Setiausaha Perbandaran selaku Ketua Pentadbiran. Beliau dibantu oleh ketua jabatan masing-masing yang digelar sebagai Pengarah Jabatan. Semua pengurusan adalah dibawah pengawalan Yang Dipertua dengan dibantu oleh Setiausaha Perbandaran yang seterusnya menjalankan penyelarasan ke atas ketua jabatan.

Tugas-tugas Majlis adalah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Penasihat yang dianggotai oleh sebilangan Ahli Majlis yang dipilih untuk menduduki jawatankuasa Penasihat dimana tugasnya adalah menimbang, membincang dengan terperinci dan membuat rekomendasi dalam mesyuarat jawatankuasa supaya dikemukakan kepada Majlis Penuh untuk pertimbangan dan kelulusan.

Majlis Penuh adalah diduduki oleh kesemua 24 orang Ahli Majlis yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua yang akan membuat keputusan muktamad untuk dilaksanakan oleh pihak pentadbiran.

Kenegaraan: Pihak Berkuasa Tempatan

 Kerajaan Tempatan/Pihak Berkuasa Tempatan merujuk kepada Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.

  • Kerajaan Tempatan/Pihak Berkuasa Tempatan di WP KL, Labuan, Putrajaya di bawah kawalan kerajan pusat.
  • Majlis Perbandaran dan majlis Daerah dalam sesebuah negeri di bawah kuasa Kerajaan Negeri.
  • Kerajaan Tempatan merupakan satu peringkat kerajaan yang berasingan kerana berkuasa dalam:

       I. Membuat undang-undang kecil =undang-undang tempatan

      II. Mengutip cukai dan sewa

     III. Menubuhkan Kumpulan wang Pihak Berkuasa Tempatan.(mempunyai autonomi kewangan)

 

[1]  Tujuan penubuhan[1] 

    I.   memberikan peluang kepada penduduk tempatan dalam pengurusan kawasan mereka

    II.  pentadbiran awam        

   III.  menyediakan perkhidmatan kepada rakyat selaras dengan keperluan rakyat (bukan badan berkanun)

    IV.  memastikan keputusan dibuat dengan cepat dan selaras dengan keperluan penduduk tempatan.

 

  

                      

                                               

       Jenis Kerajaan Tempatan

Dewan Bandaraya                  Majlis Perbandaran                      Majlis Daerah
melalui  undang-undang khas(pusat lulus) melalui (enakmen) biasa                   melalui (enakmen) biasa
Ketua: Datuk bandar                 Setiausaha      Dibantu oleh: satu  Majlis Bandaraya (24 orang ahli)  Yang Dipertua    Setiausaha      

Satu majlis Perban daran (8-24 ahli)                          

Yang Dipertua(Pegawai Daerah)Setiausaha 

 Satu majlis Daerah(8-12 ahli)

Pusat tadbir/budaya/niaga      Tempoh: 2 tahun                   penduduk >500,000 orang      Hasil kutipan wang>  RM100juta  

Dewan Bandaraya

Putrajaya,  Kuala Lumpur/ Kucing   Utara/Selatan         Johor Bahru  /Ipoh /KK/ Shah Alam/Alor Setar                                                         

Pusat tadbir, niaga, seni budaya               1 tahun     Hasil  > RM 10 juta           Bilangan penduduk

>100,000 orang 

 

 Majlis Perbandaran                             Kulim(Kedah)

MPPP MPSP                            Petaling Jaya              

Luar bandar1 tahun           

Hasil kutipan cukai< RM10juta

Bilangan penduduk:

<100,000 orang

 

Majlis Daerah Krian

Kampar(Perak)

[1]. Keanggotaan Dewan Bandaraya:[1] 

  • Datuk Bandar dan ahli-ahli Dewan Bandaraya dilantik oleh kera­jaan negeri/ DBKL DB Putrajaya : pusat.
  • Lain-lain pegawai pentadbir merupakan kakitangan kerajaan.
  • Terdapat Mahkamah Majistret Majlis Bandaraya

 

[1] Keanggotaan Majlis Perbandaran:[1]

  • Yang Dipertua Majlis dan ahli-ahli majlis dilantik oleh kera­jaan negeri.(bukan pilihanraya)
  • Majlis ini dibantu oleh kakitangan kerajaan negeri yang dilantik oleh Majlis Perbandaran dengan kelulusan kerajaan negeri. Setiausaha: ketua eksekutif

 

[1] Keanggotaan Majlis Daerah:[1]

  • Yang Dipertua mestilah Pegawai Daerah.           ahli-ahli majlisnya juga dilantik oleh kerajaan negeri.

 

[1]  Tugas-tugas utama Kerajaan Tempatan:[1]

I   mengangkat sampah dan mencuci parit, kompaun , nama lorong/jalan, lesen anjing

II.  menguruskan pasar/letak kereta, kolam renang, gimnasium. Papan iklan

III. menjaga keindahan kawasan dan menyediakan kemudahan rekreasi.

IV. mengutip cukai taksiran harta, cukai pintu, bayaran perkhidma­tan, sewa gerai.

      mengeluarkan lesen kedai kopi, lesen penjaja, pesta, pusat hiburan, OC(sijil menduduki bangunan).

V.  membuat undang-undang kecil dan dipersetujui oleh kerajaan negeri/pusat.

VI. Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan dan mengawal sendiri akaun tersebut,

     tetapi belanjawan tahunannya mesti mendapat kelulusan kerajaan negeri.

VII. menerima dan melaksanakan arahan-arahan kerajaan negeri

VIII. mengikut arahan-arahan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

 

[1]  Sumber Kewangan Kerajaan Tempatan[1]

  – cukai harta benda dan pintu kecuali cukai tanah. 

  – bayaran perkhidmatan dan lesen-lesen kedai kopi, penjaja dan pusat hiburan.

  – pinjaman dan pemberian daripada kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan dan kerajaan tempatan

 

[1] Kuasa Kerajaan Negeri ke atas Kerajaan Tempatan [1]

  • Menetapkan sempadan kerajaan tempatan
  • Memberi arahan am tentang dasar-dasar kepada Kerajaan Tempatan
  • Belanjaan tahunan perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri 
  • Setiap perundangan kecil yang dibuat mesti disahkan oleh kerajaan negeri sebelum dikuatkuasakan.
  • Meluluskan perjawatan baru yang hendak diwujudkan oleh kerajaan tempatan.
  • Melantik ahli majlis, Datuk Bandar atau Yang Dipertua kera­jaan tempatan. (bukan k/t)