Category Archives: PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kenegaraan: Parlimen/Warna kad pengenalan

Latar belakang kewarganegaraan
KEWARGANEGARAAN.

Warna kad penganalan:
1. Biasa: warganegara
2. Ada jalur hijau: pemastautin sementara
3. Ada jalur merah: pemastautin tetap
4. Ada jalur coklat: warganegara tetapi bekas banduan.
(yang bekas banduan warganegara asing tidak dibenarkan masuk ke Malaysia lagi. Mereka akan diusir keluar selepas tamat hukuman penjara di Malaysia)

KUATKUASAAN UNDANG-UNDANG.

1.Lahir sebelum Hari Malaysia (16 September 1963), warganegara Persekutuan Tanah Melayu atau Sabah atau Sarawak. Jadi warganegara Malaysia pada hari Malaysia.

2. Lahir di Malaysia pada atau selepas hari Malaysia. (Prinsip Jus Soli)

3. lahir dalam kapal atau kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia ketika berada di ruang udara antarabangsa dan laut antarabangsa berhak menjadi warga negara Malaysia.

PENDAFTARAN:
A
1. Isteri atau anak kepada warganegara Malaysia memohon menjadi W/N melalui cara ini.
2. Isteri itu mesti menetap di sini selama 2 tahun, berniat bermastautin tetap, berkelakuan baik dan didaftarkan perkahwinan di Malaysia.
Wanita itu diberi status pemastautin sementara, dan diikuti pemastautin tetap dahulu.

B
1. Anak kurang daripada 21 tahun, ibu/bapa adalah warganegara Malaysia.

C
Kelonggaran
seseorang yang tinggal atau lahir dalam persekutuan, Sabah dan Sarawak, sebelum hari Merdeka (31 Ogos 1957) melebihi 21 tahun dan belum mendapat kerakyatan boleh memohon dengan syarat:
• 10-12 tahun tinggal di sini.
berniat menetap tetap di sini.
berkelakuan baik.
memadai dalam penguasaan bahasa Melayu.
pemohon mesti mengambil sumpah taat setia kepada YDPA.

NATURALISASI/MASUKAN: berumur lebih 21 tahun, bukan warganegara Malaysia
1. berniat tinggal tetap.
2. berkelakuan baik.
3. memadai dalam penguasaan bahasa Melayu dan
4. tinggal di sini buat satu tempoh.
(pemohon mesti sumpah taat setia kepada YDPA.)

Parlimen KUALA LUMPUR 9 Mac 2011

Indikator tertentu di kad pengenalan bagi merujuk orang yang pernah menjalani hukuman penjara atau bekas banduan adalah perlu bagi membolehkan masyarakat mengetahui latar belakang mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, indikator tersebut juga membolehkan pelbagai pihak seperti majikan menyiasat jenis kesalahan yang pernah dilakukan oleh bekas banduan tersebut.
Untuk bekas banduan, kad pengenalan mereka sama sepeti rakyat biasa. Tetapi ada garis coklat merujuk kepada bekas banduan. Pelbagai kesalahan dilakukan oleh bekas banduan. Sekurang-kurangnya, apabila rakyat biasa berurusan dengan mereka, kita tahu latar belakangnya. Sebagai contoh di Britain, ada berbangkit isu bekas banduan yang melakukan kesalahan gangguan seksual terhadap kanak-kanak diterima bekerja menjaga kanak-kanak di asrama selepas keluar penjara kerana tidak diketahui kesalahan lampaunya itu. Jadi, ada kebaikannya jika indikator tertentu diletakkan di kad pengenalan bagi merujuk kepada mereka yang pernah menjalani hukuman penjara. Jika tiada petanda indikator kepada masyarakat bahawa orang itu (bekas banduan) pernah masuk penjara, apabila sesuatu berlaku selepas itu, mungkin akibatnya padah. Pasti kerajaan dipersalahkan.

Beliau menjawab soalan tambahan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) berhubung isu kad pengenalan bekas banduan yang tertera indikator bahawa mereka pernah menjalani hukuman penjara pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mengenai soalan tambahan kedua Zulkifli yang ingin tahu bilangan banduan yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati, katanya, terdapat 35 banduan yang masih menunggu hukuman terbabit.

Jika kerajaan melambatkan hukuman gantung, mungkin ada baiknya. Mungkin ada bukti-bukti baru yang menyatakan mereka tidak bersalah dan boleh dibebaskan.

Terdahulu, menjawab soalan asal Zulkifli mengenai apakah program pemulihan dan pemantauan bagi bekas banduan, menurutnya, bagi meningkatkan keberkesanan pemulihan dan pemantauan di luar penjara, Jabatan Penjara telah memperkenalkan sistem parol. Melalui sistem itu, bekas banduan akan dipantau dan diberikan pemulihan berterusan oleh pegawai parol serta agensi lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Seterusnya Jabatan Penjara menubuhkan Rumah Perantaraan untuk menempatkan banduan yang dibebaskan yang tidak mempunyai pekerjaan dan tempat tinggal.

Usaha yang dilakukan bertujuan meningkatkan keberkesanan pemulihan dan pemantauan serta memperluaskan di luar penjara agar bekas banduan setelah bebas nanti insaf, mempunyai kemahiran, dapat berdikari dan tidak kembali melakukan kesalahan.
Bagi memperluaskan lagi usaha memulih dan memantau bekas banduan, Jabatan Penjara merancang untuk meneliti dan menambah baik Akta Penjara.

Kenegaraan: Akta ISA

19-2-2011

Menteri Dalam Negeri bersama Menteri Keselamatan Awam China


PUTRAJAYA: Polis menahan tiga ketua sindiket termasuk seorang wanita rakyat Indonesia, yang menjadi dalang jenayah rentas sempadan terutama penyeludupan manusia mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam gerakan di sekitar Kuala Lumpur, kelmarin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penahanan ketiga-tiga terbabit yang berusia antara 33 hingga 48 tahun adalah rentetan daripada soal siasat pihak berkuasa terhadap sembilan individu, termasuk tujuh kakitangan Jabatan Imigresen, yang ditahan mengikut ISA antara 10 hingga 12 Oktober tahun lalu berkaitan kegiatan penyeludupan warga asing.

Pada masa sama, beliau mengumumkan pegawai imigresen yang ditahan ISA berhubung kegiatan penyeludupan warga asing itu kemungkinan besar dibebaskan secara bersyarat atau didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.
Katanya, tindakan itu dilakukan kerana pihak berkuasa berpuas hati dengan siasatan dan susulan berkaitan kegiatan itu menerusi soal siasat yang dilakukan.

“Ini bermakna, dalam hal ini kita tidak kompromi (untuk bertindak) sama ada pegawai kerajaan atau orang biasa dan tumpuan kepada mereka yang betul-betul bersalah,” katanya selepas menerima kunjungan hormat dan berbincang berkaitan kerjasama keselamatan dua hala dan jenayah rentas sempadan dengan Penasihat Khas Perdana Menteri Kanada, Ward Elcock, di pejabatnya, semalam.

Beliau berkata, isu pemerdagangan manusia dan jenayah rentas sempadan menjadi keutamaan negara pada masa ini dan akan meletakkan Malaysia pada barisan depan dalam usaha pembanterasannya bersama negara rakan.

Hishammuddin berkata, penahanan tiga dalang sindiket terbabit juga menjadi peringatan kepada mereka yang terbabit dengan jenayah rentas sempadan bahawa pihak berkuasa sudah mula bertindak terhadap semua pihak sama ada pegawai kerajaan atau orang awam.
Beliau berkata, baru-baru ini pula seorang gerila Harimau Pembebasan Tamil Elam (LTTE) ditahan kerana memasuki negara ini dan sudah diusir keluar ke Sri Lanka.

Mengenai permohonan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, supaya negeri itu dibenarkan mewujudkan pasukan polis bantuan, Hishammuddin berkata tiada peruntukan undang-undang untuk perkara itu.

Beliau berkata, soal keselamatan dan polis adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat mengikut Senarai Pertama Jadual Kesembilan Perkara 74 dan 77 Perlembagaan Persekutuan.

Kenegaraan: ISA: Akta Keselamatan Dalam Negeri

Nota: Seseorang boleh ditahan di bawah AKTA ISA tanpa bicara untuk selama 60 hari. Tahanan selanjutnya selama 2 tahun boleh dikenakan jika seseorang itu didapati mengancam keselamatan negara.

Seseorang yang ditahan di bawah Akta ISA(atau ahli keluarganya) boleh memohon habeus corpus daripada mahkamah Tinggi agar dilepaskan daripada tahanan tanpa bicara ini. Mereka berbuat demikian melalui peguam bela. Manakala Peguam Negara dan wakilnya akan mewakili kerajaan dalam pemohonan ini.

12-08-2010 KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang pengarah urusan sebuah syarikat mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengganas selain mempunyai hubungan dengan militan antarabangsa, pagi semalam.

Ketiga-tiga mereka, seorang lelaki warga Indonesia dan dua rakyat Malaysia ditahan dalam operasi berasingan di Selangor dan Pahang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Seorang rakyat tempatan bekerja sebagai pengarah urusan dikenali sebagai Sheikh Abdullah Sheikh Junaid, 70, ditahan di Taman Melur juga di Ampang.

Polis turut memberkas seorang kontraktor pembinaan rakyat tempatan, Samsul Hamidi, 34, di Temerloh, Pahang kerana disyaki mempunyai hubungan dengan dua suspek pertama.

Musa berkata, semua suspek ditahan mengikut Seksyen 73(1) ISA 1960 kerana tindakan mereka dipercayai boleh memudaratkan keselamatan negara selain dikaitkan dengan kumpulan militan di luar negara. Difahamkan, ketiga-tiga suspek itu ditahan anggota dan pegawai Pasukan Petugas Khas Operasi Anti-Pengganas Bukit Aman hasil maklumat awam dan risikan dalam operasi serentak antara jam 7 dan 8 pagi 11-8-2010. Ketiga-tiga suspek terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan gerakan pengganas yang beroperasi di Aceh, Indonesia. Lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Maswan Ahbab, 34, bekerja sebagai eksekutif pemasaran ditahan di sebuah kawasan perumahan di Medan Bukit Indah 2, Bukit Indah, Ampang.

Kenegaraan: Mahkamah Khas(Raja-Raja)


Kes ditangguh: Peguam yang mewakili pihak Sultan Kelantan Dato’ Cumaraswamy dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani meninggalkan Mahkamah Khas di Putrajaya.

Mahkamah Khas Raja-Raja mendengar permohonan habeas corpus untuk “membebaskan” Sultan Kelantan.

PUTRAJAYA: 11-05-2010
The Special Court could not hear a application habeas corpus to “free” the Sultan of Kelantan as its panel was short of one judge.

The Ruler’s lawyer Gobind Singh Deo told newsmen that Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail had argued that the Special Court should consist of five judges, pointing out that only four had sat to hear the application yesterday.

Article 182 (1) of the Federal Cons­titution states that there must be a Chief Justice of the Federal Court (chair­man), the Chief Judges of the High Courts, and two other persons, who hold or have held office as judge of the Federal Court or High Court, appointed by the Conference of Ru­­lers.

However, the panel yesterday comprised only Chief Justice Tun Zaki Tun Azmi (chairman); Chief Judge of Malaya Justice Arifin Zakaria; Federal Court judge Justice Zulkefli Ahmad Makinuddin and High Court Justice Linton Albert.

While it was understood that the Chief Judge of Sabah and Sarawak Justice Richard Malanjum was overseas, it could not be confirmed whether Justice Linton was on the panel in Justice Malanjum’s place or was one of two judges appointed by the Confe­rence of Rulers.

It was also not confirmed if Justice Zulkefli was appointed by the Rulers.

Gobind said that during the proceedings held in camera, the panel suggested that the issue over the number of judges be sorted out before the court proceeded to hear the merits of the application.

“It appears that there is a shortage of one judge,” he told reporters outside the courtroom. “So, the court has to make an arrangement for another judge to sit in the panel for arguments to be heard.

“This is disappointing. You have a Special Court but insufficient judges. As a result, the case cannot proceed. The law requires five judges. We do not have jurisdiction,” he added.

Gobind said the matter was ad­­journed to also enable the A-G to file an affidavit-in-reply over the application.

“We ask for the affidavit-in-reply to be filed as we have got a live issue before this court. I think the issue is not only a matter of public interest but of national interest and international concern. This must be resolved. In order to do that, the A-G asked for time to do so,” Gobind added.

Gobind said while the hearing was held in closed proceedings the decision would be delivered in open court.

Datuk Param Cumaraswamy, also acting for the Ruler, said the A-G had given an assurance that Sultan Ismail Petra Tengku Yahya Petra was free to go to Singapore for his medical treatment.

Lawyer Sunil Abraham held a watching brief for the Kelantan Regent.

The application was filed on Friday to “free” the Sultan from being held at the Hospital Universiti Sains Malaysia in Kelantan so that he could get medical treatment outside the state.

The writ is supported by an affidavit by the Sultan’s third son,Tengku Te­­meng­­gong of Kelantan – Tengku Mu­­ham­mad Fakhry Petra.

In the writ, the Ruler, who was discharged from the hospital on Sunday, was named as an applicant.

The Kelantan police chief, Inspector-General of Police, the hospital’s director, Health Ministry director-general and Federal Government were named as respondents.

Nota tambahan
MAHKAMAH KHAS (RAJA-RAJA)

LATAR PENUBUHAN
Sebelum 23-3-1993, Perlembagaan Bahagian 14, perkara 181(2) berbunyi: “Tiada apa-apa pembicaraan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi sesuatu negeri atas sifat dirinya sendiri”.
Parlimen telah meminda perlembagaan untuk memindahkan kekebalan raja-raja dan mewujudkan Mahkamah Khas untuk perbicaraan kes yang melibatkan Raja-Raja Melayu.

Keanggotaan disidangi 5 hakim: Ketua Hakim Negara, Presiden Mah Rayuan, Hakim Besar Malaya Hakim Besar Sabah dan Sarawak, dua orang hakim atau bekas hakim pilihan Majlis Raja-Raja

Bidang Kuasa
* membicarakan kes YDPA dan Raja tentang kes sivil dan
jenayah atas sifat peribadi mereka.
* bidang kuasa sama dengan Mahkamah Persekutuan.
* keputusan mahkamah muktamad.

Prosedur Perbicaraan
• Sebarang dakwaan terhadap YDPA dan Raja-raja mesti melalui
kebenaran Peguam Negara.
• YDPA dan Raja henti menjalankan tugasnya ketika perbicaraan kes
jenayah berlangsung.
• Jika dipenjara oleh Mahkamah Khas satu hari atau lebih, mestilah
turun daripada takhta kerajaan.
• Tidak boleh mengampun diri sendiri. Hanya boleh diampun oleh MRR
dengan syarat pendapat Peguam Negara harus diambil kira.
( Permaisuri dan anak raja dibicara di mahkamah biasa)

Kenegaraan: Akta Keselamatan Dalam Negeri(Akta ISA)

10 Ditahan Di Bawah ISA – Hishammuddin

PUTRAJAYA, 27 Jan 2010 Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Rabu mengesahkan hanya 10 orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini, sekaligus menolak laporan yang mengatakan 50 ditahan mengikut akta itu.

Beliau berkata kesemua tahanan, yang terdiri daripada seorang rakyat tempatan dan sembilan rakyat asing, ditahan kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

“Mana-mana pengganas yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas lain di peringkat antarabangsa adalah ancaman kepada negara kita.

“Sama ada mereka merancang untuk melakukannya di sini (di negara ini) atau di luar, bila mereka berada di negara kita, mereka adalah di bawah bidang kuasa kita dan kami serius dalam memerangi keganasan,” katanya kepada pemberita Rabu selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara kementerian dan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, di sini.

Hishammuddin berkata kementerian bekerjasama erat dengan agensi antarabangsa dalam perkara yang mempunyai kaitan dengan keganasan dan kesemua mereka yang ditahan itu adalah dalam senarai orang yang dikehendaki agensi berkenaan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut memandangkan perkara itu perlu ditangani dengan berhati-hati kerana ia membawa ancaman serius kepada keselamatan negara dan membabitkan kerjasama dengan agensi antarabangsa dari seluruh dunia.

“Majoriti daripada mereka baru tiba di negara ini, jadi ini bukan perkara yang telah bertapak dalam Malaysia lama…kalau kita tak ambil tindakan cepat saya bimbang ia dapat mempengaruhi mana-mana pihak,” katanya.

Kenegaraan: Permohonan Kewarganegaraan

17-9-2009

KDN Selesai Proses 70 Peratus Permohonan Kewarganegaraan

 mainpix

HISHAMMUDDIN bersama dua Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop (kanan) dan Jelaing Mersat, bergambar bersama penerima surat kelulusan Penganugerahan taraf warganegara Malaysia sempena menyambut Hari Perayaan Malaysia di Jabatan Pendaftaran Malaysia, 16 Sept 2009

PUTRAJAYA, 16 Sept 2009 (Bernama) — Kerajaan telah pun selesai memproses kira-kira 70 peratus permohonan kewarganegaraan, permit masuk dan pendaftaran lewat sijil kelahiran sehingga hari ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kementeriannya yakin dapat mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk memproses baki 30 peratus lagi menjelang akhir tahun ini.

Katanya 32,927 permohonan kewarganegaraan masih belum diproses manakala 16,812 permit masuk dan 90,360 pendaftaran lewat sijil kelahiran juga perlu diproses.

“Tarikh tamat bagi permohonan yang tertunggak adalah pada 1 Jan 2008. Pada masa yang sama terdapat juga permohonan baru yang sedang diproses. Namun begitu kita harus pastikan bahawa sekurang-kurangnya pemohon akan menerima jawapan daripada pihak kita.

“Sama ada mereka berjaya atau tidak bergantung kepada kedudukan masing-masing dan sekiranya mereka tidak berjaya, mereka masih boleh memohon lagi sekali,” katanya.

Hishammuddin turut mengingatkan kalangan yang baru memperoleh taraf kewarganegaraan Malaysia supaya tidak mengambil mudah taraf kewarganegaraan itu dan berusaha menerapkan ke dalam sanubari mereka prinsip Rukun Negara.

“Terdapat orang yang mahu memohon untuk menjadi warganegara Malaysia. Oleh itu, Malaysia tentunya mempunyai sesuatu yang bernilai, ada perkara tertentu yang istimewa tentang Malaysia.

“Tentu ada sesuatu yang begitu berharga untuk diperjuangkan dan dikekalkan sekiranya mereka sanggup menunggu 20 hingga 30 tahun untuk menjadi warganegara,” katanya.

Pemohon ucap terima kasih

PUTRAJAYA: Sambutan Hari Malaysia semalam memberi erti besar kepada 92 pemohon status kewarganegaraan Malaysia, apabila menerima surat kelulusan permohonan mereka daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Penantian mereka, ada yang sehingga 30 tahun untuk menjadi warga negara Malaysia dijawab semalam dalam satu majlis khas yang diadakan di Ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini.

Safniwati Birin, 47, yang berasal dari Minang di Padang, Indonesia berkata, beliau memohon menjadi warga negara ini sejak 20 tahun lalu.

 

“Saya datang ke Malaysia pada 1978 mengikut datuk dan berkahwin dengan lelaki tempatan pada 1987 dan mula memohon kerakyatan dua tahun kemudian ketika memegang taraf penduduk tetap (PR),” katanya yang mempunyai tiga anak.

Hishammuddin turut menyampaikan surat ucapan tahniah kepada warga negara baru itu pada majlis Ucapan Tahniah dan Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia yang pertama kali diadakan membabitkan menteri.

Beliau juga mendengar bacaan ikrar taat setia kepada Malaysia daripada warga negara baru pelbagai kaum itu.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (Nota)

Perlembagaan  Persekutuan dan Perlembagaan Negeri

NOTA

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
  • ·
Malaysia mempunyai  Perlembagaan  bertulis
  • ·
Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957
  • ·
Digubal oleh Suruhanjaya  Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India)  dan Hakim A. Hamid  (Pakistan)
  • ·
Digubal berdasarkan 131 memorandum  yang diserahkan oleh parti politik dan pertubuhan Tanah Melayu
  • ·
Merupakan sebuah dokumen yang merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud dalam negara
  • ·
Mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan satu sistem kerajaan yang teratur.
  • ·
Dikanunkan tetapi boleh dipinda
  • ·
Memperakukan semua undang-undang yang wujud di Sabah dan Sarawak sbelum Hari Malaysia.

 

KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
  • ·
perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia
  • ·
Parlimen atau badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa masing-masing daripada perlembagaan
  • ·
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara juga menjalankan kuasa mengikut Perlembagaan.
  • ·
Sebarang undang-undang yang bercanggahan dengan Perlembagaan akan terbatal setakat mana yang bercanggah.  

 

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

 Terdiri daripada 15 bahagian yang  mengandungi 183 perkara seperti yang diberikan di dalam jadual.

 

Bahagian

Butir-butir

Perkara

1

Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang Persekutuan  

 

Perkara 1- 4

2

Kebebasan Asasi  

 

Perkara 5-13

3

Kewarganegaraan  

 

Perkara 14-31

4

Persekutuan  

 

Perkara 32-69

5

Negeri-negeri  

 

Perkara 70-72

6

Perhubungan  antara Persekutuan dengan Negeri-negeri  

 

Perkara 73-95E

7

Peruntukan-peruntukan Kewangan  

 

Perkara 96-112D

8

Pilihan raya  

 

Perkara 113- 120

9

Kehakiman Perkara 121-131A  

 

10

Perkhidmatan  Awam  

 

Perkara 132-148

11

Kuasa-kuasa Khas  Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-kuasa Darurat  

 

Perkara 149-151

12

Am dan Pelbagai  

 

Perkara 152-160

12A

Perlindungan Tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak  

 

Perkara 161-161H

13

Peruntukan Sementara dan Peralihan Perkara 162-180

14

Perkecualian  bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya  

 

Perkara 181

15

Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja  

 

Perkara 182-183

 

CIRI-CIRI KERAJAAN MALAYSIA
  • ·
Jenis Kerajaan Persekutuan
  • ·
Raja  Berperlembagaan
  • ·
Demokrasi Berparlimen dan bercorak Westminster
  • ·
Dwidewan
  • ·
Ketinggian Perlembagaan

 

HAK ASASI WARGANEGARA
  • setiap warganegara Malaysia mempunyai hak-hak asasi berikut:
(a) tidak boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali menurut undang-undang
(b) tidak boleh ditahan polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke hadapan seorang majistret / pegawai daerah untuk mendapatkan perintah tahanan.
(c) Berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap oleh pihak berkuasa dan dibela oleh peguam dalam perbicaraan yang diadakan  secepat mungkin
(d) Tiada sesiapa yang boleh ditahan sebagai abdi kecuali  bagi  perkhidmatan kerahan  (kerja paksa)  yang mengikut undang-undang
(e) Berhak mendapat perlindungan undang – undang dan seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa lagi  atas kesalahan yang sama
(f) Berhak memohon habeas corpus apabila seseorang ditahan secara tidak sah
(g) Berhak menikmati kesamarataan, iaitu seseorang tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, keturunan dan budaya
(h) Seseorang warga negara bebas bergerak dan bermastautin di mana-mana bahagian Persekutuan
(i) Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
(j) Kebebasan beragama
(k) Kebebasan pemilikan harta  

 

SEKATAN-SEKATAN TERHADAP KEBEBASAN HAK ASASI

 

No. Jenis undang-undang Ringkasan
1 Undang-undang Subversif – kerajaan berkuasa untuk menahan dan  menghukum mereka yang mengancam keselamatan negara  

 

2 Undang-undang Darurat – kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah berkurung dan menembak serta membunuh seseorang yang mengingkari  undang-undang darurat tanpa perbicaraan  

 

3 Aka Keselamatan Dalam Negeri (ISA) – seseorang boleh ditahan tidk melebihi 2 tahun tanpa perbicaraan jika pada pandangan kerajaan, orang itu mengancam negara  

 

4 Akta Universiti dan Kolej Universiti – para pelajar dilarang bergerak aktif dalam politik.  

 

5 Akta  Rahsia Rasmi – tidak boleh membocorkan rahsia kerajaan  

 

6 Akta Mesin Cetak – badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untujk mengungkitkan isu-isu sensitif yan boleh mengancam keselamatan negara.  

 

7 Akta Hasutan – rakyat dilarang menabur fitnah dan mengungkitkan isu-isu sensitif, iaitu hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa, kuasa raja dan kewarganegaraan.  

 

8 Hak Keistimewaan Sabah dan Sarawak – berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.

Majlis Raja-raja

Majlis Raja-Raja

Raja-Raja menghadiri Mesyuarat MRR 2009
Mesyuarat MRR Ke-218 2009

Mesyuarat MRR Ke-218 2009

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua dari kiri) bersama Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (dua dari kanan) menghadiri Mesyuarat ke-218 Majlis Raja-Raja di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya, Kuching

 

 

Mesyuarat MRR Ke-218, 2009

Mesyuarat MRR Ke-218, 2009

 Mesyuarat MRR ke-218, 2009

Yang Di-pertuan Agong Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218

KUCHING, 29 Julai 2009 – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya dekat sini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual menghadiri mesyuarat itu esok dengan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah mesyuarat itu selepas mesyuarat ke-116 pada 1972 dan yang ke-157 pada 1992

 

 

Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.

Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

Sejarah

Sejarah Majlis Raja-Raja bermula dengan penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah ditubuhkan. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan untuk membincangkan hal-ehwal dan kepentingan bersama dengan Pemerintah Inggeris.

Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu, atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar telah diadakan pada 13 – 17 Julai 1897 di Istana Negara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu.

Raja-Raja Melayu yang hadir dalam mesyuarat Durbar tersebut ialah DYMM Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Negeri Perak), DYMM Sultan Abdul Samad (Negeri Selangor), DYMM Tuanku Muhammad (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), dan DYMM Sultan Ahmad (Negeri Pahang).

Pihak Inggeris pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell, Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham (pengerusi mesyuarat), Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang, J.P Rodgers, Residen Inggeris di Selangor dan W.H. Treacher, Residen Inggeris di Perak. Mesyuarat Durbar telah diadakan sebanyak 9 kali hingga tahun 1939.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dalam tahun 1948, keahliannya ditambah dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Negeri Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Namanya juga telah dipendekkan menjadi Majlis-Raja-Raja. Mesyuarat pertama bagi tempoh ini telah diadakan pada 18 Februari 1948 di Kuala Lumpur dan telah dipengerusikan oleh DYMM Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, Sultan Johor. Pihak Inggeris diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Antara Februari 1948 hingga Ogos 1957 mesyuarat Majlis Raja-Raja telah diadakan sebanyak 50 kali.

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya, negeri Melaka dan Pulau Pinang turut menjadi ahli dan ini diikuti pula oleh Sabah dan Sarawak apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober 1957 dan dipengerusikan oleh DYMM Sultan Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis

  

 

 

 

 

Yang Di-pertuan Agong Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218

KUCHING, 29 Julai 2009 – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya dekat sini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual menghadiri mesyuarat itu esok dengan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah mesyuarat itu selepas mesyuarat ke-116 pada 1972 dan yang ke-157 pada 1992

 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua dari kiri) bersama Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (dua dari kanan) menghadiri Mesyuarat ke-218 Majlis Raja-Raja di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya, Kuching,