Category Archives: STPM Penggal 2 (Bhg B): PEMBINAAN GRAF

Anugerah Merdeka 2013

6-02-2014
Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama membuat komitmen demi pembangunan negara secara berterusan dengan mengetepikan perbezaan dan sebaliknya melihat kepada apa yang dikongsikan mereka.

Perdana Menteri meminta seluruh rakyat untuk bekerjasama dengan saling menghormati dan bertanggungjawab dan memberi tumpuan kepada matlamat yang sama. Apabila kita melihat melangkaui status negara maju, kita perlu memberi tumpuan tenaga kita bagi membina sumber bakat yang lestari, bagi mereka yang akan membawa ke hadapan momentum yang bermula lima dekad yang lalu di Dataran Merdeka

Najib berkata demikian dalam ucapan beliau yang bertemakan ‘Sumbangan Kepada Negara’ pada majlis penyampaian Anugerah Merdeka 2013 kepada lima penerima di sini.
merdeka award 2013
Tan Sri Arsyad Ayub dan Raja Tan Sri Muhammad Alias adalah penerima bersama di bawah kategori Pendidikan dan Komuniti, Dr Lim Boo Liat (Alam Sekitar), Tan Sri Dr Yahya Awang (Sains dan Teknologi) dan Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit (Pencapaian Cemerlang Akademik). –

Bahagian D: Panduan membentuk graf

SOALAN: BINA BAR YANG SESUAI/ bina graf yang sesuai(5% graph bar)

Langkah I
Fikirkan bar kompaun / komponen / berpasangan.

Langkah II Rujuk kepada jadual
• Jika ada jumlah, nilai unit sama, boleh dijumlahkan: Bar Komponen/ kompaun
• Jika tiada jumlah, nilai unit beza, tidak logik dijumlahkan(% kadar perubahan, indeks, nisbah, harga): Bar kompaun

Langkah III Komponen
• Soalan: Bina graf bar untuk menunjukkan jumlah:
bar komponen=15%, bar kompaun=06%

Soalan: tiada menyatakan menunjukkan jumlah/ membandingkan setiap sektor(%, indeks, nisbah, harga): mesti bar kompaun (bar komponen=7% / 0%)

Langkah IV Piramid/pasangan/cermin
• Jadual ada peringkat umur, data umur di tengah graf piramid
• Jika jadual kompleks, perlukan dua jadual, terdapat 4 pemboleh ubah yang kompleks. ( satu pemboleh ubah libat 2 perkara: bandar & L bandar, Lelaki&Perempuan, 2 tahun)
• Bar berpasangan.

Kertas 2 Bahagian D Panduan Pembinaan Graf

Ramai calon hilang “A” dalam Pengajian Am kerana kecuaian dalam membina graf Bahagaian D.

Bahagian D: membina graf Bar dan garis

Selepas membina graf yang sesuai, calon harus semak hal-hal berikut. Setiap kesilapan akan menyebabkan 9% dipotong. Maka calon akan hilang “A” untuk subjek Pengajian Am dalam keputusan STPM.

Aspek yang penting:

Tajuk: mesti ada catatan 3 perkara iaitu negara, perkara, tahun

Contoh: Malaysia: Pinjaman Yang Telah Dikeluarkan Kepada Pelbagai Sektor Oleh Bank-Bank Bagi Tahun 2003-2005

Dalam hal ini,Negara ialah MalaysiaPerkara ialah Pinjaman Yang Telah Dikeluarkan Kepada Pelbagai Sektor Oleh Bank-BankTahun ialah 2003-2005.Kehilangan mana-mana satu butiran di atas menyebabkan calon hilang “A”

Paksi X: mesti ada tahun/ label perkara(tahun mesti ikut susunan)

Paksi Y: mesti ada label, nilai dan unit
Contoh: Jumlah Eksport Negara(RM juta) Umur(Tahun) Indeks(mata) Dalam hal ini,Label ialah Jumlah Eksport Negara/Umur/IndeksNilai ialah RM/tahun/mataUnit ialah juta/bilion/ribu

Petunjuk: bahagian petunjuk jangan turunkan tahun
Sebaliknya turunkan label seperti kaum, sektor, jenis perkara dan sebagainya.

Lebar dan selang bar ikut keperluan. Skala dalam unit juta / ribu